Apa agaknya jenama kenderaan yang paling banyak dijual sehingga sekarang di negara kita Malaysia?
Saya cuba cari maklumat dari carian google untuk dapatkan data sehingga bulan Oktober 2017, tapi hanya dapat data setakat bulan September 2017 sahaja setakat ini.
Maklumat setakat bulan Sept 2017 pun rasanya sudah mencukupi untuk mendapatkan sedikit gambaran kedudukan jenama kenderaan mana yang menjadi pilihan ramai di Malaysia.
20 jenama kenderaan terlaris hingga sept 2017
Kita lihat terlebih dahulu 20 jenama kenderaan yang paling laku dijual oleh para jurujula kenderaan di seluruh Malaysia setakat bulan sept 2017 yang lalu.Berikut adalah senarainya,
- Perodua - 151,580
- Honda - 78,742
- Proton - 56,297
- Toyota - 49,319
- Nissan - 20,759
- Mercedes - 8,971
- Isuzu - 8,064
- BMW - 7,633
- Mazda - 7,002
- Mitsubishi - 5,057
- Ford - 4,691
- Volkswagen - 4,605
- Subaru - 3,479
- Hino - 3,455
- Kia - 3,254
- Hyundai - 3,192
- Fuso - 1,584
- Peugeot - 1,517
- Mini - 731
- Lexus - 650
- Volvo - 644
Seperti mana semua orang boleh agak, jenama kenderaan paling top kat Malaysia sudah tentu adalah Perodua. Jenama kereta Nasional nombor 2 negara itu dari segi kepercayaan orang ramai dah lama potong kenderaan Nosional nombor 1 negara Proton.
Rasanya lebih elok jika 'Perodua' di tukar namanya kepada 'Perosatu'.
Kalau dilihat pada jumlah kenderaan yang terjual, Honda boleh potong Proton sebanyak 22,445 unit yang terjual.
Itupun saya tak pasti adakah jumlah yang dikeluarkan oleh MAA itu berdasarkan jumlah kenderaan Proton yang dipaksa ambil oleh para pengedar Proton atau memang benar jumlah yang pengedar Proton berjaya menjualnya.
Kereta mewah masuk top 10
Satu lagi perkara yang menarik dalam jumlah kenderaan terjual di atas itu adalah kedudukan kereta mewah seperti BMW dan Mercedes. Kedua-duanya boleh masuk dalam senarai top 10. Itu amat menarik.Orang Malaysia masih ramai yang kedudukan kewangan mereka masih ok dan masih tetap mampu belanja besar keluarkan kereta mewah. Walaupun tak lah banyak sangat tapi agak besar juga jumlahnya tu.
Kalau campur kedua-dua Merz dan BMW, jumlahnya adalah 16,604 unit. Ertinya dalam tempoh 9 bulan sejak awal tahun orang berada belanja beli kereta baru sebanyak lebih dari 16 ribu unit. Itu belum campur kenderaan mewah lain lagi seperti Porche, mini dan seumpamanya yang memang agak banyak juga jumlahnya yang terjual.
Orang Malaysia beli kereta Merz atau BMW lebih dari 1,800 unit setiap bulan! Boleh tahan jugak tu!.
Jenama komersial paling laris
Untuk kenderaan komersial pulak senarai paling banyak terjual adalah seperti berikut,- Toyota - 15,031
- Isuzu - 7,942
- Nissan - 5,115
- Ford - 4,247
- Hino - 3,455
- Mitsubishi - 3,213
Dah boleh agak juga kenderaan komersial paling top pergi kepada Toyota yang sudah tentu merupakan Pikap Trak Hilux yang orang Malaysia beli. Hilux memang dah terkenal sangat untuk kegunaan komersial sebab semua orang yakin ianya tahan lasak dan punyai nilai belian yang amat baik.
Ford pun banyak dijual hasil daripada model Ford Ranger yang ramai dah makin suka sebab rupa bentuknya yang menarik untuk dijadikan kenderaan berbagai guna.
Namun begitu Ford masih tak dapat nak lawan kenderaan komersial Nissan yang dijual lebih banyak. Mungkin sebab Nissan ada tawarkan kenderaan Komersial yang lebih banyak model berbanding Ford.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !