Dalam artikel yang lalu, kita dah baca 12 jenis kepercayaan karut yang di pegang oleh berbagai masyarakat di seluruh dunia. Kepercayaan karut itu jadi karut sebab mereka percaya potensi pembawa malang terhadap kejadian yang berlaku.
Mungkin ada sebab logik timbulnya kepercayaan karut itu. Biasanya masa kat kampung di zaman kanak-kanak dulu, orang tua-tua mereka-reka kepercayaan atau cerita karut sedemikian untuk menakutkan kanak-kanak atau mungkin orang dewasa.
Biasanya perkara itu ada makna atau implikasi tertentu jika sesuatau amalan itu dilakukan. Paling ringkaspaun, ianya akan menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Jadi, supaya orang berhati-hati elakkan sesuatau amalan itu, maka tercetuslah kepercayaan karut yang berkemungkinan bermula daripada sekadar gurauan.
Lagi kepercayaan karut serata tempat
Kali ini kita tambah lagi sebanyak 12 kepercayaan karut yang wujud di serata dunia. Walaupun manusia zaman moden ini semakin tak percaya perkara karut yang membawa malang sedemikian, namun ada kalanya terdetik juga sikpa untuk mengelak dari mengamalkan benda karut tersebut.
1. Tumpah garam atau lada di Azerbaijan
Orang Azerbaijan akan mengelakkan daripada tertumpah garam atau lada. Mereka percaya kalau berlaku tumpahan samada garam atau lada hitam, akan ada pertengkaran dan pergaduhan berlaku. Jadi untuk elakkannya daripada berlaku, mereka akan taburkan gula kat atas tumpahan tersebut dan dibiarkan sehinggalah ianya di bersihkan.
2. Tetamu perempuan di tahun baru di Pennsylvania
Ini juga satu lagi kepercayaan pelik yang ada di zaman kuno Pennsylvania Jerman. Mereka percya kalau masuknya tahun baru, dan tetamu pertama yang datang ke rumah anda merupakan seorang wanita, maka itu adalah satu petanda malang.
Pelik juga apabila tetamu pertama yang datang ialah seorang lelaki, itu merupakan satu petanda yang baik untuk isi rumah tersebut. Mereka juga percaya tak boleh mandi dan tukar pakaian dalam tempoh antara Krismas dengan Tahun Baru.
3. Minum air ada bayang bulan di Turki
Turki, sebuah negara yang penduduknya bermajoritikan agama Islam juga kepercayaan karut yang pelik. Mereka tak bagi minum air yang ada bayang-bayang bulan kat dalamnya. Itu bawa malang kalau minum juga. Jadi kena masuk dalam rumah supaya tak ada bayang bulan kat dalam permukaan air tu.
Tapi kalau mandi air yang ada bayang bulan, kita bagus. Anda akan berkilauan seperti bulan itu.
4. Jatuh tersadung sesuatu di New England
Menurut kepercayaan lama mereka, kalau anda tersadung sesuatu benda dan terjatuh, itu adalah satu petanda malang. Kalau berlaku juga, kena bangun patah balik dan jalan semula dan pijak atas benda tersebut untuk hilangkan sial yang ada. Paling kurang kena sentuh benda yang anda tersadung itu.
5. Puji bayi di Serbia
Pelik puak orang Serbia ni. Mereka tak bagi orang puji kanak-kanak atau bayi bila melihat betapa kiutnya bayi itu. Kalau puji, akan membawa perkara tak baik pada si bayi. Sebaliknya anda kena kata bayi itu amat comot. itu tak apa!
6. Kain lap dapur di Amerika
Kalau anda nak pindah ke tempat atau rumah lain, kena bakar terlebih dahulu segala kain yang digunakan untuk lap dapur atau lantai. Jangan bawa sekali masa pindah nanti sebab anda akan bawa semua perkara tak baik ke rumah baru.
7. Potong kuku bayi di Welsh
Jangan potong kuku bayi yang berumur di bawah 6 bulan, Itulah orang Welsh percaya. Kalau buat juga akan bawa malang pada bayi tersebut. Ada juga yang kata bayi itu akan jadi pencuri bila besar nanti. Jadi kalau kuku dah panjang, ibunya hanya perlu gigit dengan gigi untuk pendekkan kuku tersebut.
8. Kerat kuku dalam gelap di Asia
Ini rasanya ramai yang dah tahu. Kat negara kita juga masih ada orang yang larang anak-anaknya potong kuku dalam gelap atau di waktu malam. Ada yang percaya potong kuku malam-malam mengundang hantu. Mak saya juga dulu marah sangat bila dia dengar ada orang ketit kuku di waktu malam. Tak baik! katanya. Mungkin disebabkan bahaya takut terpotong jari sekali dalam gelap itu.
9. Buka gunting tanpa kerat di Asia Tengah
Orang Asia Tengah pulak larang jika anda buka dan tutup gunting tanpa kerat atau potong gunting sesuatu. Ia tak baik. Kalau tak nak kerat apa-apa jangan dok gatai buka tutup gunting main-main. Sebab apa, tak tau pulak!
10. Ucap harilahir awal di Jerman
Di Jerman, mereka ada kepercayaan tak baik jika ucapkan hari lahri awal daripada tarikh yang sebenarnya. ia membawa malang. Kalau tersilap nak buat macam mana? tak ada jawapan.
11. Burung hantu bawa malang di Afrika
Di sesetengah tempat di Afrika, tengok atau terserempak atau terdengar bunyi burung hantu dah cukup untuk melemaskan. Sebab itu petanda malang atau sesuatu kejadian buruk seperti orang akan mati bakal berlaku. Bagi mereka burung hantu tu bawa berita tak baik. Rasanya kat negara kita juga ada kepercayaan macam tu dulu-dulu.
12. Campur wine dengan tembikai di Argentina
Orang Argentina larang campurkan minuman wine dengan buah tembikai. Ia boleh membawa maut atau paling kurang senak perut.
Rasanya kat negara kita juga dulu ada kepercayaan tak boleh campur makan buah tembikai dengan minuman yang bersusu. Bahaya katanya, entahlah. Saya tak pernah cubapun.
Begitulah berbagai kepercayaan karut yang tidak ada bukti secara saintifik akan kebenarannya yang ada di serata tempat di seluruh dunia. Kalau orang sekarang mereka dah tak berapa percaya perkara karut macam itu selagi tidak ada dibuktikan secara ilmiah. Itulah yang terbaik. Jangan main percaya tanpa beranai bertanya.
Sila tunjukkan buktinya jika kamu orang yang benar !
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !