Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 October 2017

Awas 6 tanda ini sebulan sebelum berlaku serangan jantung!

  Ano Nyme       24 October 2017

tanda awal sakit jantung

Awas! sebulan sebelum berlakunya serngan jantung, tubuh badan anda sudah mampu memberikan 6 tanda awal. 6 tanda ini perlu diberikan perhatian yang amat penting sebab ramai orang di negara kita yang mati akibat dari berlakunya serangan jantung.

Serangan jantung sekarang dah tak kira umur. Tua atau muda akan ada potensi untuk terkena serangan jantung. Semuanya adalah hasil dari gaya hidup zaman moden yang dipenuhi dengan tekanan hidup yang amat tinggi.

Tambah lagi pula jika anda dah masuk dalam era 40 tahun ke atas. Semakin lanjut umur anda meningkat, semakin meningkat pula potensi untuk terkena serangan jantung. Samada anda jenis yang aktif atau tidak aktif, perlu ambil perhatian tanda-tanda yang potensi serangan jantung dapat dikesan dari awal.

Elakkan potensi serangan jantung

Ada dua sebab besar orang ramai kena serangan atau masalah jantung. Ketahui dua punca itu saja sudah cukup untuk anda hindari atau paling tidak kurangkan potensi terkena serangan jantung.

Pertamanya adalah disebabkan tekanan jiwa atau orang putih panggil 'stress'. Keadaan hidup sekarang memang penuh dengan stress. Kalau tinggal di sekitar bandaraya tentu bertambah lagi tekanan hidup dari pagi sampai malam.

Tekanan kerja, tekanan duit tak cukup, tekanan lambat pergi kerja sebab kesesakan lalulintas di jalanraya. tekanan tak ada kawan dan kesunyian. Tekanan bergaduh dengan isteri. Boss tekan itu dan ini. Tekanan politik tanah air yang berserabut sekarang dan seribu satu macam lagi yang mampu memberikan tekanan dalam jiwa.

Tips untuk kawal tekanan jiwa adalah dengan pergi belajar bagaimana nak kawal tekanan tersebut. Laburkan wang jika perlu untuk belajar bagaimana atasi tekanan. Jangan kedekut dengan kesihatan.

Sebab kedua adalah sifat suka melantak ikut nafsu. Tak kira masa, tak kira baiak atau buruk untuk kesihatan. Asalkan sedap lidah merasa, terus melantak tak ingat diri. Jadi perlu berikan perhatian besar terhadap aktiviti makan ini supaya tubuh badan terjaga.

Sama juga macam ilmu kawal tekanan jiwa, ilmu makan juga perlu dicari. Mana makanan yang boleh dan bagus dan mana satu yang tak boleh atau perlu dielakkan. Kalau perlu keluarkan duit untuk dapatkan pemahaman penuh tentang ilmu makan, jangan kedekut.

6 tanda awal serangan jantung

Dalam masa anda cuba amalkan gaya hidup yang sihat. Jaga tekanan dan jaga makan, sila berikan perhatian penuh juga terhadap tanda-tanda awal akan berlakunya serangan jantung ini. Dengan isyarat yang tubuh badan berikan supaya tindakan awal dapat dilakukan.

Ambil perhatian terhadap 6 tanda awal serangan jantung di bawah ini,

1. Keletihan

Anda biasanya ok saja selama ini. Tapi semenjak dua menjak terasa mudah sangat letih. Tak buat apa-apapun terasa letih. Itu tanda pelik yang perlu diberikan perhatian.

Puncanya mungkin disebabkan arteri anda dah mula menjadi sempit. Darah berkurangan dan badan mula mendapat bekalan darah yang rendah daripada biasa. Jadi jantung terpaksa kerja keras lebih dari biasa untuk pastikan bekalan darah dapat disebarkan ke semua tempat. Sebab itu anda rasa letih sangat.

2. Nafas menjadi pendek

Puncanya adalah disebabkan darah tak cukup juga bila arteri menjadi sempit. Bila kurang darah, paru-paru akan kekurangan oksigen. Hirup udara macam manapun tak akan dapat membantu sebab puncanya bukan kurang oksigen kat luar tu. Tapi oksigen tak cukup yang masuk ke dalam paru-paru.

3. Menjadi lemah

Puncanya sama juga sebab arteri sempit dan darah kurang mengalir ke otot di tubuh badan anda. Bila otot tak cukup bekalan oksigen, maka mulalah tarasa lemah tak larat semacam sahaja tanpa dapat dikesan sebab apa.

Silap hari bulan bleh mudah jatuh sebab tubuh badan jadi lemah semacam.

4. Berpeluh dan rasa nak pitam

Bila arteri sempit, darah kurang, darah yang kurang masuk ke otak juga berkurangan. Ini memberikan kesan kepala rasa macam berpusing seperti nak pitam. Ini lagi bahaya dan perlu bertindak segera dan jangan sesekali abaikannya.

5. Tekanan dada

Dada akan terasa tak selesa macam ditekan kuat. Sesekali datang dan sesekali ok pulak. Semakin lama semakin kerap jadi macam itu dan kekuatannya semakin bertambah. Tekanan dan rasa sakit pada dada itu tidak dapat dikenal pasti kat mana. Terasa di keseluruhan dada anda.

Kalau setakat rasa sakit dan tahu kat mana siapa boleh tekan dan tunjuk haaa! kati sini, itu bukan tanda serangan jantung. Tapi kalau rasa berat pada dada dan tak tahu betul-betul kat mana, jangan berlengah lagi.

6. Selsema rasa nak demam

Dok tak dok, tetiba rasa macam selsema dan nak demam seram sejuk. Tiba-tiba saja rasa macam tu tidak seperti selsema yang biasa. Kalau nak demam selsema betul biasanya akan bermula dari sakit tekak perit, lepas itu mula selsema dan kemudian batuk. Tapi ini mai entah dari mana.

Ramai yang bagi tau dia tetiba selsema rasa nak demam beberapa hari sebelum serangan jantung berlaku.

Rumusan

Sila hafal semua tanda tersebut di atas. Samada terjadi pada anda atau pada orang rapat, segera ambil tindakan selamat dengan pergi mendapatkan pemeriksaan doktor. Kepantasan anda bertemu doktor untuk buat pemeriksaan mampu menyelamatkan nyawa, insyaallah.

Jangan simpan ilmu ini. Sila sebarkan pada kawan-kawan dan orang yang anda ambil berat dengan like pada butang facebook kat bawah ini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Awas 6 tanda ini sebulan sebelum berlaku serangan jantung!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !