Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

15 September 2017

MBPJ saman oBike RM17 ribu dan halau mereka untuk beroperasi di Subang saja

  Ano Nyme       15 September 2017
Lagi berita pasal kes syarikat perkongsian basikal oBike Malaysia Sdn Bhd yang saya tulis sebelum ini kat sini. Sejumlah 261 buah basikal kuning mereka telah dirampas dan disita oleh MBPJ. Sebelum ini dilaporkan 250 unit - dah bertambah dah.

Punca basikal tersebut disita adalah disebabkan paling asasnya, menghalang laluan orang ramai. Itu punca utamanya yang saya rasa pihak MBPJ terpaksa ambil tindakan sebab ada laporan.

Konsep yang bagus dan mulia oBike tentu agak pelik jika pihak berwajib saja-saja nak buat kacau. oBike mahu ketengahkan konsep mesra alam dengan menggalakkan orang ramai kayuh basikal. Mereka juga mahu promosi aktiviti sihat jadi amalan orang ramai. Jadi tentu itu satu usaha yang baik.

Halang orang ramai punca disita

Namun begitu, apa saja usaha yang murni, semurni manapun, cara perlaksanaannya perlulah tidak membuatkan gangguan pada orang ramai.

Konsep yang mahu diperkenalkan kat MBPJ adalah konsep tak ada stesen letak basikal.

Bila dah tak ada stesen, maka pengguna perkhidmatan basikal oBike sudah tentu akan letakkan basikal ikut suka hati mereka saja. Memang itu sikap dan budaya kurang baik yang ada pada sesetengah rakyat Malaysia.

Sedangkan perkara yang ada peraturan pun orang kita suka langgar, inikan pula jika tak ada peratusan. Lebih meriahlah mereka buat sesuka hati sampai ke tahap yang tak terfikirkan oleh orang yang waras akalnya.

Bayangkan jika anda boleh letak sesuka hati basikal selepas digunakan! Walaupun ada kertas tulis supaya letak kat tempat yang mudah orang guna dan jangan halang laluan, siapa yang nak ambil peduli.

Sekarang orang ramai kat Petaling Jaya yang sebelum ini menikmati perkhidmatan yang baik itu terpaksa lupakan sahaja dulu buat sementara waktu. Orang ramai dah mengamuk dan MBPJ dah ambil tindakan. Padan muka !

Dihalau beroperasi hanya di Subang

Pihak oBike perlu membayar saman RM17 ribu sekarang jika nak ambil balik kesemua basikal mereka yang telah disita. Dan mereka juga tidak diberikan peluang untuk buat permohonan beroperasi semula di PJ.

Mereka perlu teruskan dahulu operasi hanya di Subang Jaya sahaja sebab itu merupakan projek pilot sebagai satu kajian kes.

Selepas melihat perjalanan selama beroperasi di Subang Jaya, bagus dan buruknya dan segala yang perlu diperbaiki dan lain-lain, pihak MPSJ akan buat satu panduan umum untuk diguna pakai.

Nampaknya itulah yang terbaik sekali.

Lagipun tak ada lagi majlis mana-mana yang ada pengalaman berurusan dengan konsep macam itu setakat ini. Perlu ada kajian menyeluruh demi kesejahteraan umum.

Jangan lepas ini ada kroni yang dok tak dok buka syarikat rewa basikal dan monopoli habis semua jajahan majlis yang ada atas dasar mereka kroni. Harap tak jadi begitu bila semua dah nampak keberkesanan dan kebaikan serta keuntungan konsep perniagaan tersebut.

Baca laporan lanjut kat sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, MBPJ saman oBike RM17 ribu dan halau mereka untuk beroperasi di Subang saja

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !