Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

29 September 2017

5 perkara yang perlu anda tengok dan buat sebelum beli kereta terpakai

  Ano Nyme       29 September 2017
Pernah beli kereta terpakai?

Biasanya apa yang anda buat bila ada rancangan nak beli kereta terpakai?

Saya sendiri ada banyak pengalaman beli kereta terpakai. Maklumlah tak berapa nak ada duit tapi terpaksa ada juga sebuah kereta untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Jadi tak ada pilihan selain dari beli kereta terpakai yang biasanya jauh lebih murah dari kereta baru.

Masa mula-mula beli dulu, langsung tak ada pengalaman pasal kereta ni. Jadi terpaksa bergantung percaya hanya pada kawan-kawan yang ada pengalaman. Dan biasanya kawan-kawan yang bersemangat nak bantu tu, ialah mereka yang nak jual kereta terpakai tu.

Dalam kes macam tu, anda sendiri tahu apa yang kawan tu akan cakap. Sudah tentu semuanya yang mulus-mulus saja supaya boleh close deal dengan pantas dan selesai kerja dia jual kereta tu.

Sekarang dah berumur sedikit dan ada pengalaman lama dah dok bawa kereta. Pengalaman bawa kereta baru dan pengalaman bawa kereta lama yang dah terpakai. Malah pernah ada pengalaman bawa kereta yang penuh dengan masalah.

Jadi nak kongsi sikit apa yang anda perlu tengok sebelum nak buat keputusan untuk beli kereta terpakai. Jangan nak percaya sangat dengan jurujual sebab memang kerja mereka tunjukkan yang baik sahaja dan sorokkan yang buruk.

Berikut saya kongsikan 5 perkara yang anda perlu tengok:

1. Periksa semua bahagian luaran kereta


Ini perkara paling awal yang anda perlu buat. Tak payah nak masuk dalam kereta dan pandu uji terus sedangkan keadaan sekeliling kereta terpakai itu pangsung tak perhatikan.

Periksa sekeliling badan kereta tersebut. Tengok samada warna cat adalah sama dan sekata dan tak ada kawasan yang kelihatan berbeza warnanya. Lihat tanda-tanda ada berlakunya kerja mengecat semua mana-mana bahagain kereta itu untuk kenal pasti potensi pernah berlaku kemalangan.

Tengok juga mana-mana bahagian yang ada karat kat badan dan bahagian penting di bawah kereta. Tengok bahagian tayar dan rim samada ada bengkok atau tayar makan sebelah yang membuatkan bunga tayar itu tidak rata.

Periksa semua gap atau jurang antara semua panel kat kereta tersebut. Contohnya jurang antara pintu dengan dinding. Luas sangat kah atau tak sama luas kah. Itu semua tanda mudah untuk kesan ada perubahan pada badan kereta.

2. Periksa bahagian dalaman


Masuk ke dalam kereta dan periksa semua bahagian satu persatu. Tengok balutan dan keadaan tempat duduk. Tengok juga bahagian karpet kat bawah pedal tempat tekan minyak. Keadaannya bersih tak lusuh sangat dan cuba agak samada keadaan itu tidak seiring dengan jumlah mileage yang meter tunjuk.

Kalau karpet punyalah lusuh sampai berlubang bawah pedal tu dan kerusi sampai sampai nak lusuh, dan meter tunjuk kereta jalan tak berapa jauh, itu ada yang tak berapa nak kena.

Perhatikan juga segala butang adjust kerusi dengan mencubanya kedepan dan kebelakang. Periksa tapi pinggang keselamatan pakai dan buka semula samada lancar dan tak ada apa-apa masalah.

Buka bonet dan periksa samada mudah nak tutup semula atau tidak. Buka dan tutup pintu kereta itu kesemuanya dan rasakan bagaimana bila ia dibuka dan bagaimana bila ia ditutup. Mudah dan lancar atau ada masalah.

Buka bonet depan kenderaan itu dan tutup semula untuk lihat kelancarannya. Kemudian buka semula dan biarkan untuk buat langkah berikutnya di bawah.

3. Periksa semua bahagian kawalan


Sekarang anda perlu periksa minyak enjin kereta tersebut. Cabut besi pengukur minyak enjin dan lap dengan kain. Masukkan semula dan tengok level minyak enjin yang ada kat dalam tu. Tengok kedudukannya antara level minimum dan level maksimum.

Kalau banyak sangat mencecah maksimum, sudah pasti ada penambahan tergesa-gesa yang baru dibuat. Dan kalau levelnya tersangat rendah mendekati minimum ertinya ada kelekaan aktiviti selenggara dan tak perhatikan keadaan kereta.

Seeloknya minyak enjin ada antara level maksimum dan minimum tak banyak dan tak rendah.

Selepas itu cuba hidupkan enjin. Dengar baik-baik macam mana kelancarannya arus perjalanan letriknya untuk hidup. Tersangkut sebak atau lancar dan licin saja. Dengar macam mana enjin kekal hidup sekata atau tidak.

Bila enjin sedang hidup, periksa semua butang viper, signal, butang buka tingkap, meter digital kat depan pemandu dan semua butang yang ada kegunaan kat kereta tersebut. Biarkan kereta hidup lama sedikit dan lihat meter suhu kat depan depan tu tinggi cepat sangat atau steady dan kemudian kekal di paras yang betul. Tengok juga samada ada lampu amaran menyala kat dashboard kereta itu.

4. Pandu uji kereta


Bila dah buat kesemua yang kat atas tu, anda dah bersedia untuk uji pandu kereta tersebut. Pastikan ada insuran dan anda dilindungi. Kalau tak ada, anda sedang ambil risiko sendiri.

Bawa perlahan dan rasakan bagaimana kereta itu bergerak. Rasakan bagaimana kereta itu tukar gear jika jenis automatik. Adakah lancar tak terasa atau kasar terhenjut. Jika manual, tukar gear satu persatu dan rasakan tekanan clutch. Ketat atau ringan dan lancar untuk masukkan gear.

Cuba tekan break. Tak perlu terkejut dengan keadaan break sebab biasanya akan terasa perbezaan yang banyak antara kereta yang anda dok biasa bawak dengan kereta terpakai lain. Tapi yang penting break itu mampu membuatkan kereta berhenti dengan kejap dan tidak buang sebelah bila berhenti.

Masa bawak kereta tu tutup semua radio dan dengar apa-apa bunyi tik atau tak yang ketara. Rasa samada kereta goyang atau berayun dan cuba lepaskan steering dan tengok samada ianya terus melencong kiri atau kanan dengan teruk atau masih lurus depan.

Cuba ambil korner atau pusingan penuh kiri dan kanan dan dengar kalau ada apa-apa bunyi kat bahagian bawah kereta. Cuba lalu atas jalan rata ketika buat semua cubaan tersebut.

Cuba juga lalu kat lubang atau bonggol rendah untuk apa bunyi yang keluar kat bawah badan kereta tu.

5. Periksa semua dokumen kereta


Selepas selesai semua kat atas tu, anda erlu semak semua dokumen aktiviti dan bukti selenggara kereta tersebut. Bila kali akhir servis, berapa mileagenya yang tertulis dan pi tengok kat meter adakah sama lebih kurang.

SEmak bila kali akhir tukar break, tukat tayar dan tukar cluch dan seumpamanya. Kalau kereta itu biasa di selenggara oleh ajen servis jenama yang sama lebih mudah sebab biasanya semua rekod servis ada kat dalam database servis centre.

Bila anda dah puas hati kesemua aktiviti kat atas tu, barulah boleh buat keputusan samada kereta terpakai itu berbaloi untuk dibeli dengan harga yang ditawarkan atau tidak.

Semoga ada manfaatnya untuk semua. Kalau anda ada benda lain yang nak kongsikan pasal periksa kereta terpakai ini, sila berikan komen kat bawah ni. TQ

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 5 perkara yang perlu anda tengok dan buat sebelum beli kereta terpakai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !