Saya dapat tahu bila terbaca laporan Usain Bolt diterbangkan khas untuk bersama program pembukaan cawangan butik jam tangan mewah Hublot di Kyoto baru-baru ini.
Butik itu dibuka dengan gilang gemilang pada 26 Ogos 2017. Pelari pecut Usain Bolt berkumpul bersama dengan kanak-kanak dalam acara larian yang dianjurkan sempena dengan pembukaan butik itu.
Hublot derma untuk NGO 1.5 juta Yen
Hublot umumkan untuk menderma sejumlah 1.5 juta Yen kepada NGO yang bertindak dalam usaha mengekalkan tradisi klasik bandar Kyoto itu. Dan jika larian yang diadakan khas untuk kanak-kanak di siti berjaya memecahkan rekod Usain Bolt, Hublot akan tambah lagi derma sebanyak setengah juta Yen.Ya lah ! mana boleh nak pecahkan rekod Usain Bolt selaju 9.58 saat tu walau macam mana lajupun kanak-kanak itu cuba. Walaupun Usain Bolt berikan tips macam mana nak lari laju, mereka hanya berjaya mencatitkan larian 100 meter dalam tempoh 14.8 saat saja.
Itupun dah cukup laju saya rasa!
Walau bagaimanapun, disebabkan kesungguhan kanak-kanak itu mencuba untuk pecahkan rekod Usain Bolt, CEO Hublot umumkan tambahan derma lagi sejumlah setengah juta Yen !.
Hublot dan Usain Bolt
Usain Bolt bukan nama asing lagi dalam arena sukan dunia dalam acara larian pecut. Pelari tinggi lampai itu dah masuk level lejen dalam acara larian pecut dengan pencapaian seperti berikut:- Juarai 8 medal olimpik
- Juarai 11 kejohanan sukan larian dunia
- Satu-satunya jaguh yang pertahankan emas dalam 3 kejohanan olimpik berturut-turut
- Pecahkan 3 rekod dunia dalam satu kejohanan olimpik yang sama
- Pegang rekod dunia untuk larian 100m, 200m dan 4x100m
Sebab apa Usain Bolt dilantik sebagai duta jam tangan mewah Hublot?
Tak dapat nak pastikan kenapa Usain Bolt dipilih berbanding athlet yang lain. Mungkin disebabkan namanya Bolt macam nak sama dengan Hublot, maka jam tangan itu cuba kaitkan jenama mereka dengan legenda jaguh lari pecut dunia itu.
Yang pastinya, bukan sedikit Usain Bolt dibayar untuk menjadi duta Hublot. Anda hanya perlu lari kuat lebih dari sesiapa saja kat muka bumi ini untuk jadi kaya raya macam Usain Bolt.
Berapa harga jam tangan Hublot
Hampir kesemua jam tangan Hublot mahal-mahal belaka. Paling murah yang anda boleh dapat, untuk sebuah jam tangan Hublot yang paling cokia adalah dalam USD4,200. Dengan harga itu anda layak membeli Hublot Classic Fusion Titanium 33mm, pergerakan quartz atau bateri.
Kalau nak mahal sikit lagi, bayar USD7,200 dan anda boleh beli jam yang sama tapi dengan saiz 38mm menggunakan pergerakan automatik. Dan kalau nak mahal lagi sikit, bayar USD7,800 untuk saiz 42mm.
Jam tangan Hublot ini antara jenama awal yang perkenalkan penggunaan tali yang diperbuat dari getah. Ianya tahan dan kekal lembut dalam apa keadaan cuaca dan menjadi ikutan jenama yang lain selepas itu.
Pelik juga bila jam tangan mewah yang amat mahal guna tali getah saja untuk rekaan tali mereka!
Jam tangan Hublot yang paling mahal memang banyak. Kalau ada duitpun mungkin anda tak akan beli dengan harga gila dan merapu macam tu. Antara 10 jam tangan Hublot yang mahal merapu adalah seperti berikut di bawah:
Tu dia ! punya merapu harga dia ! ambik hang !. Jam tangan yang 5 juta tu pernah dibeli oleh Beyonce untuk laki dia !
Kalau nak mahal sikit lagi, bayar USD7,200 dan anda boleh beli jam yang sama tapi dengan saiz 38mm menggunakan pergerakan automatik. Dan kalau nak mahal lagi sikit, bayar USD7,800 untuk saiz 42mm.
Jam tangan Hublot ini antara jenama awal yang perkenalkan penggunaan tali yang diperbuat dari getah. Ianya tahan dan kekal lembut dalam apa keadaan cuaca dan menjadi ikutan jenama yang lain selepas itu.
Pelik juga bila jam tangan mewah yang amat mahal guna tali getah saja untuk rekaan tali mereka!
Jam tangan Hublot yang paling mahal memang banyak. Kalau ada duitpun mungkin anda tak akan beli dengan harga gila dan merapu macam tu. Antara 10 jam tangan Hublot yang mahal merapu adalah seperti berikut di bawah:
- The Bigger Bang - USD62,500
- Classic Fusion Vision II – USD90,000
- Classic Fusion Zirconium – USD160,000
- Tourbillon Solo Bang – USD170,000
- Classic Pink Gold & Diamonds – USD180,000
- Big Bang King – USD250,000
- Big Bang Tourbillon Limited Edition – USD290,000
- Masterpiece MP-02 – USD305,000 (Gambar jam kat atas tu)
- Black Caviar Bang – USD1 juta
- The Hublot – USD5 juta (Gambar kat bawah ni)
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !