Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

29 December 2017

Syarikat Apple disaman pengguna Israel sebab sengaja lembabkan iPhone

  Ano Nyme       29 December 2017



Bagi anda yang guna telefon pintar iPhone tentu ada perasan yang telefon pintar anda itu semakin lembab dari kebiasaan. Jika anda dah muat turun software terkini yang iPhone suruh buat, perjalanan atau proses iPhone anda itu jadi lebih lembab daripada biasa.

Model iPhone yang terlibat adalah jenis iPhone 6, iPhone 6s and iPhone SE and iPhone 7.

Saya guna iPhone 6s dan memang dah download software terbaru mereka macam biasa. Setipa kali adanya kemaskini software terbaru, saya akan ikut saja untuk update. Biasanya mereka akan beritahu ada pembaikan dalam software terbaru itu.

Dengan anggapan syarikat Apple tentu lebih tahu apa yang terbaik untuk pengguna mereka, maka saya akan ikut saja cadangan mereka. Dan itulah yang hampir semua orang buat di seluruh dunia.

iPhone jadi lembab dengan software terbaru

Tapi bila dah kemas dengan software yang terbaru itu, memang saya ada perasan iPhone saya itu rasanya agak lembab bila nak buka applikasi terutamanya yang perlukan sambungan internet. Nak update FB, buka website dan lain-lain seumpamanya jadi lambat terhegeh-hegeh.

Mulanya saya ingat iPhone saya lembab sebab masalah sambungan internet dan tak ada kena mengena dengan software iPhone yang terbaru. Tapi bila baca laporan dari sebuah akhbar Yahudi, baru saya sedar yang iPhone memang sengaja buat macam tu.

Pengguna Israel saman Apple

Laporan dalam akhbar online Yahudi melaporkan bahawa seorang rakyat Israel telah memfailkan saman berjumlah USD125 juta atas tindakan Apple update software yang membuatkan iPhone jadi semakin lembab dari biasa.

Menurut Apple, mereka buat macam itu sebab nak jimatkan penggunaan bateri lama telefon pintar iPhone supaya jangkahayatnya lebih panjang. Itu saja yang mereka beritahu. Dan tak siapa sedar bahawa untuk buat bateri tahan mereka pergi lembabkan iPhone yang kita pakai.

Agenda tersembunyi lembabkan iPhone

Ada kesan sampingan pada pengguna setia iPhone apabila telefon mereka jadi lembab tanpa diketahui apa punca sebenarnya.

Bagi mereka yang memang tegar mengikuti semua keluaran iPhone terkini, kelembapan iPhone yang sedang dipakai akan jadi satu drongan untuk mereka tukar kepada model iPhone yang baru. Itulah tuduhan para pengguna yang saman Apple dengan tindakan lembabkan iPhone.

Selepas orang Israel saman, 4 lagi warga Amerika juga turut saman Apple atas masalah yang sama. Mereka saman sebab menuduh Apple sengaja tak beritahu apa yang berlaku dengan software terbaru yang mereka download. Itu boleh menjadi satu jenis penipuan terhadap para pengguna iPhone.

Harap selepas kena saman tu Apple akan kemaskinikan semula software mereka supaya iPhone tak jadi lembab lagi. Sekurang-kurangnya beritahulah apakah kesan yang bakal berlaku jika anda update software baru dan biarkan pengguna buat keputusan sendiri nak upload atau tidak

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Syarikat Apple disaman pengguna Israel sebab sengaja lembabkan iPhone

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !