Berapa agaknya harga rumah yang anda mampu beli berdasarkan jumlah gaji yang anda bawa balik ke rumah?
Mungkin anda pernah bertanya soalan ini sebab dah mula berkira nak dapatkan sebuah rumah sendiri setelah berbelas tahun asyik menyewa sahaja. Biasanya, kalau soalan itu terdetik dalam kepala, anda sudah tentu bukannya tinggal kat kampung atau pendalaman.
Orang yang tinggal kat kampung, yang tak jauh dari rumah orang tua, tentu masih ada ruang untuk buat sebuah rumah sederhana. Hanya perlu kumpulkan sedikit duit untuk bina rumah sahaja. Tumpang sahaja tanah orang tua kalau masih ada ruang.
Tapi kalau anda tinggal di pusat bandar, atau persekitaran bandar besar, masalah yang sama akan timbul. Tanah dah sempit, walaupun masih ada rumah pusaka. Kalau jumlah ahli keluarga pula ramai, memang tak dapat nak sediakan ruang tanah untuk bina rumah pada anak-anak yang tinggal.
Berapa harga rumah mampu milik
Berdasarkan bacaan yang saya semak sedikit sebanyak, berkenaan jumlah gaji yang anda dapat, berapakah nilai harga rumah yang anda mampu beli, saya temui cadangan terbaik sebegini.Anda hanya mampu membeli rumah yang jumlah bayaran ansurannya adalah kurang dari 30% daripada gaji bulanan yang anda bawa balik. Kita kira bayaran ansuran berdasarkan jumlah gaji sebab tak ada orang yang mampu beli rumah secara tunai.
Zaman sekarang, tak ada orang yang makan gaji mampu buat macam itu. Kalau anda mampu beli rumah secara tunai, ertinya anda memang tak ada masalah kewangan. Anda masuk dalam kategori warga kaya berbanding majoriti besar rakyat Malaysia.
Berdasarkan cadangan jumlah bayaran ansuran mestilah 30% kurang dari gaji bulanan anda itu, bererti, anda hanya mampu beli rumah yang bayaran ansurannya hanyalah RM1,500 sahaja jika gaji anda adalah RM5,000 sebulan.
Maklumat dari Bank Negara mengatakan, kalau anda bergaji RM5,000 sebulan, harga rumah yang anda mampu beli adalah mesti kurang dari RM283,000. Kalau gaji anda hanya RM3,000 sebulan pula, anda hanya mampu beli rumah yang lebih murah dari RM176,000.
Tak ada ramai yang mampu beli rumah di KL
Dari harga rumah yang ada di pasaran, nampaknya terlalu ramai orang yang lansung tak mampu beli rumah di sekitar Kuala Lumpur. Purata harga rumah di sekitar Kuala Lumpur adalah sekitar RM800,000 seunit!.Hanya orang yang kaya sahaja yang mampu beli rumah kat KL. Pegawai kerajaan juga tak akan mampu beli rumah kat KL kecuali mereka ada peluang makan rasuah. Mungkin sebab itu ramai yang terpaksa makan rasuah untuk mendapatkan kemampuan sedemikian.
Kita keluar dari KL dan lihat berapa kos sebuah rumah kat luar KL. Oleh sebab saya tinggal di sekitar Selangor di Daerah Petaling, kita cuba lihat berapa harga rumah kat sekitar Puchong. Puchong baru sahaja naik dalam 5 atau 6 tahun kebelakangan ini, jadi mungkin harganya masih boleh tahan.
Saya survey sekitar Puchong, hampir kesemua harga rumah Teres dah mencapai harga sekitar RM450,000 seunit. Itu harga rumah teres dua tingkat yang baru. Berkemungkinan harganya lebih tinggi adalah pasti, tapi untuk dapat rendah lagi, hanyalah mimpi.
Janji kerajaan PRU-13 tidak tertunai
Dalam PRU-13 yang lalu, kerajaan BN berjanji untuk sediakan rumah mampu milik untuk rakyatnya jika berjaya kekalkan kuasa pemerintahan. Macam mana mereka nak buat, saya tak pasti dan tak kajipun. Tapi nyata janji itu semua masih gagal ditunaikan.Mereka lancarkan projek PR1MA dengan janji untuk membina 500 ribu unit rumah mampu milik pada tahun 2012. Tapi setelah masuk tahun 2017, selepas 5 tahun, jumlah rumah mampu milik yang telah berjaya dibina hanyalah sebanyak 17 ribu unit sahaja. Hanya 3.4% sahaja berjaya dibuat!
Entah bila nak siap baki lagi 483 ribu unit saya tak pasti. Berdasarkan prestasi yang dah kita lihat, mereka hanya berjaya bina 17 ribu sahaja dalam tempoh 5 tahun. Jika prestasi ini kekal, kerajaan perlukan lagi 142 tahun untuk siapkan kesemua jumlah baki yang ada.
Maksudnya, anda perlu kekalkan kerajaan BN untuk memerintah selama 142 tahun lagi kalau mahu berikan mereka masa untuk siapkan semua rumah mampu milik tersebut. Jadi terpulang pada anda sekarang, kalau nak juga rumah mampu milik kena pangkah BN pada PRU 14 nanti.
Atau kalau anda yakin kerajaan lain boleh buat tawaran yang jauh lebih baik dan tak perlu tunggu 142 tahun, anda perlu mencubanya pada PRU 14 nanti. Itupun kena tengok terlebih dahulu apa perancangan kerajaan Pakatan Harapan dalam memenuhi keperluan rumah tinggal rakyat Malaysia, jika mereka diberi peluang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !