Sekali lagi berlegar gesaan kepada umat Islam di Malaysia supaya boikot dari makan kat McDonald's. Gesaan kali ini entah sudah masuk kali yang ke berapa sayapun tak pasti sebab dah terlalu kerap sangat asyik ajak boikot setiap kali ada konflik yang melibatkan umat Islam dengan Yahudi terutamanya.
Macam tajuk yang tertera kat atas. Tidak ada sekalipun saya ambil kisah seruan untuk boikot dari makan kat McDonald's. Memang saya tak pernah sambut. Malah seruan sebegitu membuatkan saya semakin rasa tak selesa dengan orang Islam yang kerjanya asyik nak salah kan orang lain daripada cermin pada diri sendiri.
Setiap kali nak makan kat luar, bila saya tanya pada anak-anak nak makan kat mana, nama McDonald's akan tersenarai paling awal sekali. Kalau saya tak ikut kemahuan mereka yang kalau boleh hari-hari makan kat McDonald's bukan atas alasan saya nak boikot McD, tapi sebagai orang tua Melayu, saya memang tak rasa kenyang hanya dengan makan burger dan fries.
Kenapa saya tak ikut gesaan boikot McDonald's
Sebab paling utama adalah makan kat McDonald's tu bukannya haram. Makanan yang mereka sediakan untuk para pelanggan mereka kat Malaysia ni semuanya diiktiraf halal. Bukan saja halal, malah yang paling saya suka adalah suasana kat mana-mana kedai McD adalah kemas, bersih dan ceria.Mungkin itu sebab utama anak-anak saya juga suka makan kat kedai McD. Sejuk, mesra kanak-kanak, selesa, pantas dan paling utama bersih. Seperti mana budaya yang saya suka terapkan pada semua anak-anak saya, contohnya memang ada kat McDonald's tu. Pendidikan melalui teladan.
Kalau saya nak terangkan pada semua pekerja di semua syarikat saya sendiri apa itu sebuah sistem perniagaan yang patut dijadikan contoh supaya syarikat kami boeh bergerak maju ke tahap world class, sudah tentu McDonald's juga akan saya jadikan contoh ikutan.
Jadi kat mana buruknya McDonald's?
Buruk mungkin disebabkan orang Islam sendiri tak mampu membina sebuah organisasi perniagaan sedemikian rupa. Hanya sebuah perniagaan makanan segera, tetapi hebat dan wujud di seluruh dunia termasuk di Mekah dan Madinah.
Jadi untuk tutup kelemahan umat Islam sendiri yang hanya banyak berdemo gertak semua orang yang dituduh berusaha melemahkan mereka, maka semua perkara hebat yang orang bukan islam buat mereka mahu pastikan ianya hancur. Supaya apabila mereka hancur, maka baru sama level mangkaq seperti umat islam yang rata-rata lemah dalam segenap segi di seluruh dunia sekarang.
Tapi McDonald's bantu Yahudi
Itu alasan utama gesaan boikot yang segelintir umat islam kat negara kita jadikan sebab untuk tidak sokong makan di McD. Alasan itu ternyata salah sama sekali dan sudah di terangkan oleh McD berkali-kali.Yang pastinya, cubaan untuk hancurkan McD kat Malaysia akan memberikan kesan yang jauh lebih besar pada peluang pekerjaan pada ribuan anak Malaysia yang cari makan kat rangkaian McDonald's. Begitu juga kepada seluruh perniagaan lain yang wujud sebagai pembekal kepada perniagaan McD di Malaysia.
Kerajaan Malaysia juga akan kena tempiasnya kalau perniagaan McD rosak teruk apabila tak ada cukai akan masuk dari sumbangan McD ke tabung simpanan negara. Hasil dari perniagaan McD amat banyak disalurkan semula kepada pembinaan sumber manusia anak-anak Malaysia supaya mereka naik jadi orang yang berguna.
Malah Pengarah Urusan McDonald yang ada sekarang adalah budak kerja McDonald yang belajar dari bawah naik dan naik akhirnya jadi boss kat situ. Hangpa yang dok boikot tu hasilkan menatang apa setakat ini?
Pi baca sendiri penerangan jelas yang McDonald's buat kat portal mereka supaya anda semua faham dan tak ikut lagi gesaan orang-orag yang lembab akal malas yang ada ramai kat negara kita. Jangan takut kalau anda tak faham Bahasa Inggeris.
Mungkin sebab itu kot hang benci sangat dengan McDonald's sebab pekerjanya majoriti akan berbahasa Inggeris. Dengki lah kot? Jangan risau sebab semua penjelasan itu diterangkan dalam Bahasa Melayu asli.
Baca penjelasan dari McDonald's kat sini.
McDonald's buat laporan polis pada penggesa boikot
Baru saja baca berita kat sini yang McDonald's Malaysia pi buat laporan polis dan juga pada SKMM pada 20 orang dan organisasi yang gesa boikot McDonald's. Bagus! biar padan muka puak tu yang dah bebal dan suka ajak semua orang Islam lain jadi bebal macam mereka juga.Bangunlah hoi kawan-kawan! Benci pesaing bukan dengan buat perangkap supaya mereka mampus. Baiki diri supaya jadi lebih bagus dari pesaing dan potong kekuatan pesaing melalui cara itu. Baru ada nikmat hidup dan berbaloi memartabatkan ummah.
Masing-masing ada pendapat yang tersendirikan. Nak boikot atau tidak terpulang kepada diri masing-masing. Hehe
ReplyDelete