Dalam laporan The Star, Jokowi dikatakan membuat arahan kepada pihak Polis atau Tentera untuk tidak teragak-agak lepaskan tembakan kepada para pengedar dadah yang cuba lepaskan diri. Ia lebih ditujukan kepada para pengedar dadah dari luar yang datang masuk ke Indonesia.
Tetapi dalam laporan Utusan pula, laporan kelihatan lebih lembut dan tidak keras. Utusan melaporkan bahawa Jokowi berlapik dalam kenyataannya. Jokowi berkata jika ianya dibolehkan, dia akan berikan arahan untuk tembak saya para pengedar dadah. Ertinya dia masih mahu ikut prosedur undang-undang.
Petikan dari Utusan berbunyi begini,
“Saya tegaskan sekali lagi kepada ketua polis daerah supaya buru pengedar dadah. Tangkap mereka, ajar mereka, hentam mereka. Mujur undang-undang tidak membenarkan, jika akan saya perintahkan Ketua Polis dan Ketua BNN tembak sahaja mereka’’
Tindakan keras pada pengedar dadah
Presiden Filipina sebelum ini melancarkan perang besar terhadap para pengedar dadah di negaranya. Ia mendapat kritikan dari pihak antarabangsa terutama dari para pejuang hak asasi kemanusiaan.Laporan dalam akhbar berkata sejak Presiden Filipina pegang jawatan itu sampai sekarang, jumlah pengedar dadah yang dah dibunuh adalah berjumlah lebih dari 7 ribu orang. Semuanya rakyat Filipina sendiri.
Isu ini jadi isu apabila pengedar dadah ditembak mati sebelum melalui proses pengadilan. Selagi tak berlaku proses pengadilan, semua orang sepatutnya tidak boleh dianggap bersalah. Jika baru tangkap saja seba bawa dadah, kemudian terus tembak, iatu bertentangan dari konsep undang-undang.
Jika nak ikut laporan dari The Star, Jokowi memang berikan arahan untuk tembak bunuh terus jika pengedar cuba lepaskan diri dari pihak berkuasa. Tak payah nak bicarakan lagi, biar mati terus dan selesai cerita.
Hukum sebelum bicara tetap salah
Mungkin ada yang rasa itu tindakan yang paling berkesan untuk kurangkan masalah penagihan dadah kat mana-mana negara. Kat Malaysia juga dadah menjadi satu masalah besar. Dengan kemunculan jeni dadah yang baru seperti Ecstasy dan Methamphetamine, jumlah anak muda yang ketagihan dadah semakin merisaukan.Itu belum masuk lagi dadah yang dah lama ada dalam pasaran seperti Heroin dan Marijuana atau Ganja. Dan kalau nak masukkan lagi satu ketagihan yang dah jadi lumrah di kalangan Otai sekarang minuman air daun Ketum, jumlah masalah ketagihan adalah lebih tinggi.
Ada juga yang kata Ganja dan Air daun Ketum bukanlah dadah yang brutal sangat. Ia lebih kepada aktiviti santai para Otai yang dah biasa pekena benda itu. Ia tidak seteruk dadah kelas atasan seperti Kokain atau Heroin.
Ganja misalnya hebat diperbahaskan di Amerika tentang faedah perubatan yang ada padanya.
Tapi selagi undang-undang dat gazet kata ganja haram dan hukumannya berat, tak payahlah nak buat suka hati. Nanti jadi macam kes Doktor Ganja pulak.
Semua orang perlu ikut undang-undang yang dah dipersetujui. Kalau semua setuju salah maka ianya tetap salah. Termasuklah isu tembak mati pengedar dadah yang disyaki sedangkan belum dibicarakan untuk mendapat pengadilan.
Konsep asasnya tetap sama. Langgar undang-undang atau tidak langgar undang-undang. Kes salah apa pun semuanya sama saja.Kalau tak taat, akan jadi kacau bilau nanti.
Bayangkan jika ada arahan jika perasuah cuba elakkan diri dari pihak berkuasa boleh terus ditembak mati, atau ditabuh lembik. Mahu ramai pihak polis sendiri yang kena tabuh lembik. Mahu juga ramai pemimpin lupa diri yang kuat rasuah turut kena tabuh lembik !
Walau apapun, yang paling pentng adalah elakkan diri dari salah guna dadah. Guna dadah secara yang betul tak apa.
Sumber : The Star, Utusan
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !