Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 August 2017

Petua tradisional hilangkan masalah pepijat kat rumah

  Ano Nyme       04 August 2017
Apa petua untuk hilangkan masalah pepijat dengan menggunakan cara tradisional atau cara orang lama kat kampung dulu-dulu?

Biasanya bila ada masalah pepijat zaman sekarang ni, orang akan panggil syarikat pest control yang berhampiran sahaja untuk selesaikan masalah mereka. Syarikat pest control akan menggunakan cara yang berkesan menurut teknik biasa dalam industri tersebut.

Dalam industri pest control, cara paling popular adalah dengan menggunakan bahan kimia yang beracun. Itu cara yang mudah dalam menghapuskan masalah pepijat dan juga masalah serangga pengacau yang lain seperti lipas, semut dan lain-lain lagi.

Kelemahan hapuskan pepijat dengan bahan kimia

Pada satu ketika dahulu, di negara barat ada satu bahan kimia yang amat hebat dicipta untuk menyelesaikan masalah serangga termasuklah pepijat ini. Bahan kimia itu diberikan nama DDT.

Punyalah hebat racun tersebut sehingga ia berjaya menghapuskan terus masalah pepijat dan masalah serangga lain sampai hampir tak ada lagi. Tetapi malangnya racun itu amat hebat sampai kesannya berangkai kepada serangga lain dan makhluk lain juga yang tidak sepatutnya di bunuh.

Bahan kimia itu punya kesan berantai yang tak habis. Kalau serangga mati kena racun tersebut, lalu serangga itu dipatuk oleh burung untuk dijadikan makanan, kesan bahan kimia akan menyerap kepada burung itu pula. Itu masalah besar dalam sistem ekologi kita.

Disebabkan masalah itu, maka racun itu terpaksa di haramkan dari penggunaannya di seluruh dunia. Para pembuat racun terpaksa mencari alternatif lain yang lebih selamat.

Racun sekarang lebih selamat

Kepekaan orang ramai terhadap alam sekitar membuatkan teknologi membuat racun terpaksa mengambil kira semua faktor pencemaran sebelum memasarkan bahan racun mereka. Hasilnya, racun yang tak berapa power sangat berada di pasaran.

Kesan dari itu adalah kekebalan para serangga perosak terhadap jenis-jenis racun yang baru yang kurang berkuasa. Bila dah lama pakai, serangga lama kelamaan menjadi kebal dan racun itu dah jadi tak berapa berkesan lagi.

Para saintis terpaksa terus mencipta racun-racun baru lain yang belum dapat diadaptasi oleh serangga perosak. Sebab itu jenis-jenis racun sentiasa diperbaiki dari masa ke masa untuk mengatasi maslaah kekebalan serangga ini.

Kebanyakan racun yang biasa digunakan bagi membunuh pepijat menghadapi masalah yang sama. Ada kalanya racun yang digunakan tidak mendatangkan kesan pada pepijat. Itu antara masalah yang telah dikesan oleh para saintis dalam industri pest control ini.

Walau apapun, racun tetap racun. Kalau kena manusia sudah pasti mendatangkan kesan walaupun kesannya amat sedikit dan memakan masa yang lama untuk memberikan kemudaratan yang nyata. Jadi tak ramai orang yang suka pakai racun.

Hapuskan pepijat dengan guna haba

Sekarang, ada syarikat pest control yang memperkenalkan teknik menghapuskan masalah pepijat dengan menggunakan wap panas. Pepijat akan mati bila terkena haba yang melebihi 70 darjah celcius. Bukan saja pepijat dewasa yang mati, malah telur pepijatpun boleh mati jika terkena wap panas itu.

Cara ini lebih selamat dan amat berkesan sebab wap boleh pergi masuk ke celahan-celahan sempit yang kadang kala semburan racun tak boleh masuk.

Teknik wap panas amat selamat untuk digunakan. Bila rawatan wap dilakukan, tuan rumah boleh duduk sekali tengok bagaimana ia dilakukan. Selepas habis rawatan, semua barang boleh terus digunakan dengan selamat. Malah bau busuk juga akan hilang sebab ada bahan penyegar dicampur sekali dalam wap panas tersebut.

Masalahnya teknik wap panas itu kosnya agak mahal. Harga dalam pasaran untuk menggunakan teknik rawatan wap panas adalah dalam lingkungan RM700 ke RM1000 untuk sekali rawatan. Bagi yang tak ada masalah kewangan dan tak mahu buat sendiri untuk selesaikan masalah pepijat bolehlah cuba cara tersebut.

Jika anda berminat nak guna teknik wap panas, boleh hubungi syarikat Easelife Services Sdn Bhd. Telefon Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut. Anda boleh minta diskaun dan tawaran istimewa untuk selesaikan masalah pepijat kat rumah anda sekarang.

Petua tradisional hilangkan masalah pepijat

Bagi yang ada banyak masa dan ada kekangan kewangan untuk upah syarikat bertauliah hapuskan masalah pepijat kat rumah, terpaksalah cuba cara tradisional ini.

  1. Jemur tilam dan bantal di tengah panas - Anda perlu rajin untuk jemus barang kat bilik tidur di panas terik matahari. Dengan cuaca yang amat panas itu, kalau letak kat atas zink, itu sudah cukup untuk jadikan pepijat kering mampu tak bermaya. Kalau boleh, semua perabut yang ada maslaah pepijat perlu dijemur juga tengah panas.
  2. Rendam pakaian dan kain kat air panas - Bila nak basuh baju, nak basuh cadar dan sarung tilam, elok rendam terlebih dahulu semua kain tersebut dalam air yang pans melebihi 70 darjah celcius. Ini boleh membunuh pepijat dan telurnya jika ada.
  3. Guna kulit durian - ada petua yang kata bau kulit buah durian boleh menghalau pepijat. Jadi ambil kulit durian letakkan kat bawah katil atau perabut yang anda rasa ada pepijat.
  4. Guna limau nipis - Jika anda tak tahan dengan bau buah durian, boleh cuba kulit limau nipis. Hiris limau nipis banyak-banyak dan letakkan kat tempat yang ada pepijat.
  5. Guna daun durian belanda - Ini juga petua orang lama yang dikatakan berkesan. Ambil daun durian belanda dan letakkan pada tempat yang ada pepijat.
  6. Guna batang serai - Anda juga boleh cuba batang serai yang telah ditumbuk pecah. Letakkan pada tempat yang ada pepijat seperti bawah katil dan bawah perabut atau bawah tilam yang ada pepijat.
  7. Guna kapur barus - Ini juga boleh dicuba sama juga macam barang tradisi yang lain. Ambil kapur barus dan taburkan pada tempat yang ada masalah pepijat. Tapi jika anda jenis seram teringat hantu, elok jangan cuba petua ini. Takut meracau ketika tidur.
  8. Guna bedak wangi - Ada juga yang berikan petua untuk letakkan bedak atau wangian lain kat tempat yang ada pepijat.
Cubalah petua-petua yang saya berikan kat atas tu dan jangan lupa kongsikan keberkesanannya kat ruang komen di bawah ini untuk para pembaca belajar.

Jika anda ada lagi petua tradisi lain juga boleh kongsikan kat ruang komen kat bawah. Moga semua pembaca dapat manfaat untuk selesaikan masalah pepijat mereka kat rumah.

Jika anda nak dapatkan khidmat Easelife Services Sdn Bhd menggunakan rawatan wap panas untuk bunuh pepijat kat rumah, sila telefon Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Petua tradisional hilangkan masalah pepijat kat rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !