Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 September 2017

Ford Ranger XL dengan harga paling berpatutan diperkenalkan di Malaysia

  Ano Nyme       22 September 2017
Ini berita yang baik untuk peminat kenderaan pickup 4x4 jenama Ford Ranger. Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar jenama Ford di Malaysia telah perkenalkan Ford Ranger XL dengan harga paling berpatutan untuk anda yang meminati jenama Ford Ranger.

Harga yang ditawarkan untuk pasaran Semenanjung Malaysia hanyalah RM83,588 sahaja. Harga tersebut termasuk GST tapi tanpa harga insurance. Untuk Sabah dan Sarawak pula harganya adalah RM89,388

Dengan harga yang amat menarik itu, anda akan dapat Ford Ranger dengan enjin jenis diesel 4 cylinder 2.2L TDCi. Untuk sistem transmisi pula anda akan dapat jenis MT82 manual 6 gear.

Harga itu murah sebanyak RM10 ribu berbanding dengan Ford Ranger siri T6 biasa sebelum ini 2.2L XL Manual. RM10 ribu tu memang satu diskaun yang amat murah dalam keadaan ekonomi yang tak berapa menarik sekarang ini.

Ford Ranger XL asas sahaja

Harganya memang amat berpatutan dan anda hanya boleh dapat dalam dua warna sahaja. Warna putih dan warna kelabu. Semuanya perkara asas sahaja yang diberikan. Rim hanyalah rim 16 inci biasa diperbuat dari besi dan dibalut dengan tayar jenis 215/70.

Bumper depan ford ranger XL juga datang dalam warna hitam asal tanpa dicat. Tapi masih kelihatan cantik walaupun dengan warna macam itu sebab Ford Ranger punya muka depan memang bagi saya agak cun dari segi rekabentuknya.

Boleh dkatakan hanya semua perkara asa diberikan termasuklah beg udara keselamatan dua unit di depan, ABS, sensor undur belakang, dan kunci remote. Dah nak murah, dapat semuanya yang asas sahajalah.

Bagi mereka yang suka make-up kenderaan 4x4 rasanya lebih elok beli jenis asas macam ini kemudian keluarkan sedikit duit untuk tukar mana-mana yang patut. Boleh tukar kepada rim sport aloi yang menarik, boleh tambah lapik tepi tayar dan lain-lain supaya nampak mengancam. Dan tak perlu tukar segera selepas beli. Bila dah ada duit nanti baru buat.

Kalau nak buat kenderaan yang lebih fokus pada cari makan juga dan dalam masa yang sama boleh bawa sedap dan berjalan jauh atau dekat atas jalan raya biasa, ini adalah model yang paling murah dan amat berpatutan.

Sebagai perbandingan, saya lampirkan juga gambar Ford Ranger 2.2L XL sebelum ini yang biasa kita lihat kat atas jalan dengan harga RM10 ribu jauh lebih tinggi.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Ford Ranger XL dengan harga paling berpatutan diperkenalkan di Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !