Ramai orang yang akan ambil panduan dari review restoran atau kedai makan di internet untuk mencari estoran atau kedai makan yang menarik dikunjungi. Sekali sekala, saya juga akan buat macam itu.
Malah, dalam SmartPhone Samsung yang saya pakai pun ada App TripAdvisor siap sudah dimuat naik masuk ke dalamnya. Kalau pergi ke mana-mana kawasan yang tak ada kawan atau kenalan, itu cara paling pantas dan mudah untuk cari mana-mana kedai makan atau restoran yang menarik untuk dikunjungi.
Jika pergi ke tempat yang ada kawan, atau tempat yang dah pernah kawan-kawan ada pengalaman, saya akan minta cadangan kawan-kawan tersebut. Itu cara yang paling boleh dipercayai berbanding percaya dengan apa yang maklumat di internet sediakan untuk anda.
Dibayar untuk buat review restoran di internet
Jika anda kaki melayari internet, tentu tahu ada terlalu banyak portal maklumat di dalamnya. Antara yang agak terkenal dan masih popular di negara kita adalah maklumat dari blog. Macam blog yang saya buat ini, Jasduit.Selain dari politik, ada banyak blog yang memberikan tumpuan pada isu niche yang lain. Antara yang paling mendapat tempat di kalangan blogger adalah blog pasal makanan, restoran dan kedai makan. Itu tidaklah menghairankan sangat sebab penduduk Malaysia memang terkenal dengan amalan suka menikmati kelazatan makanan.
Kalau tidak, takkan penduduk negara kita akan jadi antara penduduk paling tinggi tahap berlebihan beratnya, berbanding semua negara jiran kita yang lain. Ya! ramai orang Malaysia gemuk berlebihan. Pergi tengok kat luar, kat kedai makan, kat pasaraya, anda akan dapat saksikan betapa ramainya manusia berlebihan berat berjalan ke sana sini kesemputan. Ramai yang punya peha sebesar perdu pokok kelapa, baik perempuan baik lelaki.
Buat review palsu itu salah
Blog review makanan ada banyak samada dalam Bahasa Malaysia, maupun dalam Bahasa Inggeris. Penulis blog diupah untuk buat cerita pasal kedai makan atau restoran. Review yang blogger makanan buat akan dibayar berdasarkan populariti blognya. Ada yang mahal dan ada yang murah. Kalau minta saya buat review, mungkin bayarannya adalah percuma, sebab saya hanya buat review pada kedai makan yang saya suka pergi sahaja.Tapi semua itu tidak ada salahnya. Bayar atau tidak, buat review kedai makan dan makanan yang ditawarkan untuk maklumat dan kemudahan orang ramai membuat pilihan nak makan di mana, itu perkara biasa.
Yang tak biasanya adalah apabila anda baca review satu restoran atau kedai makan, ditulis oleh blogger makanan, sedangkan blogger itu sendiri langsung tak pernah pergi makan kat kedai tersebut. Dia sendiri tak pernah rasa macam mana kedai itu, bagaimana layanannya, dan apa suasana yang ada dalam kedai itu, semuanya adalah palsu belaka. Sebab maklumat hanya diambil dari pemilik kedai makan itu saja.
Bagi saya itu aktiviti yang tak betul. Ia satu pembohongan yang tak patut diamalkan. Jangan hanya kerana nak buat duit, lalu anda tulis review palsu dan tipu semua pembaca. Sebab itu saya kata kat tajuk di atas itu, review restoran hebat diinternet memang tak boleh dipercayai sangat, melainkan anda kenal orang yang buat review tersebut.
Restoran Palsu jadi restoran No. 1 dalam TripAdvisor
Kat berita dunia sekarang sedang kecoh tentang berita bagaimana sebuah restoran palsu yang tak pernah wujud dalam dunia nyata, berjaya mendapat kedudukan restoran pilihan nombor satu di dalam portal TripAdvisor yang amat terkenal itu.Anda boleh baca cerita bagaimana orang yang berjaya pekena orang ramai itu dalam perkongsian ceritanya kat sini.
Laporan tentang restoran yang tak pernah wujud jadi top restoran nombor satu itu dilaporkan oleh banyak media-media besar dunia lain. Anda boleh google saja perkataan "Fake restaurant tripadvisor"
Macam mana orang itu pekena semua orang yang cepat percaya pada maklumat kat internet itu memang amat menarik. Semua gambar makanan yang dia reka adalah palsu dan usahanya itu menaikkan restoran palsunya ke tangga 156 hanya dalam tempoh masa 4 bulan. selepas 3 bulan dari itu, akhirnya restoran palsu itu naik ke nombor 1.
Restoran yang tak pernah wujud itu dihubungi oleh pembekal, ramai orang minta kerja, pihak majlis minta dia buka restorannya ke lokasi baru, agensi iklan dan lain-lain lagi turut sama berebut menghubungi restoran yang tak pernah wujud itu.
Malah orang ramai tak jemu-jemu mencuba nasib untuk tempah tempat ke restoran itu walalupun bila telefon, pemilik restoran kata tempaha telah penuh sehingga berminggu... !
Apa yang boleh kita belajar dari cerita ini adalah, seperti apa yang orang bijak pandai selalu nasihatkan. Jangan percaya apa saja maklumat selagi anda tidak membuat kerja mencari kepastian terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi maklumat dalam internet, perkara pertama yang anda perlu buat sebaik saja terima apa saja maklumat adalah untuk tidak percaya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !