Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 August 2017

Fitnah restoran terkenal simpan taik orang dalam peti ais penyimpan makanan

  Ano Nyme       22 August 2017
Pagi-pagi lagi dapat mesej dari whatsapp tentang sebuah restoran terkenal simpan taik orang dalam peti ais mereka. Itu satu perkara yang amat mengejutkan sebab saya sendiri suka makan kat restoran terkenal tersebut.

Cuba bayangkan restoran yang anda sering layan makan kat sana, bila jabatan kesihatan buat serbuan pemeriksaan, terjumpa ketulan taik orang tersimpan kemas dalam peti aisnya. Apa hal restoran itu pergi simpan taik orang pulak?

Dari mesej yang kawan kongsikan itu, dikatakan taik orang itu digunakan sebagai bahan penunduk atau bahan pelaris. Taik itu dikatakan guna untuk ditampal pada periuk masakan restoran terkenal tersebut!

Semua kenyataan amat umum. Tidak disebut tampal di bawah punggung periuk atau di dalam periuk bercampur dengan masakan di dalam periuk itu.

Walau kat manapun taik itu ditampal, semuanya membuatkan timbul tandatanya yang mengejutkan dalam kepala. Apa pasal nak main taik dalam restoran masak memasak. Awal tak ada benda lain kah?

Fitnah restoran terkenal simpan taik

Walaupun timbul banyak tanda tanya ketika membaca laporan itu, macam biasa, saya ambil pendekatan umum dalam menerima kesemua maklumat dari media sosial.

Langkah pertama setiap kali terima maklumat samada dari kawan atau bukan kawan melalui media sosial, adalah untuk anggap laporan itu semuanya bohong sahaja. Bila ianya laporan bohong, langkah awal adalah untuk tidak perpanjangkan berita tersebut.

Tapi menarik untuk siasat lebih lanjut dakwaan ada taik orang dalam peti ais restoran terkenal itu. Maka macam biasa, saya cuma perlu google sahaja untuk ketahui maklumat yang ada dalam dunia cyber.

Ternyata sangkaan saya betul !

Berita itu adalah fitnah semata. Ia dibuat oleh satu ptofile pada tahun 2013 yang lalu. Bila maklumat fitnah itu berlegar semula dalam media sosial, dia umumkan kat statusnya bahawa ia adalah laporan palsu berita lama yang dinaikkan semula oleh entah siapa.

Dia kata itu adalah angkara fitnah yang dimainkan oleh orang!.

Saya baca macam dia tuduh ada orang nak cuba fitnahkan dia. Pelik juga dia kata macam itu dan dalam masa yang sama mengaku yang pos itu dibuatnya pada tahun 2013 lalu dan dia sendiri dah mohon maaf atas kesilapannya buat berita tak betul itu.

Sekali buat fitnah terus kekal melekat

Itulah bahana dengan zaman media sosial sekarang. Anda boleh buat perkara baik dengan sebarkan maklumat yang berfaedah dan baik. Maklumat itu akan kekal dalam dunia cyber sampai bila-bila selagi adanya internet.

Anda akan dapat banyak manfaat daripada semua perkara yang dikongsikan dengan jujur. Perkara yang berfaedah yang membantu orang ramai akan dikongsikan dengan mudah.

Tetapi jika anda buat fitnah, atau sebarkan maklumat yang berunsur fitnah tanpa terlebih dahulu membuat pemeriksaan kebenarannya, akan kekal dalam dunia cyber.

Macam kes fitnah restoran terkeal kat atas tu. Walaupun permohonan maaf telah dilakukan dan anda anggap kes dah boleh tutup. Potensi ia timbul semula untuk disebarkan sebagai fitnah akan tetap ada sampai bila-bila.

Mudahnya, jika anda hentikan terus buat fitnah, selamat dunia akhirat. Apa saja fitnah atau maklumat yang boleh menjatuhkan orang lain, walaupun setelah disemak menunjukkan betul, elok simpan untuk rujukan diri sendiri dan orang terdekat sahaja. Itu jalan lebih selamat.

Biarlah pihak berwajib yang ada kuasa melakukan semua kerja penyebaran kepada masyarakat. Barulah masyarakat akan terpelihara daripada bahana fitnah yang berleluasa di akhir zaman ini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Fitnah restoran terkenal simpan taik orang dalam peti ais penyimpan makanan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !