Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

27 July 2017

Tangkap dan bunuh anjing liar yang berkeliaran kat taman

  Ano Nyme       27 July 2017
Adakah perbuatan tangkap dan bunuh anjing liar yang berkeliaran itu satu aktiviti kebajikan?

Saya tak pasti samada ia masuk dalam kategori kerja kebaikan atau tidak. Tapi membesar kat kampung di era 70-an dahulu, nampak macam ianya adalah satu kerja yang digalakkan.

Kanak-kanak melayu kat kampung dulu pantang tengok anjing masuk ke dalam kampung. Tak payah nak tunggu lama untuk mendengar bunyi laungan anjing kesakitan samada dilempar batu atau pun di pukul dengan kayu.

Bunyi laungan anjing terseksa tidak langsung mendatangkan rasa simpati kebanyakan orang kat kampung dulu. Kadang kala kedengaran bunyi tembakan senapang patah kuat berdentum. Di ikuti oleh lolongan bunyi anjing bertalu-talu semakin lama semakin lemah dan akhirnya senyap. Tandanya anjing dah tamat riwayatnya hidup kat dunia ini.

Orang kampung bertambah pantang jika melihat anjing berwarna hitam masuk kampung. Memang tak akan dibiarkan berkeliaran sesuka hati. Kalau bernasib baik dia hanya akan dihalau dengan batu dan pukulan kayu. Kalau nasib tak baik, seluruh badannya akan dipenihu oleh serpihan peluru kacang-kacang dari tembakan senapang patah.

Semua yang dilihat ketika zaman kecil dahulu membuatkan tertanam kepercayaan bahawa bunuh, atau halau atau sakiti anjing adalah dibolehkan. Sehinggalah dah besar dan luas perjalanan hidup barulah terfikir semula semua persepsi salah itu.

Masalah anjing berkeliaran di taman

Taman tempat saya tinggal memang banyak anjing liar sekarang. Mulanya hanya sekadar satu dua ekor yang berkeliaran tidak bertuan. Tak ada orang yang perdulikan sangat sebab tidak dengar cerita anjing liar mencederakan orang.

Kes kanak-kanak kena gigit anjing sampai robek isi paha biasanya bukan disebabkan oleh anjing liar kat taman. Sebaliknya digigit oleh anjing kepunyaan orang. Ertinya anjing yang bertuan lebih bahaya daripada anjing liar.

Bahaya sebab tuannya tidak panjang akal dan tidak prihatin dengan masyarakat. Anjing yang bertuan biasanya akan garang melampau sebab dia tahu tuannya ada. Jadi bila ada orang lalu depan rumah tuannya dia akan tunjuk gagah menyalak menakutkan orang. Selagi dia nampak orang lalu depan pagar rumah tuannya dan dia pula duduk di sebalik pintu pagar itu, akan disalaknya dengan sekuat hati tak henti-henti.

Bagi tuan punya anjing yang tak ada hati perut pula, dia sengaja lepaskan anjingnya berkeliaran kat depan rumah. Orang yang lalu akan menjadi mangsa. Kalau orang dewasa yang kuat kudratnya, boleh juga dilawan dengan penyepak. Tapi jika kanak-kanak, akan berlaku kemalangan yang boleh menimbulkan fobia sampai besar.

Jumlah anjing liar semakin bertambah

Sekarang kes penyakit anjing gila tengah menggila kat negara kita. Semua orang takut dan mula peka kepada kehadiran anjing liar kat taman. Macam itu juga berlaku pada penduduk kat taman tempat saya tinggal.

Anjing yang seekor dua kat taman saya sekarang nampaknya dah mula membina kumpulan mereka yang agak besar. Ada lebih kurang 7 ekor sekarang bergerak dan cari makan secara berkumpulan. Setiap kali saya bersenam sekeliling taman permainan di waktu pagi, mereka akan melepak baring atas tapak simen sepak takraw.

Mungkin dah biasa tengok saya setiap pagi, membuatkan mereka tidak lagi menghiraukan kewujudan saya. Mula dahulu mereka tunjuk garang menyeringai dan menyalak cuba menghalau saya pergi jauh. Tapi saya buat tak reti saja. Lama kelaman mereka hentikan saja cubaan menghalau saya.

Baru-baru ini salah seekor dari anjing yang banyak itu dah bernak pula. Saya dapat tahu bila anak-anak bercerita mereka dok geram tengok kecomelan anak-anak anjing yang baru dilahirkan tak jauh dari rumah saya. Bila ada peluang, saya tengok anak-anak curi pergi mengintai tengok anak-anak anjing yang comel itu.

Bila saya terserempak ibu dengan anak-anak barunya, saya terkejut juga. Punyalah banyak dia beranak. Kesemuanya ada 8 ekor. Ibunya dah pindahkan anak-anaknya masuk ke dalam longkang kat tepi taman permainan. Semakin bertambah risau orang ramai bila tengok jumlah anjing yang semakin banyak jumlahnya itu.

Kerja bagi makan anjing liar

Ada seorang jiran berbangsa serani yang amat prihatin dengan binatang seperti kucing dan anjing liar kat taman itu. Saya selalu berborak dengannya setiap kali dia bawa anjing ketotnya bersiar-siar di taman permainan.

Aktiviti letakkan makanan yang pada asalnya adalah untuk kucing liar tanpa tuan kat taman permainan itu bertukar kepada anjing pula. Mulanya hanya kucing saja yang penuh setiap pagi menunggu depan pintu pagar rumahnya. Lama kelaman anjing pula yang ambil alih menunggu makanan kat depan rumahnya.

Kesemua anjing liar itu macam dah jadi anjing kepunyaannya. Bila jumlah anjing bertambah dia jadi serba salah. Apatah lagi dengan kemunculan 8 anak anjing comel yang dah mula melepak kat taman permainan itu. Paling teruk bila semua orang anggap itu semua anjing kepunyannya.

Selain dari berikan makanan pada anjing itu, jiran serani itu juga sering tegur kanak-kanak yang suka mengacah anak-anak anjing dan ibu anjing yang garag itu. Itu menambahkan lagi perasangka orang ramai bahawa dia ialah tuan punya kepada anjing liar itu semua.

Tangkap dan bunuh anjing liar

Semua itu jadi isu dan cemuhan orang ramai yang takutkan masalah peyakit anjing gila sekarang ini. Ramai yang tak tahu bahawa serani itu dah lebih dari 3 kali buat laporan pada pihak majlis perbandaran. Tapi tak ada maklum balas dari mereka.

Apa yang serani itu bimbangkan adalah takut orang pukul dan sakitkan anjing-anjing tersebut dengan cara yang kejam. Kalau nak bunuh kesemua anjing itu biarkan secara lembut seperti amalam biasa dengan suntikan. Ia lebih beradab. Itulah katanya pada saya.

Pagi tadi saya lihat dan kira hanya tinggal 4 ekor sahaja anak anjing bermain-maian kat dalam longkang tepi taman permainan. Mana lagi 4 ekor?

Bila berbual dengan serani itu baru saya tahu kemana pergi lagi 4 ekor. Seekor dah diambil oleh seorang perempuan yang mahu menjadikan anak anjing itu peliharaannya. Dia war-warkan pada teman di media sosial berkenaan anak anjing dan ada seorang memberikan respon datang mengambil.

3 ekor lagi serani itu dah tangkap dan hantar pada pusat pengumpulan anjing swasta. Mereka akan simpan di situ selama 2 minggu sebelum disuntik untuk menamatkan riwayat anak-anak anjing tersebut. Pagi tadi saya lihat ibu anjing pergi kesana dan sini mencari anak-anak anjingnya yang dah hilang. Kesian juga saya tengok ibu anjing itu.

Esok ibu anjing itu akan kehilangan lagi 4 ekor anaknya. Tiada ada lagi yang akan tinggal dan entah apa yang akan berlaku pada ibu anjing itu bila tidak ada lagi seekorpun anak-anaknya. Tentu dia akan sibuk mencari ke sana-sini untuk memberikan susu pada anak-anaknya.

Saya tanya pada serani itu hal ibu anjing tersebut. kasihan. Serani itu juga nampaknya sedih tapi apa nak buat. Dari isu menjadi lebih besar dia terpaksa ambil inisiatif selesaikan masalah anjing-anjing tersebut. Kos seekor anak anjing yang akan disuntik untuk dibunuh adalah sebanyak RM110. Kelmarin serani itu dah keluarkan duit poketnya sendiri sebanyak RM330. Dan hari ini dia terpaksa keluarkan lagi duit seanyak RM440.

Saya tawarkan untuk bayar kos RM440 itu. Tak patut dia tanggung semua maslaah itu sedangkan itu semua bukannya masalah dia seorang. Tapi dia tak mahu. Tak apa katanya, dia akan tanggung semua itu demi untuk kebaikan masyarakat setempat.

Tak ada orang yang tahu apa serani tu buat. Berapa kos dia habis untuk selesaikan masalah yang bukan miliknya. Orang ramai yang lain hanya sekadar bising dalam group whatsapp dan menjerit melolong mengkritik pihak berkewajipan. Serani itu buat tindakannya sendiri dan ttidak dipamerkannya kepada orang ramai !.

Cuma timbul satu soalan kat sini. Apakah tangkap dan bunuh anjing itu satu perbuatan kebajikan... ? Kalau bukan, nanti bertambah pulak jumlah anjing merata tempat. Atau tugas tangkap dan bunuh anjing itu patut diserahkan hanya pada pihat berkuasa sahaja ?

Entahlah !

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tangkap dan bunuh anjing liar yang berkeliaran kat taman

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Anjing pun makhluk Allah! Kes anjing liar kebanyakannya disebabkan oleh bekas pemilik yg tidak bertanggung-jawab yg membuang anjing peliharaan mereka samada keran sudah 'tak kiut' lagi @ tua, terlalu banyak dan tak tahu nak jaga anjing!

    Kerajaan wajib mengenakan LESEN untuk sesiapa yang mahu pelihara anjing! siapa yang takde lesen patut didenda atau ditangkap jika anjing mereka mengancam keselamatan orang awam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap memang nak bela anjing kena ada lesen yang dikeluarkan oleh pihak majli perbandaran. Anjing perlu ada surat dari doktor haiwan telah disuntik dan bebas dari penyakit anjing gila.

      Bagi sesetengah Majlis seperti MPSJ umpamanya syaratnya lebih ketat dan menarik. Perlu ada surat persetujuan dari jiran, perlu ada papan amaran awas ada anjing, perlu ada kandang jika letak kat luar rumah..

      Tapi macam biasa, negara kita undang-undang memang world class, enforcement hanyut ke laut !

      Delete
  2. anjing liaq (anjing gila) wajib dihapuskan. dog lovers, konon2nya, yg dok bising gila2 tu, bawak la balik & bela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu. Kalau dog lovers ambil semua anjing liaq yang tak ada tuan bela kat rumah depa lagi bagus daripada dok bising-bising.... Tapi rasanya memang ada dog lovers yang dah buat pendekatan menyediakan tempat mengumpul anjing terbiar.

      Delete
    2. yes, yg aku tau genuine dog lovers buat kebajikan tanpa canang satu donia. yg dok bising macam anjing gila tu dari fake dog lovers.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !