Di zaman maju sekarang ini, ada banyak cara untuk hapuskan serangan anai-anai dari rumah anda. Tetapi, bagi yang tak berapa ambil tahu pasal perkembangan teknologi dalam bab kawalan serangan anai-anai mungkin tak berapa tahu sangat.
Lagipun, masalah serangan anai-anai ini bukannya masalah yang berlaku kerap sangat. Mungkin rumah anda belum lagi terkena serangan anai-anai, jadi tak hairanlah anda tak ambil tahu sangat pasal masalah anai-anai ini.
Biasanya, orag ramai akan mula ambil tahu dan buat pencarian maklumat, hanya setelah rumahnya dah teruk di makan anai-anai. Bila almari atau kabinet dah teruk kena makan anai-anai, siapa saja akan mudah panik untuk selesaikan masalah yang mengerikan itu.
Bagaimana serangan anai-anai berlaku di rumah anda
Macam mana nak tahu rumah mana yang mudah diserang anai-anai dan rumah mana yang biasanya tak akan ada masalah anai-anai?Mungkin soalan itu pernah anda tanya.
Secara umumnya, anai-anai bergerak cari makan secara rawak. Tidak ada strategi yang spesifik dan pasti untuk anai-anai masuk ke rumah anda dan mula makan segala struktur kayu yang ada kat dalam rumah tu.
Berdasarkan penglibatan saya dalam industri kawalan serangga dan makhluk perosak ini, itulah yang saya faham. Anai-anai akan bergerak secara rawak bermula dari satu titik yang biasanya sarang penginapannya. Lagipun anai-anai bukan makhluk yang boleh melihat.
Dalam kegelapan tak ada cahayapun mereka amat cekap bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Mereka ada mekanisme tersendiri untuk merayau mencari makan. Malah mereka lebih suka tak ada cahaya dan keadaan yang lembab untuk pastikan survival mereka sendiri.
Apa yang pasti, seandainya jiran anda jauh atau dekat, ada yang dah kena serangan anai-anai, maka potensi untuk rumah anda sendiri dimasuki anai-anai adalah tinggi. Itu juga disebabkan cara rawak mereka bergerak dari satu titik ke satu titik.
Bagaimana kesan serangan anai-anai di rumah
Masalah paling besar menyentuh serangan anai-anai ini adalah ketika jumlah serangan masih lagi kecil, anda tak akan mudah perasan kehadirannya kat dalam rumah. Macam yang saya sebut kat atas tadi, anai-anai akan elakkan bergerak di bawah cahaya.Selagi ada celahan yang sempit di dalam dinding rumah, celah dinding dan mana-mana keadaan yang gelap dari cahaya, itulah jalan yang dia pilih untuk bergerak. Sebab itu kadang-kadang kita ternampak ada garisan tanah tiba-tiba muncul keluar dari dinding rumah anda yang menuju ke siling, umpamanya.
Biasanya rumah yang ada di pasang tile akan ada celahan antara satu tile dengan tilis yang lain. Simen yang mereka sapu untuk lekatkan tiles pada dinding juga bukanlah padat dan penuh. Jadi dia akan bergerak di celahan itu. Bila dah tak ada jalan dan ada bukaan, barulah dia keluar.
Untuk menghalang cahaya dari jalannya, makan mereka akan membina terowong yang diperbuat dari tanah. Ini untuk pastikan keadaan dalam terowong itu gelap dan lembab. Sebab itu bila anai-anai keluar ke permukaan, anda akan nampak ada corong atau terowong dari tanah tersebut.
Jadi itu merupakan salah satu dari cara untuk anda kesan adanya berlaku serangan anai-anai di dalam rumah anda. Kalau nasib tak baik, ada banyak celahan tersembunyi di merata tempat pada dinding dan pantai serta bumbung dan tiang di dalam rumah anda, agak sukar untuk kenal pasti ada serangan anai-anai.
Gunakan saja khidmat syarikat pest control
Cara paling mudah untuk kesan samada ada atau tidak serangan anai-anai yang anda boleh buat adalah dengan menghubungi mana-mana syarikat anai-anai berhampiran premis anda, minta buat pemeriksaan anai-anai secara menyeluruh. Biasanya pemeriksaan akan dibuat secara percuma sahaja.Bagi anda yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, anda bleh hubungi Easelife Services Sdn Bhd, syarikat pest control yang berlesen dan berpengalaman sejak 1998 untuk buat pemeriksaan anai-anai di rumah anda. Terutamanya jika anda ada dengar kayu kat rumah jiran dah kena makan anai-anai.
"Hubungi Puan Siti di nombor telefon atau WhatsApp saja 012-2067357 jika anda berminat nak buat pemeriksaan anai-anai di rumah."
Untuk lebih selamat lagi, anda boleh ambil perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak seperti Lipas, Semut dan Tikus berkala dari mana-mana syarikat Pest Control yang berdekatan. Minta syarikat tersebut jadikan urusan pemeriksaan anai-anai sekali dalam kontrak perkhidmatan selama setahun tersebut.
"Boleh hubungi Puan Siti dari Easelife Services Sdn Bhd 012-2067357, jika anda berminat dengan khidmat kawalan lipas, semut dan tikus kat rumah anda."
Cara mesra alam sekitar bunuh anai-anai
Sebagai warga dunia yang cintakan alam sekitar, tentu anda lebih cenderung untuk memilih cara paling mesra alam sekitar untuk menghapuskan serangan anai-anai dari rumah anda.Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, memang ada banyak cara untuk hapuskan anai-anai dari terus bermaharajalela. Ad cara yang tak mesra alam sekitar dan ada cara yang mesra alam sekitar.
Biasanya cara yang agak tidak mesra alam sekitar sudah tentu cara yang menggunakan banyak bahan kimia ataupun racun. Memang racun walaupun kebanyakan racun dalam pasaran sekarang kesannya terhadap manusia adalah minimum berbanding racun 20 ztau 30 tahun yang lalu. Tapi ianya tetap racun samada kuat atau tidak kuat.
Cara lama bunuh anai-anai adalah dengan menebuk lubang dalam jarak satu setengah kaki atau dua kaki antara satu lubang dengan yang lain. Lubang ditebuk sekeliling dinding rumah anda luar dan dalam. Dan disuntik setiap luang sebanyak 5 liter bahan kimia. Bahan kimia akan menyerap pada tanah di bawah lantai rumah anda itu dan terbentuk pagar racun menghalang anai-anai dari melintasinya.
Bagus untuk halang dan bunuh anai-anai, tapi akan ada beratur liter bahan kimia di bawah rumah anda itu. Itulah yang tak bagusnya.
Jadi cara yang jauh lebih baik untuk bunuh anai-anai adalah dengan menggunakan teknologi Umpan Anai-anai. Ia membunub anai-nai dengan cara membantutkan perkembangan secara biologi anai-anai tersebut. Bahan yang digunakan juga adalah amat minimum. Sudah mencukupi untuk membunuh dan menghapuskan keseluruhan koloni anai-anai yang ad di bawah tanah di sekitar rumah anda.
"Itu cara yang digunakan oleh Syarikat Easelife Services Sdn Bhd yang mesra alam sekitar khas untuk anda yang peka kepada pencemaran alam sekitar. Boleh hubungi segera Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut dan tawaran istimewa khas untuk anda yang berminat."
Boleh jahanam satu rumah kalau dah kena serang dengan anai-anai ni. Kalau dah teruk memang tak boleh buat apa dah.
ReplyDeleteBtoi tu.. Rumah pusaka datuk sy pun dah di serang anai2.. Jem nk pikir nk wat mcmana...
ReplyDeletesy beli rumah under seri pajam developer, habis anai2 makan barang2 perabot
ReplyDelete