Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

18 December 2017

Jenis kerja macam mana yang paling menyakitkan jiwa berdasarkan kajian

  Ano Nyme       18 December 2017



Pernah bertanya tak jenis kerja macam mana yang paling menyakitkan jiwa? atau anda sendiri rasa jiwa tertekan dengan jenis kerja yang anda sedang lakukan sekarang?

Bila rasa jiwa tertekan dan sara tak tahan macam nak letak jawatan dan mula cari kerja lain pulak, tunggu dulu. Apa kata anda tanya pula soalan samada ada orang lain yang lebih sakit jiwanya dengan jenis kerja yang dia sedang jalankan.

Bila tahu ada yang lebih tertekan jiwa, maka anda boleh tangguh dulu dnegan hasrat nak letak jawatan dan pergi cari kerja lain. Takut nanti masuk pula jenis kerja yang hakikatnya jauh lebih menyakitkan jiwa.

Jadi apa kata kita tengok terlebih dahulu, jenis pekerjaan macam mana yang paling memberikan tekanan jiwa dan boleh buat anda rasa macam nak gila. Sekurang-kurang boleh dijadikan panduan untuk membuat pemilihan kerja selepas ini. Atau anda nak latih kawal jiwa dengan masuk industri yang paling tertekan jiwa para pekerjanya.

Dua penentu kerja paling menyakitkan jiwa

Daripada kajian yang dijalankan terhadap seramai 214 ribu pekerja, mereka merumuskan bahawa ada dua asas yang menentukan samada kerja yang anda jalankan bakal memberikan tekanan jiwa yang teruk.

Dua perkara asas tersebut adalah;
  • Kerja yang banyak melibat berurusan sukar dengan orang lain atau pelanggan
  • Kerja yang amat kurang penggunaan aktiviti fizikal

Daripada dua asas tersebut di atas, cuba semak semula bagaimana jenis pekerjaan yang sedang anda jalankan sekarang. Adakah ianya melibat kerja melayan dan berurusan dengan manusia lain atau pelanggan.

Kalau anda memang buat kerja macam itu, ertinya ada potensi kerja anda banyak memberikan tekanan jiwa. Berikut adalah antara jenis kerja yang paling kurang memberikan tekanan jiwa pada pekerja dipersembahkan melalui carta



Kalau ditambah pulak dengan kerj yang anda buat banyak duduk tak bergerak, Tak banyak sangat aktiviti yang menggunakan kekuatan fizikal, maka ia juga bakal menambahkan lagi jiwa yang dah memang tertekan dengan kerenah orang ramai.

Kerja buruh paling tenang jiwa

Mungkin anda pernah rasa kasihan pada mereka yang kerja teruk tengah panas terik matahari seperti kontraktor jalan atau pekerja kontrak buat bangunan.

Kalau anda rasa mereka sedang tertekan jiwanya, anda sebenarnya silap banyak.

Sebab daripada kajian, pekerjaan seperti buruh kasar kerja kuat atas jalan atau dalam lombong sebegitu merupakan antara kerja yang paling kurang memberikan tekanan jiwa. Kerja mereka banyak menggunakan kekuatan fizikal dan paling kurang berurusan dengan manusia lain.

Mungkin sempat bersembang hanya dalam waktu rehat saja. Itupun tak sempat nak berbual sebab nak kena isi perut terlebih dahulu menghilang lapar. Jadi tak sempat nak fikir dan rasa tertekan pun.

Drebar bas paling tertekan jiwa

Kalau anda lihat pula drebar bas, tenang relaks pulas steering jalan sana sini dan anda rasa mereka punya kerjaya yang memberikan ketenangan jiwa yang tinggi, sekali lagi anda silap.

Sebab dari kajian, para pemandu bas yang bawa orang ramai merupakan antara kerja yang paling kuat memberikan tekanan jiwa pada para pekerjanya. Berikut antara jenis kerja yang paling tinggi memberikan tekanan jiwa dipersembahkan melalui carta.



Sama juga keadaannya, mereka kurang pakai kekuatan fizikal, hanya pusing steering yang rata-rata sekarang ini, dah ringan, mudah dan lancar. Kemudian tercabar dengan seribu satu macam kerenah pelanggan yang naik bas. Itu semua punca mencetuskan tekanan jiwa yang kuat.

sumber maklumat kat sini

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Jenis kerja macam mana yang paling menyakitkan jiwa berdasarkan kajian

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Yang melibatkan dengan urusan org atasan pun boleh tahan jugak tertekan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangpun. Asal melibatkan dengan urusan dengan manusia memang amat mencabar...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !