Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

11 August 2017

Tok Mat Janggut Lahar Yooi tak kisah diwartakan ajaran sesat

  Ano Nyme       11 August 2017
Kisah pertembungan antara ilmuan agama yang bergelar Ustaz dan sebelah pihak lagi bergelar Tok Mat Janggut jadi tular baru-baru ini.

Ustaz datang nak berbahas kebenaran dengan Tok Mat Janggut dan tak sabar-sabar nak hukumkan bahawa Tok Mat Janggut sesat dan tak cukup ilmu untuk nak faham ilmu.

Saya tengok juga video itu sebab depa cakap bahasa melayu logat tempat saya. Memang patutupun logat sama sebab kejadian dikatakan berlaku kat Lahaq Yooi. Tak jauh dah dari rumah saya kat kampung tu.

Tapi tak pernah pulak saya dengar pasal Tok Mat Janggut tu selama duduk kat kampung dan selalu balik kampung selama ini. Mungkin balik sekejap sekejap saja jadi tak sempat nak dapat dakwah ajakan dari para murid Tok Mat Janggut.

Apa sebab Tok Mat Janggut sesat

Majlis agama Pulau Pinang dah wartakan ajaran Tok Mat Janggut ini sebagai sesat. Saya cuba cari kat dalam portal Jabatan Mufti pasal fatwa sesat yang telah diwartakan tapi tak jumpa pulak. Cuma jumpa soalan dari warga Pulau Pinang yang risau pasal suaminya dah ikut ajaran Tok Mat Janggut ini.

Berikut soalan yang siisteri itu tanya pada jabatan mufti Pulau Pinang:

Ajaran Tok Mat Janggut
Assalamualaikum..
sy nak tanya pasal ajaran tok mat janggut. sy dah jumpa kat e fatwa ajaran tok mat janggut sesat tetapi x secara detail. cuna bagitau sesat. untuk pengetahuan pihak tuan/ puan, suami sy ikut ajaran tersebut.

sy dah nasihat dia ajaran tu dah dikategorikan sesat tapi dia x dengar. dia ckp x sesat. apa yg jelas sejak dia join ajaran tersebut, solat dia dah tak betul. senasa solat kepala terangguk anggguk. baca terlalu laju. solat lewat waktu. bulan posa aritu dia sahur pukul 6.15 lepas azan subuh.

saya dah jumpa kitab ajaran tersebut. tlg saya. saya risau tentang status hubungan kami.

Ini jawapan dari Jabatan Mufti
Waalaikumussalam wbt

Ajaran tok Mat Janggut ini didapati menyeleweng kerana ia membawa kekeliruan kepada masyarakat dan bercanggah dengan pendekatan ulamak yang menyatakan, untuk mengenal Allah s.w.t mestilah mengikut tahap kemampuan masing- masing.

Sebagai isteri, puan perlu terus bersabar dan sentiasa berdoa agar diberikan hidayah kepada suami oleh s.w.t.

Puan boleh berhubung dengan jabatan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung ajaran ini.

Video Tok Mat Janggut

Bila cari pasal Tok Mat Janggut itu, saya jumpa lulak rakaman Tok Mat Janggut tengah terangkan pasal ajarannya diwartakan sebagai sesat.

Tak pasti pulak samada para pendengarnya itu merupakan anak-anak muridnya atau kawan-kawan kampung. Tapi nampaknya ada hilai ketawa setiap kali Tok Mat Janggut ada cuba buat lawak sedikit. Ertinya mereka mungkin dah saling kenal dan saling percaya antara satu dengan yang lain.

Boleh tonton apa yang Tok Mat Janggut sebut pasal ajaranya dah sesat kat bawah ni:

Tok Mat Janggut from afielin nuha on Vimeo.

Tok Mat Janggut tak takut

Yang jepasnya dia berkata tak takut lansung dengan warta tersebut. Sebab dia dah dipesan oleh kedua-dua tok gurunya bahawa apa ilmu yang dia bawa itu pasti akan mendapat tentangan.

Sama macam semua 25 para rasul dahulu yang dikecam dan ditolak oleh umat mereka yang sedang didakwah. Itulah yang Tok Mat Percaya dengan yakin nampaknya.

Tapi yang tak berapa sedap sikit di dengar adalah apabila dia gelar pegawai agama negeri Pulau Pinang sebagai Dajai !

Tak berapa seronok nak dengar dari mulut Tok Mat Janggut. Keras sangat tu sampai hangpa panggil mereka dajai.

Ustaz lawan Tok Mat Janggut

Ini pula video yang dikatakan soal jawab antara ustaz (katanya 2 orang) dengan Tok Mat Janggut. Rakaman berkemungkinan dibuat oleh team ustaz sebab ianya datang dari tempat suara yang dikatakan ustaz itu.

Sekali dengar soal jawab antara mereka tidak dijalankan dalam suasana untuk saling memahami. Ia lebih kepada satu proses utusan ustaz mahu membuktikan bahawa Tok Mat Janggut bersalah.

Tok Mat Janggut pula kelihatan tidak dapat mengawal emosinya. Dia kelihatan seperti seorang yang tidak ada daya kesabaran yang tinggi dan tidak bersedia untk menerima kritikan atau cabaran soalan.

Sebab itu sampai dia sebut tak kisah sekalipun geng ustaz kata dia akan masuk ke neraka. Dan eng ustaz pula terus je bila Tok Mat Janggut kata begitu. Mereka kelihatan macam dah tak tahu nak buat apa lagi dan serang kenyataan tak apa masuk neraka itu pulak.

Tok Mat Janggut selepas itu nampaknya menunggu untuk geng Ustaz mencampakkannya masuk neraka tapi tiada apa-apa yang berlaku.

Secara peribadi, saya tak berapa nak faham perbualan mereka yang kedengaran seperti sedang berbicata dengan menggunakan ayat dan perkataan melayu tua. Ayat seperti, 'Tok Mat tak dak alat untuk memahami ilmu...' itu bagi saya merupakan ayat Melayu lama yang orang tak berapa cerdik macam saya boleh faham sangat.

Apa yang dimaksudkan alat untuk memahami ilmu itu tak berapa nak saya faham. Mungkin Tok Mat Faham. Tapi dari perbualan kat video nampak macam Tok Mat juga tak berapa nak faham. Tok Mat kata semuanya berdasarkan kitab, dan para ustaz itu pulak terus serang bertubi-tubi dan ancam orang tua itu dengan api neraka.

Lepas itu ustaz ingatkan orang tua itu jangan dok cuba nak ajaq orang kalau tak ada alat untuk memahami ilmu. Sekali lagi alat untuk memahami ilmu digunakan. Mungkin itu ayat power di kalangan alim ulama Kedah untuk diguna pakai, tak berapa pasti le pulak.

Bagaimana nak halang Tok Mat mengajar

Untuk halang Tok Mat mengajar lebih sukar jika berikan arahan terus hanya pada Tok Mat. Selagi ada orang datang nak belajar dengan Tok Mat, selagi itulah orang tua itu akan mengajar.

Oleh itu para ustaz perlu jumpa para pengikut Tok Mat untk yakinkan pada mereka semua apa yang tak kena dengan ilmu dan ajaran Tok Mat. Jika para ustaz pandai, maka pengikut tok mat tentu akan tinggalkan tok mat.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tok Mat Janggut Lahar Yooi tak kisah diwartakan ajaran sesat

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Assalamualaukim
    Boleh tak saya tahu alamat lengkap rumah Tok Mat Janggut wahai saudara budiman.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !