Cuba tonton YouTube kat bawah ni. Memaparkan bagaimana Ford Ranger Raptor terbaru sedang diuji pandu oleh profesional dalam keadaan jalan yang mencabar. Tengok macam besat sangat belasah 4x4 laju macam tu kat jalan offroad.
Ford F-150 Raptor edisi 4x4 mewah
Kat Malaysia ni saya masih belum tengok lagi ada orang pakai Ford jenis Raptor 150 ni kat atas jalan raya kita. Tak tahu pulak samada ada Ford F-150 Raptor ni ada kat Malaysia atau tdak. Kalau anda tahu, sila bagi tahu kat mana. Memang teringin nak tengok kenderaan 4x4 mewah ni secara real kat depan mata.Tapi yang pastinya Ford F-150 Raptor adalah khas untuk pasaran Amerika sahaja. Kawan saya bagi tahu enjin 3.5-litre turbocharged EcoBoost V6 petrol yang digunakan oleh Ford F-150 Raptor itu tak sesuai untuk keadaan kita di sebelah sini.
Kalau yang setakat saya faham, Ford F-150 Raptor ni boleh dikira kenderaan mewah dalam kategori 4x4. Menjadi antara kenderaan lasak 4x4 paling digemari di Amerika sana.
Ford Ranger Raptor untuk bergaya
Ada iklan dah tersiap kat negara jiran kita Thailand bahawa akan datang untuk tahun depan Ford Ranger Raptor ke dalam pasaran Thailand. Tapi sudah tentu bukannya Ford F-150 Raptor yang mewah itu.Rasanya Ford Ranger Raptor itu adalah versi terbaru Ford Ranger T6 atau Wildtrak yang dah banyak digunakan paki di Malaysia atau Thailand. Dah tentu penampilannya adalah untuk melahirkan konsep yang sama macam rupa bentuk Raptor F-150.
Kalau dipakai oleh orang Malaysia, ianya sudah tentu untuk tujuan bergaya dan melaram kat atas jalan raya.
Orang Malaysia akan pakai 4x4 yang dimekap mewah sana sini sampai tak tergamak untuk masuk dalam hutan belantara. Semuanya dimekap gah hanya untuk melaram kat atas jalan raya sahaja.
Mungkin rupa terbaru Ford Ranger Raptor ni adalah seperti gambar kat atas sekali tu. Rupa dalamannya pulak macam gambar kat atas ni. Itupun hanyalah andaian sahaja. Macam mana rupa bentuk sebenarnya nanti, sama-samalah kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !