Ada 8 jenis kawan yang anda wajib ada dalam menjalani kehidupan. Dengan adanya 8 jenis kawan ini secara lengkap, insyaallah hidup anda akan jadi lebih bermakna dan lebih ceria dan bahagia.
Kita manusia merupakan makluk yang suka bersosial. Ertinya manusia tak boleh hidup seorang diri samada dalam hutan mahupun dalam rumah. Mahu tak mahu perlu juga keluar pergi cari kawan atau teman.
Hanya orang gila sahaja yang boleh hidup seorang diri tak perlukan orang lain untuk buatkan dia bahagia. Tapi orang yang waras, jika mula kurung tak mau jumpa orang, ertinya dah mula ada tanda-tanda nak jadi gilalah tu.
Kalau anda rasa masih ada kekurangan dan macam hidup tak berapa nak ceria dan bahagia, mungkin disebabkan anda tidak berjaya melengkapkan lagi 8 jenis kawan yang anda perlukan dalam kehidupan di bawah ini.
1. Kawan yang mampu membina diri anda
Kawan jenis ini merupakan orang yang sentiasa memberikan semangat untuk anda menjadi yang lebih baik. Tak jemu memberikan nasihat supaya anda jadi lebih baik. Ada hanya perlu beritahu padanya apa matlamat yang nak dicapai, dia akan terus berusaha dan sentiasa memikirkan bagaimana nak bantu anda sampai berjaya.Biasanya kawan macam ni secara semula jadi suka berikan nasihat, suka berikan peringatan mana yang betul mana yang salah dan berbagai lagi sokongan serta khidmat nasihat yang anda perlukan untuk berjaya.
2. Kawan yang kagum pada anda
Kawan jenis ini benar-benar percaya pada keupayaan dan kehebatan anda dalam apa keadaan sekalipun. Mereka tetap sokong dan sanjung anda samada ketika duduk sekali berdepan mahupun ketika anda tidak ada di depanya.Kawan macam ni biasanya tak pernah lokek memuji. Memang dia jenis yang macam itu secara semula jadi. Bila duduk dengan kawan macam ini rasa macam nak buat yang lebih baik lagi selepas itu.
3. Kawan satu kepala
Kawan satu kepala ini kongsikan minat dan tumpuan yang sama seperti mana anda. Samada pelik atau tidak kawan ini sentiasa akan berikan kerjasama dan jadi satu kumpulan dengan anda. Biasanya anda akan kerap bersama dengan kawan-kawan ini melebihi orang lain.4. Kawan peneman
Ini pula kawan yang anda cari bila ada masalah apa saja besar atau kecil. Mereka tidak pernah menghampakan anda dalam apa keadaan sekalipun. Samada ketika anda susah atau ketika anda senang, dia tetap layan anda sama saja.Anda boleh luahkan apa saja padanya, Masalah rumah tangga, masalah kronik, masalah yang memalukan dan apa saja. Dia akan dengar dan cuba bantu anda sekurang-kurangnya berikan pandangan.
5. Kawan penghubung
Kawan jenis ini memang kenal ramai orang. Mereka mudah berhubung dan mudah rapat dengan orang macam dilahirkan untuk membuatkan semua orang suka dan selesa pada mereka.Bila anda perlu lakukan sesuatu dan memerlukan maklumat atau bantuan tapi tak tahu siapa boleh bantu. Kawan penghubung ini pasti akan ada jawapannya. Jumpa dia, tanya dan dia akan berikan anda contact siapa nak jumpa.
6. Kawan banyak tenaga
Kawan jenis ini macam tak tahu letih. Mereka sentiasa bertenaga dan bersemangat tinggi. Ada saja aktiviti dan cerita yang nak dicetuskan. Kalau anda rasa lemah tak bersemangat, pergi jumpa kawan ini dan anda akan balik nanti bertukar keadaan menjadi ceria dan bersemangat semula.7. Kawan pembuka minda
Kawan macam ini sentiasa memberikan anda maklumat dan perspektif baru dalam kehidupan. Malah dalam apa saja perkara dia akan mampu membuka minda anda. Kalau nak lihat sudut pandang lain dan lebih faham duduk sesuatu perkara, anda boleh pergi jumpa kawan jenis ini.Mdreka selalunya pandai bertanya soalan yang mencabar minda dan membuatkan anda mampu meluahkan pandangan walaupun ianya kontroversi luar dari kebiasaan.
8. Kawan penunjuk jalan
Bila anda rasa sesat dan hilang pedoman hidup, anda akan pergi jumpa kawan jenis ini. Mereka akan mampu membetulkan semula kompas hidup anda dan anda pulang dalam keadaan yang lebih ada arah dari sebelumnya.Kawan ini biasanya akan mengingatkan semula siapa diri anda, apa kelebihan dan kekurangan yang anda ada dan apakah jalan yang baik dan mana jalan yang buruk untuk anda ambil perhatian.
Itu semua merupakan 8 jenis kawan yang anda perlukan supaya hidup rasa lengkap dan lebih bermakna. Mungkin seorang kawan dapat mainkan peranan lebih dari satu jenis yang ada kat atas. Carilah kawan-kawan supaya anda dapat lengkapkan semua 8 keperluan di atas.
Yang paling penting tanya diri anda mana satu peranan atau jenis kawan yang anda sendiri nak jadi. Kawan-kawan anda yang lain juga perlukan 8 jenis kawan yang tersebut kat atas itu dan pastikan anda dapat melengkap hidup kawan-kawan anda supaya mereka hidup bahagia dan bermakna.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !