Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 August 2017

Sebab apa pihak Majlis perbandaran tak kutip bekas plastik terbuang kat taman

  Ano Nyme       10 August 2017
Cuba tengok betul-betul gambar kat atas tu. Gambar seekor nyamuk yang perutnya sedang kembung besar merah menyala hisap darah mangsanya. Mungkin mangsa itu adalah anda sendiri. Mungkin juga mangsa itu sedang tidur tak sedar diri.

Adakah anda kenal nyamuk jenis apa yang sedang seronok hisap darah tu? Cuba berterus terang dengan jujur apa yang anda fikir sebaik saja tengok gambar nyamuk berbepang putih tu.

Takut?

Rimas?

Tak ada rasa apa-apa?

Kalau tak ada rasa apa-apa barang kali anda tak kenal nyamuk jenis apa kat gambar tu. Kalau tak kenal, memang amat malang sekali buat negara Malaysia. Ada rakyatnya yang tak ada ambil perhatian lansung terhadap masalah besar yang sedang menimpa negara.

Nyamuk hisap darah yang membunuh

Memang banyak masalah besar yang sedang berkecamuk kat negara kita. Sampai Sultan Perakpun ada sebut cabaran besar yang sedang melanda rakyat Malaysia. Begitu juga TMJ yang jadi amat glamor bila sering bangkitkan isu kecelaruan negara di media dosial.

Bila sebut negara sedang berkecamuk, ramai yang bayangkan suasana politik dalam negara. Masalah besar yang sedang melanda Malaysia di mata orang politik adalah MO1. Tak lain dan tak bukan perdana menteri Malaysia yang paling cool pernah wujud dalam sejarah negara Malaysia.

Ramai kata PM yang ada sekarang kuat cekit darah rakyat Malaysia. Semua orang megeluh kos sara hidup yang meningkat. Ramai peniaga yang megeluh hasil perniagaan yang amat merosot. Banyak kedai tutup. Banyak kilang lari ke negara lain dan ekonomi tak berapa menyeronokkan.

Laporan seluruh dunia mengata kat negara kita sedang dikuasai oleh kerajaan kleptokrasi. Kerajaan yang menipu rakyat dan kaut keuntungan untuk peribadi dengan kuasa yang ada pada mereka.

Semua itu betul juga tapi macam manapun kerajaan kleptokrasi cekik darah rakyat Malaysia, ia tidaklah semerbahaya nyamuk Aedes yang hisap darah rakyat Malaysia. Nyamuk Aedes hisap darah dan boleh bunuh orang juga.

Kalau anda semua bencikan MO1 dan kerajaan kleptokrasinya, anda juga perlu lebih benci dan takut lagi kepada nyamuk Aedes.

Tapi itu tak berlaku kat negara kita. Rakyat tak berapa prihatin sangat dengan wabak demam denggi sedangkan untuk kawal masalah denggi bukanlah satu perkara yang sukar berbanding nak jatuhkan kerajaan Kleptokrasi yang ada sekarang.

Jangan buang bekas plastik kat taman

Semua tentu ingat kempen yang kerajaan buat satu masa lalu berbunyi, "Tiada aedes, tiada Denggi!".

Itu kenyataan yang amat betul dan tepat sebab yang dok bawa demam denggi mai kat kita adalah nyamuk Aedes. Kalau kita hapuskan atau kurangkan populasi dan pembiakan nyamuk aedes, masalah denggi akan sekali gus dapat dikurangkan ke tahap yang amat rendah.

Macam mana nak kawal pembiakan nyamuk aedes?

Ini amat mudah untuk dilakukan. Malah lebih mudah berbanding nak jatuhkan MO1 macam yang saya kat tadi. Selain dari fogging dan larvasiding yang memang sedang giat dijalankan oleh pihak yang berwajib, rakyat boleh mainkan peranan mereka yang amat mudah.

Rakyat hanya perlu prihatin dan jangan buang sampah merata yang berpotensi menakungkan air. Sampah yang boleh takung air adalah seperti plastik, bekas polistrin, bekas air tin dan lain-lain seumpama dengannya.

Awat itupun tak boleh ke?

Bila nak jatuhkan MO1 ajak berdemo bukan main bersemangat. Siap takbir, siap laung reformasi punyalah kuat. Tapi lempaq botoi, lempaq plastik sana sini selamba dia saja. Bukan susahpun kan. Orang kuat semangat politik tentu mudah sangat untuk tak buangsampah merata.

Kenapa orang India suka mabuk

Tapi perlu diakui kadangkala ada kutu berahak yang tak ada akai perut. Kewarasan akai tak ada sebab akal telah dikuasai oleh air todi. Ini memang ada selalu berlaku kat taman-taman di pusat bandar. Terutamanya taman yang ada ramai pendudk berbangsa India.

Saya pun tak faham sangat kenapa bila ada ramai orang India, maka akan ada banyak kes orang mabuk minum todi. Kenapa orang India dikaitkan dengan aktiviti mabuk arak telan alkohol, minum samsu haram dan sebagainya.

Apa yang tak kena dengan orang India agaknya?

Apakah memang budaya orang India kaki mabuk? saya yakin tak macam tu. Atau orang India ramai yang kerja buruh, kerja kuat dan mahu lupakan rasa sakit badan maka mereka minum todi. Rasanya tak juga begitu sebab kebanyakan kerja buruh kasar dan diambil alih oleh orang Indonesia, Bangla dan lain-lain bangsa pendatang.

Tapi macam tulah yang berlaku kat taman tempat duduk saya. Bila malam minggu, penuh tin kosong, plastik, botol arak dan lain-lain lagi bergelimpangan kat taman permainan. Mereka berpesta kat atas padang tu tengah malam sampai pagi bermabuk-mabukkan.

Nak tegur memang takut sebab masing-masing punya perut boroi yang amat besar dan nampak macam kuat sangat. Dah lah besar, mabuk pulak. Nanti sia-sia saja kena balun dengan India mabuk. Maka tak dapatlah nak buat apa-apa.

Bila dah banyak sampah kadang kala saya sendiri akan ambil kutip dan buang pada tempat yang betul. Itu bila ada kesempatan dan terjumpa kes sampah terbuang dengan terang dan nyata. Tapi tak bolehlah nak buat sepanjang masa. Nanti orang panggil saya Mat Bangla kontraktor sub kutip sampah pulak.

Kenapa majlis perbandaran tak kutip plastik

Kat situlah masalah yang berlaku.

Pihak majlis ada lantik konraktor untuk bersihkan kawasan taman. Mereka buang sampah dari tong sampah penduduk secara rutin.

Ada juga kontraktor yang kerja mereka bersihkan longkang. Potong rumput, potong pokok kayu dan lain-lain sebagainya. Untuk pastikan taman dalam keadaan bersih dan penduduknya sejahtera. Memang itupun kerja pihak Malis dan rakyat bukannya dapat semuatu percuma. Ada cukai pintu yang dibayar untuk pihak majlis.

Yang peliknya, kedua-dua jenis kontraktor itu tak akan ambil peduli kalau ada sampah seperti beg plastik, tng bekas plastik, tog tin dan lain-lain lagi jenis sampah yang berterabut kat atas padang permainan.

Begitu juga mereka tak akan peduli pada semua benda itu kalau ada terselit kat tepi jalan atau tepi longkang kat taman perumahan. Bila ditanya, pekerja kontraktor akan jawab mudah saja,
"Itu bukan kerja saya!"
Memang itulah jawapannya. Jika mereka buat kerja landskap, mereka tak akan ambil peduli pada semua benda selain dari yang ada kaitan dengan pokok dan daun serta batang. Kalau mereka buat kerja kosongkan tong sampah penduduk, mereka tak akan kosongkan sampah berterabur kat atas atau tepi jalan atau atas padang.

Awat pihak majlis tak boleh perhatikan benda itu ka?

Bukan semua orang yang akan buat sampah merata macam tu, tapi di mana-mana saja tempat pasti akan ada individu sorang dua yang pekak badak dan perangai macam India mabuk kat atas tu yang buang sampah ikut suka hati.

Kalau orang ramai ada kuasa untuk tangkap mereka yang buat sampah berkecamuk dan pukul sampai lembik tentu jauh lebih mudah untuk benteras kekotoran. Tapi itu tak ada dalam kuasa orang ramai. Jadi pihak majlis perlu buat sesuatu.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Sebab apa pihak Majlis perbandaran tak kutip bekas plastik terbuang kat taman

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !