Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

13 December 2017

4 sebab kenapa 1MDB bukan masalah besar dan BN tetap menang PRU14 nanti

  Ano Nyme       13 December 2017


Betulkah 1MDB merupakan satu masalah besar yang sedang melanda negara kita Malaysia? Adakah kesan dari 1MDB mampu membuatkan BN kalah teruk dalam PRU ke-14 nanti?

Itu persoalan besar yang sedang bermain dalam kepala sekarang. Tambahan pulak PRU 14 sudah tak lama lagi. Suka atau tidak, Parlimen perlu dibubarkan untuk memberikan laluan pada PRU 14.

Isu ekonomi secara umum bukan 1MDB

Macam mana ekonomi sekarang? Itu soalan yang saya selalu dapat setiap kali berjumpa dengan kawan-kawan yang berniaga. Baik kawan-kawan Melayu mahupun kawan-kawan Cina. Soalan yang sama sentiasa menjadi tajuk utama perbincangan.

Terus terang saya katakan situasi bisnes tak berapa menggalakkan sangat. Semua orang boleh tengok banyak perniagaan ditutup di seluruh negara. Kalau perniagaan baru tutup, mungkin perkara biasa. Buka dan kemudian tutup perniagaan tak sampai setahun adalah lumrah dalam dunia bisnes.

Tapi yang kita gusar adalah melihat perniagaan yang dah lama bertapak juga terpaksa tutup kedai. Malah syarikat besar dari luar negara juga tutup kedai. Biasanya syarikat besar buat begitu bukan sebab tak boleh berniaga lagi.

Tapi mereka rasakan bisnes di tempat yang ditutup itu sudah tidak menarik dan tak dapat menjana pendapatan yang mereka unjurkan. Giant atau pasaraya besar lain tutup memberikan tanda kuasa membeli pelanggan mereka sudah tidak semeriah seperti sebelum ini. Itu hakikat yang kita perlu akui.

Isu DAP lebih besar dari 1MDB

Masa balik kampung ke Kubang Semang baru-baru ini juga tak ada isu 1MDB yang dijadikan isu besar dan utama. Orang kampung saya lebih cenderung untuk lihat isu DAP tak suka Islam. Itulah yang mereka percaya.

Bukan orag kampung yang tak ada pelajaran yang berfikiran macam tu. Bekas cikgu yang boleh dianggap ada akal yang mencukupi untuk berfikir secara lebih strategik terhadap keperluan masyarakat, juga lebih fokus pada isu DAP dan Islam.

Walalupun mereka akui yang dari segi Ekonomi, DAP telah buktikan mereka ada keupayaan yang baik dalam mentadbir Pulau Pinang, tapi itu tidak menghalang mereka untuk menolak DAP. Alasannya hanyalah disebabkan DAP melampau dan tidak mesra Islam. Itulah persepsi mereka.

"Tapi depa melampau sangat!", itu ayat yang keluar dari mulut seorang veteran politik kampung ketika berbual dengan saya di kedai kopi tepi masjid kat Kubang Semang. Dia maksudkan sikap DAP terhadap anti Islam.

Saya tak sambung dan diam saja. Kenyataan yang umum macam itu tidak memberi apa-apa perbincangan yang bermakna buat saya. Ia ternyata satu kenyataan yang keluar dari mulut orang yang dah set hala tujunya. Benci DAP dan takut parti Cina itu akan lumpuhkan agama orang Melayu kat Malaysia.

4 sebab kenapa 1MBD bukan isu besar

Saya yakin bagi sebahagian bear orang Melayu terutamanya, isu 1MDB bukanlah satu isu besar bagi mereka. Dan isu 1MDB yang dah lama dimainkan oleh lawan kepada BN tidak memberikan kesan langsung pada orang Melayu di kampung. Saya kata begitu disebabkan oleh perkara berikut di bawah:

1. 1MDB hanya sebahagian kecil dari isu korup

Sejak dari dulu lagi Prof Syed Hussein Al-Attas dah perhatikan isu rasuah ini berlaku pada masyarakat kita di Malaysia umumnya. Beliau antara orang awal yang ketengahkan kepandiran para pemimpin dan orang politik kita dalam isu rasuah ini. Buku khas tentang itu ditulisnya pada tahun 1977 bertajuk Intellectuals in Developing Societies.

Tapi macam biasa, tak ada ramai orang yang ambil peduli terutamanya para pemimpin dari kerajaan yang memerintah. Nak harapkan rakyat bawahan ambil peduli lagilah payah. Semua orang tahu dan buat tak tahu saja. Itu hanya cerita lawak untuk gamatkan perbincangan kat kedai kopi sahaja dan bukan isu besar.

Jadi isu 1MDB bukanlah satu isu yang besar bagi majoriti rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kat kampung. Rasuah dah lama berlaku dan itulah yang mereka tahu sejak kecil dan anggap ianya adalah perkara biasa. Kalau mereka sendiri ada peluang, tentu tak akan lepaskan peluang untuk kaut duit sama banyak macam orang ain buat.

Kebetulan 1MDB terburai di sana sini seluruh dunia di negara-negara besar yang nampaknya jauh lebih islamik amalan mereka berbanding orang dan negara yang akui  mereka Islam. Maka isu tersebut jadi bahan penting dunia. Tapi bukan kat Malaysia.

2. Melayu dan Islam lebih utama

Isu Melayu akan hilang kuasa dan dari itu Islam akan lenyap di Malaysia lebih utama buat orang Melayu terutamanya kat kampung. Itu isu utama yang mereka paling takut berlaku jika orang bukan Melayu kuat dan berkuasa lalu jadi pemerintah.

Siapa yang mainkan isu tersebut? anda tentu tahu siapa punya angkara. Sudah tentu parti yang menggunakan Bangsa dan Agama sebagai landasan perjuangan mereka. Maka tak hairanlah PAS tak berselera untuk turut sama sertai Pakatan Harapan.

Di mana ada DAP, di situ mereka akan benci. Bagi orang PAS, parti Cina itu benci dan anti Islam. Macam yang cikgu veteran kat Kubang Semang luahkan pada saya kat atas tadi. Itu bukan sekadar mainan mulut. Memang nampak kepercayaan tulin keluar dari sudut hatinya yang ikhlas. Dia takut Islam akan lenyap dipadamkan oleh DAP.

3. Ada 7 juta penerima BRIM

Bayangkan berapa ramai orang yang layak menerima wang BRIM yang kerajaan BN curahkan pada rakyat yang dia sayang. Ada 7 juta warga negara yang diberikan perhatian besar dan disayangi oleh BN. Itu yang pentingnya.

Sekurang-kurangnya 7 juta itu akan memberikan kesan baik pada satu atau dua orang lagi saudara mara terdekat mereka. Ertinya hampir separuh dari warga negara Malaysia amat sayang pada BN. Biarlah 1MDB dengan isunya, biarlah isu 2.6 billion dengan akaun peribadinya.

Yang pentingnya, kerajaan BN kekal, maka kekalkan sebuah kerajaan yang sayangkan warga negaranya yang susah dan dibelenggu masalah ekonomi. Kenapa nak susah susah berkorban untuk pandai dan kuatkan daya saing jika ada kerajaan yang akan sentiasa bantu bagi rakyatnya makan mencukupi.

4. Pakatan Harapan lemah berorganisasi

Bila dua kumpulan bertembung. Yang satu ramai tapi lemah dari kesepakatan dan satu lagi tak ramai sangat namun kesepakatan kukuh. Maka yang akan menang sudah tentu kumpulan yang mantap kerjasama organisasinya.

Walaupun ketua kumpulan sedikit itu merupakan ketua perompak sekalipun, kekuatan mereka dalam bersatu di dalam kumpulan akan tetap memang. Sejarah dunia dah lama tunjukkan pada manusia akan kebenaran ini.

Firaun dan kumpulannya bukanlah ramai sangat. Jika rakyat biasanya pakat keluar rumah bawa pedang dan serang serentak semua konco-konco Firaun, sekali das saja hancur Firaun sekali dengan para penjilatnya. Tapi tak jadi macam itu sebab yang ramai itu tidak sepakat dan lemah organisasinya.

Hanya penarikan diri PAS sahaja, boleh dikatakan Pembangkang terus goyang dan berterabur. Itu juga satu bukti betapa kuatnya organisasi dan jentera BN lemahkan segala pakatan yang menjadi musuh mereka.

Cukuplah 4 sebab sahaja yang saya senaraikan kat atas itu untuk berikan kemenangan kepada BN pada PRU 14 nanti. Apa rakyat peduli pada 1MDB. Mereka bukan orang bisnes yang nak ambil tahu kesan tekanan antarabangsa pada negara mereka.

Makan cukup, boleh nonton Gusti kat kedai kopi dan dengar ceramah UAI kat perkarangan Masjid sudah memberikan mereka kepuasan dan rasa bahagia sepuluh tahun.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 4 sebab kenapa 1MDB bukan masalah besar dan BN tetap menang PRU14 nanti

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Kalau semua orng Islam berfikiran betol2 sayangkan Islam, akan bermati matian mempertahankan Islam, itu memang terbaek..malangnya pada pandangan saya kebanyakannya hanya tong kosong sahaja..sekadar modal utk bersembang dikedai kopi..perkara paling asas..solat berjemaah di mesjid dan surau...masih kurang yg datang..rasanya orang yg berdegar degar bercakap mahu mempertahankan Islam...dapat atau tidak dia berjemaah di mesjid/surau...terutamanya solat subuh??Kalau ikut rentak percakapan ramai yang nak mempertahanjan Islam..dah lama dah mesjid dan surau penuh setiap waktu solat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu. Ramai yang hanya jadikan perjuangan Islam sebagai mainan mulut sedangkan amalannya banyak yang bertentangan.

      Walau bagaimanapun, orang-orang yang saya sembang tu semuanya ahli solat berjemaah tetap dari subuh sampai insya sejak dulu sampai sekarang...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !