Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

07 November 2017

Pulau Pinang mungkin kena banjir kilat lagi kata Pakar Saliran USM

  Ano Nyme       07 November 2017


Orang Pulau Pinang perlu ambil perhatian pada amaran pakar saliran dari USM ini. Dia kata ada kemungkinan Pulau Pinang kena banjir sekali lagi adalah tinggi.

Kalaupun hujan mungkin tidak selebat sebelum ini, kemungkinan untuk jadi banjir kilat sekali lagi adalah besar kata beliau. Ini berdasarkan keadaan semua saliran air di negeri itu yang dah jadi semakin sempit akibat banjir besar baru-baru ini.

Bila semua saluran air menjadi semakin sempit, hujan turun lebat sekali lagi akan memudahkan paras air naik dan negeri itu akan ditenggelami air sekali lagi dengan lebih mudah.

Banjir kilat besar, bukan banjir monsun

Satu lagi fakta menarik yang disebut oleh Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, pakar saliran dari USM itu katakan adalah berkenaan status anjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ianya merupakan satu banjir kilat dalam skala yang amat besar. Bukanlah banjir monsun seperti mana yang sering berlaku di kawasan Pantai Timur.

Ada perbezaan besar antara banjir kilat dengan banjir monsun itu. Terutamanya dari segi kebolehan untuk pihak pentadbiran negeri mengelak ianya daripada terus berlaku. Banjir kilat bermaksud, satu banjir yang diakibatkan oleh pengurusan saliran air yang tidak betul.

Ada logiknya jugak kata beliau memandangkan aktiviti pembangunan yang tak henti-henti berlaku dinegeri Pulau Pinang. Bila buat naik bangunan di sana sini, akan berlaku perubahan keadaan muka bumi yang teruk.

Bila tidak diuruskan dengan baik tanpa membuat pertimbangan terhadap kesan kepada sistem saliran untuk membawa air keluar dan tidak terperangkap, ia membawa padah. Bila hujan turun dengan lebat sekali, semua air tersekat dan banjir kilat akan terus berlaku.

Sejarah banjir kilat di Pulau Pinang

Satu lagi fakta yang diberikan sendiri oleh pihak kerajan negeri menurut laporan dari Astro adalah amat mengejutkan. Data menunjukkan telah berlaku banjir kilat sebanyak 113 kali sejak tahun 2013. Ertinya ada lebih dari 22 kali banjir berlaku setiap tahun.

Bukan banjir monsun tu, tapi banjir kilat yang diakibatkan oleh kecuaian aktiviti pembangunan manusia kat Pulau Pinang. Itu satu kenyataan yang amat buruk yang memerlukan perhatian segera dari semua pihak terutamanya kerajaan negeri.

Menurut pakar saliran dari USM tersebut, ada banyak berlaku aktiviti pembangunan yang tidak terkawal dan tidak terancang. Itu satu kenyataan buruk dari seorang pakar yang perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kerajaan DAP perlu segera atasi kelemahan yang disuarakan oleh pakar tersebut. Memang kerajaan DAP nampaknya pandai uruskan duit dan ekonomi negeri, tapi nampaknya ada kelemahan dari segi menjaga alam sekitar mengelak malapetaka banjir.

Baca laporan asalnya kat sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pulau Pinang mungkin kena banjir kilat lagi kata Pakar Saliran USM

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !