Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 October 2017

Sajak 'Dialog' oleh Kassim Ahmad

  Ano Nyme       10 October 2017

Sajak Dialog – Kassim Ahmad

(kepada ibu)

I
Tenteramlah anak
walaupun kebanjiran sawah
kita hujan ini dari Tuhan
yang mencurah-curah rahmatnya.

Ada siang masakan tiada terang
dengarlah
si katak sudah tiada memanggil lagi
besok hari panas
padi kita akan lepas!

II
Tidurlah ibu
kita manusia kerdil
siang membanting tulang
malam menanggung bimbang.

Ada besok maka pasti ada suria
aku akan pergi
dengan seribu Jebat si anak tani
kian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam derhaka!

(Kassim Ahmad, Utusan Zaman, 26 Ogos 1958)




Dr Kassim Ahmad meninggal dunia


Aktivis dan cendikiawan pemikir terkenal juga kontroversi telah meninggal dunia hari ini tanggal 10 Oktober 2017 pada jam 10 pagi. Sebab kematian menurut berita adalah akibat radang paru-paru. Beliau meninggalkan dunia fana ini di Hospital Kulim.

Pemikir Melayu itu mengadu sukar bernafas dan dimasukkan ke Hospital pada hari isnin yang lepas. Beliau yang berumur 84 tahun itu tegas dengan pemikiran dan pendapatnya menentang arus perdana pemikiran masyarakat Melayu Islam di negara kita.

Sampai mati beliau berpegang kuat dengan pandangannya bahawa manusia tidak patut di kurung mindanya oleh mana-mana pihak berkuasa atau sesiapa saja. Fikiran manusia perlu bebas kerana itulah asas kejadian manusia, menurut Kassim Ahmad.

Kassim Ahmad anak tok guru agama


Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Kassim Ahmad merupakan anak kepada Ahmad Ishak, seorang guru agama. Dia dilahirkan pada tanggal 9 September 1933. Ertinya beliau bukanlah tak tahu sangat pasal kepercayaan agama Islam yang bertapak kuat di negara kita. Pengetahuan agamanya sudah tentu bukan sekadar layangan nipis kalau pun tidak secara mendalam.

Kassim Ahmad kuat mengkritik kepercayaan tradisi umat Islam terutamanya di Malaysia. Beliau tidak pernah berpatah balik dengan apa yang dipegangnya sehinggalah ke saat tuanya. Kali terakhir, beliau telah didakwa oleh JAWI lanjutan dari pidatonya di Putrajaya.

Kassim Ahmad dijemput untuk berucap tentang tajuk “Hadis: Satu Penilaian Semula” dan “Hadis: Jawapan kepada Pengkritik”. Dia dijemput berucap pada 16 Feb 2014. Dan dia ditangkap oleh pihak berkuasa agama Islam di rumahnya Kulim pada 26 March 2014 dan diseret ke Kuala Lumpur untuk didakwa di Mahkamah syariah Putrajaya. Umurnya ketika itu sudah lanjut, iaitu 82 tahun.

Kassim boleh ambil jalan mudah dengan hanya membayar dendanya sahaja dan lepas selesai semua isu. Tapi dia tegas mahu lawan. Sampai akhirnya, pihak Mahkamah Rayuan menegaskan tangkapan dan pendakwaan Kassim Ahmad oleh JAWI adalah tidak berasas dan JAWI dikehendaki membayar segala ganti rugi kepada Kassim Ahmad.

Tapi malangnya sampai dia meninggal dunia hari ini, JAWI tidak mengendahkan segala arahan Mahkamah Rayuan tersebut. Itu yang saya faham dari maklumat yang saya baca di banyak laporan tentang kes beliau dengan JAWI. Kalau JAWI dah bayar, saya mohon maaf pada pihak JAWI.

Ada yang gembira Kassim Ahmad meninggal


Walaupun di kalangan orang yang berfikiran terbuka dan liberal dari kalangan ahli akademik terutamanya yang bukan beragama Islam merasa kehilangan dengan kematian pemikir kontroversi itu, namun ada juga yang rasa gembira.

Saya rasa mungkin ramai yang rasa gembira cuma tak luahkannya sahaja sebagaimana seorang Ustaz yang menzahirkannya dalam FB nya. Ramai yang kecam luahan rasa gembira ustaz itu. Apa pasal pulak seorang Ustaz boleh tulis yang dia rasa gembira Kassim Ahmad meninggal?

Kalau ustaz itu rasa Kassim Ahmad seorang yang sesat dan ternyata pegangan sesat itu dibawanya bersama sehingga ke nafas yang terakhir, ustaz itu sepatutnya rasa sedih kerana gagal berhujah dan meyakinkan Kassim Ahmad bahawa dia terpesong. Ertinya, masih tidak molek ustaz itu merasa gembira.

Kalau Kassim Ahmad dirasakan telah berjaya dipulihkan supaya ikut fahaman sebagaimana yang umum ikut di kalangan pengganut agama islam di Malaysia, lebihlah lagi tidak patut ucapkan rasa gembira.

Kot manapun, ustaz itu sepatutnya tidak perlu ucapkan rasa gembira atas kesedihan ahli keluarga Kassim Ahmad. Ada kalanya, diamkan saja pandangan kita adalah lebih baik dari luahkan.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Sajak 'Dialog' oleh Kassim Ahmad

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !