Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 October 2017

Cara terbaik halau burung merpati dari bersarang di rumah anda

  Ano Nyme       04 October 2017
Macam mana nak halau burung merpati yang selalu datang buat sarang kat rumah saya di kampung?

Itu soalan yang paling kerap orang tanya. Burung merpati suka datang melepak kat bangunan rumah mereka. Dan mereka pula tak suka ada burung datang melepak, buang najis kotorkan kawasan tersebut.

Kalau orang yang memang jenis minat memelihara burung merpati, atau apa-apa saja jenis burung, kehadiran burung ke rumah, adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Tapi bagi mereka yang tidak gemar bela burung, kehadiran burung merpati lebih dari sepasang dan mula nak bersarang kat bawah bumbung rumah atas siling, tentu mendatangkan masalah besar jika dibiarkan berterusan dalam tempoh yang lama.

Burung merpati mendatangkan masalah di seluruh dunia. Tak kira samada di bandar atau di kampung. Kalau di kampung, mungkin kehadiran mereka tidaklah banyak ekor sangat, tapi sudah cukup untuk mendatangkan gangguan. Tapi kalau dibandar, anda tentu pernah lihat betapa banyaknya kumpulan burung merpati berkerumun di dataran di mana ada orang yang gemar berikan mereka makan.

Asal usul burung merpati

Dari mana asalnya datang burung merpati yang selalu kita lihat jinak tetapi liar berterbangan dan bersarangan di mana-mana bangunan yang mereka berkenan?

Sebenarnya sejarah burung merpati ini sangat lama dan teramatlah menarik. Kalau nak cerita pasal kisah burung merpati ni, memang boleh buat satu buku khas. Dari bab burung merpati yang zaman dahulu menjadi sumber makanan daging sehinggalah cerita burung merpati menjadi bahan persembahan kepada aktiviti pemujaan agama zaman dahulu di Eropah.

Itu belum masuk lagi bagaimana Charles Darwin bela dan buat berbagai ujikaji pembiakan terhadap burung merpati. Dia nak kumpulkan data untuk buku terkenalnya On the Origin of Species.

Burung merpati juga dijadikan pengutus surat yang jauh lebih cekap daripada manusia. Tahap ketepatan dan keboleh percayaan untuk surat sampai ke destinasi melalui Burung Merpati adalah 95%. Malah sampai sekarang ia masih lagi menjadi senjata akhir untuk hantar surat seandainya tiada lagi alternatif lain.

Burung merpati juga jadi sumber hiburan orang-orang kaya dalam pertandingan atau perlumbaan burung merpati. Malah di China sekarang amat terkenal dengan kegilaan lawan lumba tersebut. Ada burung merpati juara yang mencapai nilai jualan sehingga USD330 ribu!

Dari mana asalnya burung merpati

Menurut apa yang saya jumpa dari hasil carian di google dan bacaan buku, burung merpati liar yang kita tengok itu berasal daripada burung peliharaan paling tua di dunia iaitu 'Rock Pigeon'. Kalau kita terjemah secara terus jadi Merpati Batu.

Kajian menunjukkan Rock Pigeon ini sudah dipelihara sejak 10 ribu tahun dahulu. Orang Mesopotamia dan orang Mesir dah lama menjadikan merpati sebagai burung peliharaan. Mereka jadikan merpati sebagai sumber makanan daging.

Kemudian, burung peliharaan itu terlepas dan menjadi burung liar tanpa ada tuan. Begitu juga sekarang masih berlaku burung merpati terlepas keluar dan akhirnya jadi liar dan mula membiak. Itulah yang berlaku di seluruh dunia dan akhirnya Burung Merpati jadi satu masalah haiwan perosak yang berat, dihadapi oleh manusia.

Kenapa Burung Merpati bahaya

Kenapa perlu kawal burung merpati yang datang bersarang kat rumah kita?

Apa salahnya kalau dibiarkan begitu saja kat situ mereka berkembang biak. Taklah sunyi sangat rumah kita. Lagipun burung merpati ni lambang kesetiaan. Mereka ada budaya memelihara anak-anak yang hebat dan merpati juga adalah jenis haiwan yang amalkan konsep monogami. Orang perempuan suka dengar tu. Pasangan mereka setia dan tak main merata-merata ikut sedap rasa.

Ada beberapa sebab burng merpati merbahaya. Berikut saya senaraikannya secara ringkas:

1. Masalah kesihatan kepada manusia

Kita dah tahu pasal masalah kesihatan yang dibawa oleh burung ini kepada manusia. Demam Burung atau Bird Flu dah heboh sebelum ini yang melanda banyak negara datang dari burung. Bukan saja boleh kacau kesihatan manusia, malah juga bleh kacau binatang lain juga. Itu contoh saja, ada banyak lagi maslaah kesihatan lain yang boleh dibawa oleh burung merpati ini.

2. Parasit dan serangga perosak lain dari sarang burung

Sarang burung boleh membiak keluar berbagai parasit dan berbagai serangga perosak lain yang boleh mengganggu gugant manusia. Selagi ada burung, mereka akan kekal bersama burung kat dalam saramg itu. Tapi bila ditinggalkan lama, semua serangga dan parasit itu akan cari host lain pula iaitu manusia.

3. Malapetaka pada manusia

Kalau sarang burung dan ada banyak burung menempek kat banggunan. Sudah tentu akan ada banyak najis bertaburan kat lantai. Ini boleh buat lantai licin dan sekali terpijak boleh tertiarap atau lebih teruk lagi jatuh banggunan.

4. Pencemaran

Kehadiran burung membawa pencemaran kepada makanan dan benda lain kat premis di mana dia tinggal. Kalau kilang buat makanan, lagilah merbahaya. Begitu juga kalau rumah anda ada banyak makanan.

5. Kerosakan harta benda

Ini paling jelas dan paling ketara boleh berlaku jika ada burung bersarang pada bangunan atau rumah anda. Pipe tersumbat, parit atau bumbung terlekat, bahan besi berkarat, kotor tercemar dan bangunan jadi buruk dan sebagainya.
Semua di atas, adalah beberapa keburukan dan bahaya burung kalau mereka jadikan rumah anda sebagai tempat bersarang dan membiak.

Perlu halau burung merpati dari rumah

Kalau anda dah tahu bagaimana bahayanya burung merpati jadikan rumah anda sebagai pusat pembiakan mereka secara berleluasa, maka perlu ada usaha untuk selesaikan masalah burung merpati tersebut.

Soalannya, apakah cara terbaik untuk halau burung merpati supaya tidak lagi jadikan rumah anda sebagai pot tempat mereka membiak. Paling penting, macam mana nak halau tanpa mencederakan mereka.

Campak selipar setiap hari

Tak gamak nak bunuh burung merpati tu. Tambah pulak kalau burung merpati jenis putih melepak, kelihatan amat bersih dan anggun sekali. Lalu dekat kita buat buat manja dan jinak. Takkan nak tempak atau bunuh mereka.

Ada orang bagi petua mudah kat saya dengan campak selipar setiap hari burung itu datang. Lama-lama asyik kena campak saja, mereka akan merajuk dan faham yang mereka tidak diingini untuk berada di situ. Biasanya mereka akan lagi. Cubalah dahulu kalau mereka hanya baru nak cuba bersarang.

Tapi kalau dah banyak dan dah lama, nak buat macam mana?

Halau burung merpati dengan Gel

Cara paling baik adalah dengan menggunakan sejenis Gel yang tidak ada bahan toksik dan tidak merbahaya samada untuk burung mahupun manusia atau binatang lain. Gel itu juga tidak buat apa-apa kesan kerosakan kepada bahan bangunan samada besi atau batu atau papan.

Apa yang anda perlu hanyalah sapu saja Gel tersebut pada tempat yang anda tak mahu burung merpati itu lepak dan biarkan saja kat situ. Gel itu tahan lama kekal kat situ dan paling penting burung merpati langsung tak suka dengan bau gel tersebut.

Kalau dia nak landing, terkena saja gel itu, dia akan terkejut dan terus belah dan rasa menyesal singgah kat situ. Malah baunya akan terlekat dan burung merpati tak akan landing lagi setiap kali lalu dan terbau bau yang sama.

Gel itu boleh tahan selama 2 tahun tanpa perlu nak sapu semula kat tempat itu. Biasanya gel penghalu lain hanya tahan dalam 3 ke 6 bulan saja. Gel itu juga tahan dalam apa cuaca sekalipun. Itulah yang terbaik dengan menggunakan Gel khas halau burung yang mesra alam.

Anda boleh beli dan sapu sendiri. Atau anda tak ada masa nak buat semua kerja remeh itu, boleh dapatkan khidmat syarikat pest control yang bertauliah di sekitar tempat tinggal anda. Kalau nak beli boleh hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357.

Jika anda perlukan khidmat halau burung sekitar Lembah Kelang dengan menggunakan bahan Gel mesra alam ini, sila hubungi Athirah dari syarikat Easelife Services Sdn Bhd di nombor 010-234 2542 untuk maklumat lanjut.

Itulah cara terbaik untuk halau burung merpati dari bersarang dirumah atau premis anda. Kalau anda ada cara tradisional yang hebat dan berkesan yang sudah dicuba dan terbukti berkesan, boleh berikan komen kat bawah. 

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Cara terbaik halau burung merpati dari bersarang di rumah anda

Previous
« Prev Post

13 comments:

  1. Assalam.sye nk brtanya.dlm kwasan rumah sye.bahagian bumbung.byk sarang burut pipit.sebelom ni 1 ke 2 sarang.lepas pada 3 tahun ni.sarang nye lebih 6 sarang.setiap waktu senja selalu buang bising.hari tahi nye jatuh dlm rumah sya.bulu nye pun.habuk dll.sye ingin minta pendapat.apakah cara yg cepat utk.menghalau burung tersebut.pihak tuan ada menjual produk yg sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berhubung dengan contact yg diberikan kat atas tu.

      Delete
    2. Guna jaring burung aja...lebih berkesan untuk mengurangkan populasi burung...jangan terlalu di sayang sangat burung-burung ni ......kekadang ada masa kita perlu buang jauh-jauh rasa bersalah membunuh burung2 ini sekiranya membawa masalah di rumah kita.... pilihan di tangan kita..

      Delete
  2. Kalau area Kluang Johor ada agen tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada agen di sana. Kalau nak beli gel tu boleh contact nombor yg diberikan kat dalam artikel di atas ya. Tq

      Delete
  3. Saya kat Ipoh. Ada agent tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada agen di sana. Tapi kita ada buat penghantaran jika nak beli

      Delete
  4. Kalau area sabah ada agen ke..makin lama makin byk la geng dia dtg bsarang..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada agen di sana. Tapi kita ada buat penghantaran jika nak beli

      Delete
  5. merpati bersarang kt siling rumah,,,gel ni utk elek burung bersarang @ bertenggek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mana pun digunakan dengan berkesan sebab burung tak akan melarikan diri dari tempat yang disapu gel ini.

      Delete
  6. Di kl ada agent tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No yg diberikan di atas memang beroperasi di Lembah Kelang

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !