Saya kongsikan pengalaman menarik ini dari seorang kawan bernama Azran Chan. Dia kongsikan kisah dirinya sendiri, bagaimana dia, seorang anak berbangsa Cina membesar dengan anutan agama Buddha, bersekolah aliran Kristian, akhirnya masuk Islam.
Kita ikuti kisahnya kata bawah ni. Saya siarkan sebagaimana yang saudara Azran tulis sendiri tanpa buat perubahan kecuali pada ejaan dan sub title.
"MY JOURNEY TO ISLAM"
Nama saya AzRAN Chan, mungkin disebabkan saya pernah lari dari rumah...Sejak kecil lagi, saya sering dibawa ke tokong Naga, Natok Kong, tokong Sampoh (Cheng Ho), tokong Sembilan, kuil Buddha, kuil Kuan-yin dan tokong Hindu.
Keadaan asap gaharu tebal amat memedihkan mata setiap kali saya dibawa kesana. Sehingga ke hari ini, saya diserang migrain setiap kali terhidu asap gaharu ataupun asap kemenyan.
Pernah ketika berumur 11 tahun semasa perarakkan hari wesak, saya hampir mati terjerut di tali yang mengheret patung Buddha setinggi rumah dua tingkat.
Sekolah Kristen
Semasa di sekolah menengah, saya dihantar ke sekolah St Xavier yang merupakan sebuah sekolah Kristen.
Pengetuanya Rev. Padri Charles seorang Padri yang berasal dari Irish.
Berdialog Dengan Padri
Saya menyertai pasukan Kedet Tentera di sekolah dan menjawat sebagai ketua armskot (armourer) dan setiap kali saya membuka pintu stor senjata yang menyimpan 60 laras senapang Le Enfield Mark 1 untuk kawad bersenjata yang terletak dibawah tangga kuaters padri, saya terpaksa memanggil padri untuk membuka pintu tangga.Jadi, seringkali saya berinteraksi dan berdialog dengan beberapa padri yang menghuni di kuaters.
Berikut adalah dialog saya dengan Padri Patrick:
Padri Patrick: Anak, awak patut sembah Jesus.
Saya: Padri, kenapa harus saya sembah Jesus, sedangkan dia adalah seorang manusia seperti kita?
Padri Patrick: Jesus akan menjadi Penyelamat Peribadi kamu.
Saya: Bagaimanakah Jesus hendak jadi Penyelamat saya, sedangkan dia berkata, "Aku dengan sendiri tidak mampu melakukan apa-apa..." (John 5/30)
Sejak itu Padri itu tidak lagi mengajak saya berdialog.
Belajar tentang agama Islam
Pada waktu itu, rakan sekelas telah menyelitkan buku lucah yang dibawanya ke sekolah kedalam beg sekolah saya dan malangnya saya telah ditangkap pengawas yang membuat spot check.Seorang sahabat pergi beritahu ustaz Sa'dan, guru Agama Islam disekolah itu, dan dia datang membela saya.
Sejak itu saya mengikuti kelas Pengetahuan Agama Islam yang diajar oleh ustaz Sa'dan.
Apabila papa mendapat tahu bahwa saya telah mengikuti kelas Agama Islam, dia cuba menghalang, dipaksanya saya makan daging babi dan sebagainya.
Mungkin papa panic dan tidak tahu hendak menangani masalah yang dihadapinya.
Papa mana yang tidak sayangkan anak dan apabila anak menyatakan hasrat untuk meninggalkan agama kepercayaan yang diwarisi turun temurun.
Pada cuti penggal persekolahan, saya telah melarikan diri dari rumah, kemudiannya ditemui tidur di-setor sekolah lalu dibawa balik kerumah.
Memeluk agama Islam
Selepas itu saya lari sekali lagi dan berjumpa Ustaz Sa'dan yang membawa saya kepada ayah angkat saya Allahyarham Pakleh.Ayah membawa saya berdaftar dipejabat Kadi Balik Pulau.
Walaupun usia saya belum mencapai lapan-belas, namun kadi pada waktu itu, Allahyarham ustaz Haji Mohd Khair telah mendaftarkan Pengislaman saya.
Ustaz Khair menyimpan Sijil Kemasukan Islam saya dan keluarkannya selepas hari-lahir saya yang ke-lapan belas.
Ayah kemudiannya menghantar saya ke sekolah pondok dimana saya sempat belajar ilmu pengetahuan Islam selama dua tahun di Terong, Perak dan di Madrasah al-Masriyah Pulau Pinang.
Bertemu Papa buat kali akhir
Ketika di Madrasah al-Masriyah, Inspektor Borhan dari Polis Cawangan Khas datang membawa saya ke Hospital Lam Wah Ee untuk bertemu papa yang sedang nazak.Penemuan dengan papa setelah dua tahun berpisah amatlah mengharukan. Papa dengan nada sayu dan lemah berkata,
"Ah Chong, kamu jangan salah-sangka; papa tidak larang kamu masuk Islam, papa bimbang kamu tersalah ikut Muslim yang pergi berjihad. Lagipun kamu kan anggota Kadet Tentera di sekolah?"
Hujung minggu yang berikutnya, saya menziarahi papa lagi di hospital. Kali ini papa sudah tidak sedarkan diri. Papa koma. Saya menghampiri papa lalu melafazkan Dua Kalimah Syahadah ditelinganya...
Terasa gengaman tangan papa walaupun dia koma.
Sejerus selepas itu, mesin pulse terus mendatar----------.
Papa pergi buat selamanya.
Setelah beberapa tahun berlalu, mama masih tidak mampu menerima hakikat anak ke-limanya sudah Muslim.
Akhirnya saya mendirikan rumahtangga dan dikurniakan empat anak gadis. Nenek mana yang tidak cair melihat cucunya, begitu jua mama mula menerima anak cucunya sebagai Muslim.
Usaha ini amat-amat sekali memerlukan sokongan ramai bagi mendana gerak-kerja kami agar dapat meneruskan usaha mengajak keluarga kami kepada Kebenaran Islam.
Rayuan Sumbangan Gerak-Kerja Dakwah Islamiyah.
Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful (myIKUT)
Maybank: 557139230356
Untuk sebarang pertanyaan tentang persatuan MyIkut tersebut, sila berhubung dengan Tuan Haji Zolkifli 012-4810074
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !