Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

25 August 2017

Apa yang anda perlu buat jika dah masuk umur 45 tahun

  Ano Nyme       25 August 2017
Anda dah masuk 45 tahun ke belum?

Ada satu maklumat yang rasanya menarik dan bermanfaat untuk anda yang dah masuk umur 45 tahun dan ke atas. Maklumat ini dikongsikan oleh ramai orang di media sosial. Saya dapat dari group whatsapp kawan-kawan sekolah yang memang rata-rata dah lebih dari 45 tahun semuanya.

Umur 45 tahun ni dah boleh kira umur orang tua. Zaman muda dah hilang.

Ada dua perkara yang saya tengok kawan-kawan sekolah sekarang berikan perhatian. Pertamanya, terutama di kalangan kaum ibu, mereka banyak kongsikan amalan-amalan keagamaan. Doa itu, doa ini, amalan itu dan amalan ini.

Bagi kaum lelaki pula, banyak dok mengusik kaum ibu dengan cerita poligami. Nampak macam kaum lelaki seperti meningkat pulak keghairahan mereka untuk pasang lagi seorang teman hidup. Atau mungkin hanya sekadar gurauan untuk lepas geram sebab memang tak berani nak buat secara betul.

Bagi yang neutral pulak akan kongsikan maklumat umum yang bermanfaat khas untuk kawan-kawan yang dah hilang zaman muda mereka.

Secara umumnya, semua dah sedar diri masing-masing dah berusia. Anak-anak dah besar dan rupa dah bertukar jadi comel dan tidak lagi hansem atau cantik jelita. Bila dah berusia ini, kesihatan jadi satu agenda utama yang sentiasa masuk dalam topik perbincangan.

Nasihat dari Prof Bhenny Karim

Saya dapat nasihat khas untuk orang yang dah masuk 45 tahun ini kononnya diberikan oleh seorang prof dari fakulti perubatan di sebuah universiti di Indonesia.

Kenapa saya kata konon, sebab nama itu tak ada pulak bila saya buat carian tenaga-tenaga pengajar di universiti yang dimaksudkan. Tak ada nama Bhenny Karim kat tersenarai sebagai kakitangan kat universiti tersebut.

Tapi tak apalah, sebab saya tengok nasihat yang diberikan memang baik untuk sama-sama diamalkan oleh kawan-kawan yang dah masuk lebih 45 tahun usianya.

Amalan masuk usia 45 tahun

Berikut saya buat senarai untuk anda yang dah masuk umur 45 tahun dan ke atas. Semua amalan ini sesuai untuk orang yang dah rasa diri dia dah tua dan mahu dapatkan tahap kesihatan yang lebih baik dan lambatkan sedikit proses penuaan.

  1. Jalan kaki - Pastikan anda bergerak setiap hari dengan berjalan kaki antara 3 ke 5 kilometer sehari. Seeloknya buat senaman jalan kaki di waktu pagi keliling kampung. Jalan relaks-relaks saja nikmati suasana pagi. Aktiviti ini boleh cegah Osteoporosis dan Hypertension.
  2. Senaman nafas - Dalam dua kali seminggu perlu amal senaman nafas dengan tarik nafas dalam-dalam semaksimum mungkin untuk tingkatkan aliran darah ke Alveoli, tempat di mana berlakunya pertukaran gas antara oksigen dan karbon dioksida. Kalau boleh sila ikut latihan senaman seperti Cikung, TaiChi dan seumpamanya.
  3. Kurang makan kandungan Karbohidrat - Karbohidrat yang orang kita suka letak hidangan atas meja adalah Nasi. Biasanya, makanan rugi seperti beras ni banyak dengan kandungan karbohidrat. Bila dah masuk umur tua ni elok kurangkan sebanyak mungkin karbohidrat. Lebihkan protein, Buah dan Sayur untuk hidangan atas meja anda. 
  4. Jaga berat badan - Berat Ideal Lelaki adalah ukuran tinggi badan dan tolak dengan 100 (Kalau tinggi 170, berat yang elok adalah 70 kg). Bagi kaum wanita pulak pastikan tinggi badan ditolak dengan 110 (Jika tinggi 160, pastikan berat adalah 50 kg sahaja). Lingkaran Perut pula jangan lebih 80cm utk Wanita dan untuk lelaki, jangan lebih 90cm. BMI jangan lebih 30 kg/m2
  5. Jaga tekanan darah - Pastikan tekanan darah tidak melebihi 140/90. Elok buat bacaan tekanan darah setiap minggu, Kalau boleh beli saja alat ukur tekanan darah tu dan simpan kat rumah. 
  6. Jaga kandungan gula dalam darah - Pastikan kadar gula dalam darah dalam keadaan puasa tidak lebih dari 110. Trigliserida 150 dan HDL perlu lebih 50. Pastikan anda buat pemeriksaan darah setiap 6 Bulan. 
  7. Awasi kanser - Untuk kaum hawa, wajib buat MAMMOGRAM dan PAP SMEAR. Buat setiap tahun untuk kesan awal jika ada Kanser Servik atau Payudara. 
  8. Cukupkan rehat - Jaga tidur anda dengan cukup dalam lingkungan 6 ke 8 jam sehari. Paling baik tidur awal dalam lingkungan pukul 10 malam. Masa tidur tu, matikan lampu untuk meransang pembinaan hormon. Jangan Makan 3 jam sebelum tidur untuk mencegah sesak. Pastikan kedudukan bantal rendah untuk tingkatkan Oksigen masuk ke Otak. Kemudian, miring ke kanan supaya kurang beban jantung.
  9. Kawal stress - Ini penting! Jangan bekerja di luar kemampuan. Banyakkan syukur, berdoa dan bertafakur. Sentiasa perbaiki kualiti ibadah, iman, sosial dan layan hiburan yang positif. Banyakkan m untuk borak-borak santai dan gurau senda. Erat Silaturahim sesama Keluarga dan kawan. Tak perlu marah-marah dan beremosi dengan hindari hal-hal yang boleh mencetuskannya.
Jika anda ada banyak harta, pastikan bijak menggunakannya. Jangan bazir dan jangan juga kedekut. Paling penting jangan berkira sangat dengan orang-orang kesayangan kita seperti keluarga dan saudara mara atau kawan-kawan rapat.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Apa yang anda perlu buat jika dah masuk umur 45 tahun

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !