Lin See-Yan merupakan bekas timbalan gabernor bank negara Malaysia yang pakar dalam bidang ekonomi. Jadi semuanya pandangannya perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh para pemimpin negara kita.
Berikut sedikit fakta tentang Lin See-Yan:
- Menjadi Timbalan Gabernor Bank Negara Malaysia dari tahun 1980 hingga 1994. Jawatan yang dia pegang kat situ bukan sekejap tu. Lebih kurang 14 tahun!
- Merupakan seorang Garaduan lulusan dari Harvard. Ini memang orang bijak sebab bukan senang-senang nak masuk Harvard. Sebab ramai orang bijak macam dia masuk Harvard lah yang membuatkan Harvard jadi macam tu, dan bukan sebaliknya.
- Pernah kerja di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2008 hingga 2010.
- Menjadi Pengerusi Malaysian Insurance Berhad dari tahun 1988 hingga 1994
- Merupakan ahli kepada The British Chartered Scientist
3 sebab ekonomi Malaysia sedang tenat
Bila dah baca senarai kelayakan Lin See-Yan kat atas tu, sekarang baru kita boleh tengok apa tanda-tandanya ekonomi negara sedang tenat. Dia bukan cakap main ikut sedap mulut seperti kebanyakan ahli politik kita yang ada sekarang.
Walaupun ramai ahli politik yang melenting dan mula tunjuk pencapaian CGPA mereka setiap kali ditembak kritikan, tak boleh nak lawan sangat dengan pengalaman dan kelayakan Cina Malaysia ni. Jadi kita tengok 3 sebab ekonomi dikatakan sedang tenat menurut beliau di bawah:
- Malaysia banyak hutang - Hutang negara amat tinggi sampai mencecah RM655.7 Billion sehingga bulan Jun 2016. Ini berdasarkan laporan dari Kementerian Kewangan 2016/2017. Ini bersamaan dengan 53.2% KDKN. Sekarang tak pasti pulak banyak mana hutang negara secara tepat.
- Nilai Matawang Ringgit lemah - Menteri kata nilai ringgit kita kukuh dan antara yang terbaik di rantau ini. Itu kata menteri yang tak lulus mengaji ekonomi. Tapi menurut pakar ekonomi ini, nilai matawang kita yang USD1 bersamaan dengaan RM4.18 itu adalah tinggi dan menyusahkan rakyat dan para peniaga. Masa dia bersara dari BNM, USD1 sama dengan RM2.50 saja.
- Negara bergantung pada tenaga buruh murah dari luar - Tengok kat luar sana berapa ramai warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan lain-lain lagi. Hampir kesemua kerja kat bawah sekarang bergantung pada tenaga buruh murah itu. Kita banyak keluarkan produk tak bernilai tinggi yang hanya boleh dijual murah, maka terpaksa bergantung pada tenaga buruh murah.
Bahaya ekonomi negara tenat
Menurut beliau lagi, dalam masa terdekat ini, memang tak ada masalah. Kita semua memang tak terasa sangat masalah yang sedang berkumpul sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan itu.
Tapi masalah akan datang dalam tempoh jangkamasa panjang bermula dari sekarang. Kalau tak buat apa-apa reformasi, bahangnya akan mula terasa dalam tempoh sederhana panjang dan akhirnya akan jadi barah selepas itu yang tentu amat sukar untuk dipulihkan semula.
Malaysia perlu fokus kepada industri pembuatan yang mengeluarkan barangan yang bernilai tinggi. Contoh mudah yang dia beri adalah dalam industri pembuatan kasut umpamanya.
Kita tak boleh buat kilang jahit kasut saja untuk jenama orang lain. Bila setakat nak jahit kasut, maka terpaksa ambil pekerja Bangladesh atau Indonesia sebab tak payah bayar mahal. Lagipun pemegang jenama kasut asal tak akan bagi kat Malaysia kalau kos jahit kasut tu mahal.
Negara sepatutnya berikan tumpuan dan gandakan usaha untuk design dan keluarkan kasut yang bermutu tinggi. Perlu lahirkan pereka bentuk kasut, perlu lahirkan pakar dalam menghasilkan bahan yang bermutu tinggi dan dikumpulkan semua sumber itu untuk mengeluarkan kasut yang bermutu tinggi.
Itu contoh mudah yang dia bagi. Kalau nak baca laporan asalnya yang lebih lanjut, sila pergi kat sini.
Apa pandangan anda dalam hal ini?
Bagilah komen sikit pasal ekonomi negara kita sekarang ini. Apa peranan kita dalam hal ini. Macam mana kita boleh pastikan negara tak menjunam dalam tempoh jangka masa panjang yang pakar ekonomi di atas tu kata?
Sila berikan komen anda!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !