- TRD Front Grill - RM1,490
- TRD Front Lower Bumper Cover - RM1,090
- TRD Skid Plate - RM780
- TRD Over Fenders - RM1,290
- TRD Shift Knob - RM250
- TRD 18" Aloy Wheels - RM5,430
- TRD Wheel Nut set - RM800
Ada 7 items kat atas tu yang anda boleh masukkan sekali satu pakej dalam pembelian Toyota Hilux baru anda. Semuanya khas hanya untuk model Hilux 2.8G sahaja.
Kalau yang baru nak beli dan nak masukkan sekali dalam kos pembelian adalah lebih mudah sebab semua loan anda akan masuk dalam harga sekali dengan semua TRD Aerokit itu. Jadi tak lah berapa berat sangat nak bayar.
TRD Aerokit untuk Hilux lama
Tapi bagi yang memang dah ada sebijik kat rumah dan rasa nak pasang, boleh berbuat demikian dengan pergi ke mana-mana pusat servis Toyota yang anda selalu pergi selama ini yang berdekatan. Tapi kalau campur kesemuanya kos kat atas tu, boleh tahan juga harganya nak keluarkan sekali gus.Semua harga yang diberikan adalah termasuk dengan GST dan upah pemasangan. Jika masih tak ada apa-apa perubahan kat Toyota sana.
Tapi ada berita tak berapa baik sikit.
Sebab untuk model Toyota Hilux yang terkini sahaja ada disediakan semua TRD Aerokit itu. Bagi model lama memang tak ada terutamanya bahagian Front Grill tu. Aksesori yang lain mungkin boleh ngam untuk dipasang.
Banding Hilux TRD Aerokit vs Wildtrak
Sekarang, cuba tengok gambar kat bawah ini dan cuba bandingkan dari segi rupa antara pickup terkenal Ford Ranger yang memang mengancam tu berbanding dengan Toyota Hilux setelah dipasang lengkap siap semua Hilux TRD Aerokit kat atas tu.Adakah anda rasa nampak macam Toyota Hilux secara tiba-tiba jadi amat gagah dan lebih padu daripada Ford Ranger Wildtrak?
Tapi kalau nak bandingkan dari segi pemanduan dan kawalan, saya rasa memang tak boleh lawan Ford Ranger yang memang sedap dan stabil. Rupa saja elok tak semestinya bawa sedap.
TRD Aerokit Hilux Hitam lebih best
Kalau tengok gambar kat atas tu, boleh bezakan antara Hilux berwarna Hitam dengan warna Putih. Yang Hitam tu nampak lebih mengamcam dan gagah lagi berbanding putih. Itu berdasarkan mata sayalah.Mungkin bagi yang suka warna putih akan kata lebih cantik kombinasi TRD Aerokit dengan Hilux Putih. Terpulanglah sebab semuanya pakai duit sendiri.
Yang pastinya, hanya untuk hiasan mata sahaja sebenarnya. Tak berapa nak ada nilai yang lebih nyata dari segi performance dan keselamatan Toyota Hilux anda kalau pasang dengan lengkap kesemua TRD Aerokit kat atas tu semua.
Aksesori buka Tailgate belakang Hilux
Ini satu lagi aksesori yang baru diperkenalkan oleh Toyota Hilux. Khas untuk memudahkan pengguna Hilux yang rasa susah dan berat sikit bila nak buka Tailgate atau penghadang badan belakang toyota hilux anda sekarang.Menurut jurucakap Toyota, dengan adanya aksesori bantuan buka tailgate itu, anda dapat kurangkan kerja sebanyak 95% untuk membukanya. Maknanya amat mudah untuk buka tailgate hilux anda selepas ini. Anak atau isteri anda yang kurus pun boleh buka dengan mudah.
Harga yang ditawarkan untuk pasang aksesori tu adalah RM985 sahaja. Macam nak mahal juga rasanya dalam keadaan ekonomi sekarang.
Tapi bagi kontraktor yang tengah lebat dengan projek sekarang boleh pasang satu dan lepaskan kos tu pada bill kerja dan perniagaan, Boleh kurangkan cukai dan mudahkan kerja.
Aksesori ni ada untuk model terkini dan model yang lama sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !