Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 September 2017

Lesen penganjuran festival arak di Glasgow juga kena tolak sebab ganas

  Ano Nyme       26 September 2017
Bukan saja pihak DBKL yang menolak penganjuran festival arak daripada di adakan di Kuala Lumpur. Malah, negara barat juga turut menolak penganjuran yang sama daripada diadakan.

Glasgow, sebuah bandaraya di Scotland bukanlah sebuah negara yang penduduknya majoriti beragama Islam. Tapi pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen sebarang penganjuran festival turut sama menolak permohonan untuk mengadakan festival arak di sana.

Festival arak tersebut diberikan nama 'Oktoberfest'. Satu pesta arak yang diadakan setiap tahun di sana. Di bandaraya lain di Eropah juga pesta arak biasa di adakan sempena melayan seni pembuatan mnuman arak yang amat terkenal di negara sebelah barat sana.

Sebelum ini, di London, festival arak yang sama turut sama dibatalkan pada saat-saat akhir 20 minit sebelum ianya dibuka untuk pengunjung. Bolah baca laporan itu di sini.

Jika anda nak baca banyak lagi kejadian atau berita berkenaan oktoberfest atau pesta arak tersebut, anda boleh pergi ke link kat sini dan baca apa yang dikongsikan kat laman tersebut. Ada maklumat neutral dan ada banyak juga maklumat keganasan berlaku dalam pesta arak yang diadakan sebelum ini kat sana.

Lesen ditolak sebab keganasan

Punca penganjuran pesta arak yang dimohon oleh pihak penganjur ditolak bukan sebab ada demo bantahan daripada parti Isam kat sana. Walaupun sudah tentu ada rakyatnya yang beragama Islam, tapi mereka tak kaitkan semua kejadian yang berlaku dalam masyarakat dengan agama.

Pesta arak ditolak atas dasar kepentingan umum yang pihak berkuasa diberikan amanah untuk memeliharanya.

Dalam kes Oktoberfest, pesta beer di Glasgow, pihak polis memberikan laporan kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen bahawa telah berlaku kejadian keganasan ketika pesta arak yang sama dianjurkan pada tahun yang sebelum ini.

Atas dasar itu, maka penganjurannya untuk tahun ini di tempat yang sama telah ditolak oleh pihak berkuasa.

Tapi sudah tentu pihak penganjur ada hak untuk membuat permohonan mengadakan pesta arak mereka dilokasi lain yang difikirkan lebih sesuai. Yang dapat menjamin tidak akan berlaku lagi keganasan yang sama atau sekurang-kurangnya dapat beri jaminan semuanya akan dapat dikawal dengan baik.

Banyak kes ganas dalam pesta arak

Kalau kita pergi baca semua laporan terhadap pesta arak atau Oktoberfest yang menghidangkan beer terbaik dari berbagai pembuat beer di barat, ada banyak kejadian tidak diingini berlaku sepanjang pesta arak itu dianjurkan.

Ada kes gigit telingan. Ada kes lelaki telah merogol seorang lelaki lain. Ada kes gaduh berramai-ramai dan ada penangkapan terhadap pemabuk yang tidak dapat kawal akal waras mereka.

Itu semua kita dah tahu sangat, kesan dan akibat bila minum arak sampai hilang akal dan otak menjadi gila tidak dapat kawal diri. Tak ada sesiapan yang dapat nafikan betapa arak menjadi berbagai punca kejahatan dan kegilaan lain pada peminumnya.

Serahkan pada pihak berkuasa

Tolak penganjuran pesta arak kat mana-mana saja di negara dunia ini bukanlah satu fenomena pelik yang perlu dijadikan bahan pertikaian. Apatah lagi ianya mencetuskan pertikaian agama di sesebuah negara.

Pihak parti politik Islam sebenarnya tak bijak mengatur strategi dalam membuat bantahan terhadap penganjuran pesta arak di negara kita tempoh hari. Mungkin mereka lebih melihat peluang untuk menonjolkan parti mereka dan menjadi champion dalam menegakkan apa yang mereka percaya dalam agama.

Jika mereka matang sebagaimana yang mereka dakwa selama ini, pesta arak yang mahu diadakan oleh penganjur itu boleh saja dibantah aas dasar kepentingan umum tak kira samada Melayu atau Cina atau India, tak kira samada Islam, Buddha, Kristian atau lain-lainnya.

Semua warga negara yang waras dan inginkan suasana aman damai sudah tentu bersetuju bahawa pesta minuman arak sedemikian perlu dikawal dengan sempurna oleh pihak berkuasa.

Jadi strategi terbaik yang pihak parti agama Islam boleh lakukan adalah dengan menubuhkan satu kerjasama dengan semua pihak tak kira agama atau bangsa untuk turut sama membuat bantahan kepada pihak berkuasa.

Itu adalah strategi yang jauh lebih baik. Ia juga dapat menjalinkan kesefahaman antara semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tak kira apapun bangsa dan agama. Tak akan timbul ketegangan antara agama kat negara kita jika pihak agamawan bijak berkerjasama dengan semua orang lain yang tak sama pegangan dengan mereka.

Tapi persoalannya adalah sanggupkah pihak pejuang parti agama Islam duduk semeja dengan orang lain dan tak bersyarah atau berfatwa pasal agama mereka. Mungkin mereka akan takut dilihat oleh fanatik agama sebagai cuba amalkan aliran pluralisme pulak.

Semua itu perlu dibincangkan oleh pihak strategis parti yang menggunakan agama sebagai landasan perjuangan politik mereka.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Lesen penganjuran festival arak di Glasgow juga kena tolak sebab ganas

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !