Saya nampak berita berkenaan masalah yang sedang dihadapi oleh kenderaan pickup jenis Ford Ranger T6 ini dalam blog Careta.my yang menyiarkan masalah teknikal ini. Selepas buat sedikit pencarian dalam google, saya terjumpa kes yang sama telah berlaku tahun lepas di Australia.
Masalah tempat duduk belakang tak kunci
Masalahnya adalah terhadap tempat duduk belakang bagi kenderaan pickup Ford Ranger Double Cab. Tempat duduk itu tidak lekat betul pada tempat kekuncinya. Ini membuatkan kerusi itu boleh terangkat ke depan jika berlaku hentian mengejut.Kalau anda sedang bawa Ford Ranger itu dan tiba-tiba tekan brake untuk berhentikan secara mengejut, kerusi belakang itu akan terkeluar dari kedudukannya. Bayangkan jika anda bawa kanak-kanak atau orang berumur. Mereka akan tersadong ke depan dan boleh pecah hidung.
Segera betulkan di pusat servis Ford
Jika anda ada Ford Ranger T6 buatan tahun yang saya nyatakan kat atas tadi, sila segera pergi betulkan keadaan kekunci tempat duduk belakang kereta pickup anda itu. Hantar ke pusat servis Ford 3S yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat pembetulan.Selagi anda tak buat begitu, jangan bawa penumpang duduk kat belakang tempat duduk tu sebab ianya merbahaya jika ada apa-apa kejutan berlaku.
Menurut Ford, penggantian akan dilakukan secara percuma dan tidak mengambil masa yang lama untuk perbaiki. Masa yang diperlukan adalah kurang dari separuh hari.
Berapa unit Ford Ranger yang terlibat yang ada di jalan raya negara kita sekarang tidak pula diberitahu. Tapi saya yakin jumlahnya tentu banyak sebab Ford Ranger memang antara pickup yang mendapat sambutan hebat dari peminat pickup 4x4 di negara kita.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !