Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 January 2018

Amat menarik 'Ramalan keputusan PRU-14' yang tak lama lagi dah ini..

  Ano Nyme       04 January 2018



PRU ke 14 dah tak lama dah nak mai. Mahu tak mahu, tahun ini nak kena buat juga samada lambat atau cepat. Orang politik dah lama sangat menunggu.

Orang yang sokong Pakatan Harapan lagilah lama dok tunggu. Yang paling lama tunggu sudah tentu orang PKR dan DAP, sebab mereka sampai sekarang masih setia jadi pesaing BN.

Orang PAS dan penyokong setia Presiden PAS dan kepimpinan tertinggi PAS dah tak berapa teruja sangat dengan PRU-14 yang akan datang ni. Tak berapa teruja untuk kalah dan jatuhkan BN sebab mereka dilihat seperti sedang bercinta dengan UMNO terutamanya, parti teras dalam BN.

Orang Amanah walaupun memang sangat teruja dengan kedatangan PRU-14 nanti, mereka juga sudah tentu akan rasa senak perut sebab ini medan ujian paling besar bagi mereka sejak keluar beramai-ramai dari PAS. Paling teruja adalah untuk saksikan apakah kesan aksi cabut ramai-ramai mereka terhadap sokongan rakyat pada PAS

Lagipun, Amanah kelihatan macam ketandusan penggerak dan macam tak berapa nak ada idea sangat. Presiden mereka Mat Sabu macam disorok oleh Hantu Mak Limah. Dia hilang terus dari arus perdana dan alternatif. Berita tentangnya macam lansung tak laku.

PPBM pulak baru ditubuhkan. Mereka masih amat kuat stamina berbanding kesemua parti pembangkang yang lain. Mereka juga tentu ada banyak dana sebab ramai gergasi politik ada kat dalam parti baru setahun jagung tu.

Tapi ramalam tetap mengatakan yang BN akan kalah teruk pada PRU-14 nanti. Jom kita lihat apa kata ramalan dari pakar yang tidak diketahui identitinya di bawah ini.

Ramalan keputusan PRU-14

PRU14 - Negeri yang diramalkan jatuh / kekal kepada WARISAN / PAKATAN HARAPAN - walaupun perlawanan 3-5 penjuru. - Oleh penganalisis Politik tanah air
  1. Kedah
  2. Pulau Pinang
  3. Perak
  4. Selangor
  5. Negeri Sembilan
  6. Johor
  7. Sabah (Warisan)
  8. Wilayah Persekutuan

Negeri yang masih berada di bawah UMNO/BN

  1. Sarawak
  2. Terengganu
  3. Pahang

Negeri yang 50-50

  1. Perlis
  2. Kelantan
  3. Melaka

Faktor Utama

  • Tekanan kos sara hidup/GST 
  • Peralihan sokongan penduduk Felda ekoran pencurian duit Felda/FGV 
  • Kebangkitan sokongan / Aura Tun Mahathir
  • Reaksi Kedah ekoran pemecatan Muhkriz sebagai MB
  • Reaksi Johor ekoran pemecatan Muhyiddin Yassin dari UMNO
  • Reaksi Sabah ekoran pemecatan Shafie Apdal dari UMNO 
  • Gerak kerja bawahan menaikan isu rakyat
  • Pengundi baru
  • Tidak keluar mengundi 
  • Kesedaran Saluran 2 
  • Tsunami Melayu 
  • Tsunami Cina 
  • Tsunami India 
  • Kebangkitan semula HINDRAF 
  • Rasuah / penyelewengan 
  • Isu potongan bantuan 
  • Isu kelemahan JKKK 
  • Susutan nilai Ringgit (Protes dari peniaga/pedagang/Pemborong) 
  • Ekonomi Sabah Timur rugi besar ekoran operasi ESSCOM 
  • Kadar pengangguran meningkat di kalangan bumiputera 
  • Penutupan banyak kilang, hypermarket dan premis perniagaan
  • Hasil kelapa sawit bumiputera jatuh merudum tanpa sabsidi baja 
  • Hasil padi bumiputera Kedah, Perlis, Sekinchan, Perak jatuh tanpa sabsidi baja 
  • Penjualan tanah Kerajaan dan aset negara kepada Negeri Cina 
  • Kehadiran berpuluhan ribu pekerja 'penjajah baru' dari Negeri Cina 
  • Penampilan daif dan kurang cerdik presiden dan pimpinan UMNO/BN 

Ahli PAS

Kebanyakan tidak keluar parti tetapi mengambil tindakan tidak akan keluar mengundi atau mengundi PAKATAN HARAPAN dengan senyap untuk mengelakkan dipulau, dicaci dan sebagainya

Ahli UMNO

Mengundi Protes secara senyap, berkemungkinan takut untuk mendedahkan sokongan kepada PAKATAN HARAPAN.

Pengundi Atas Pagar 

Bangkit dengan kesedaran kelembapan ekonomi dan anak muda tidak ada peluang pekerjaan.

Wanita

Peratus mengikut menyokong parti sokongan suami sebanyak 75%

Peratus jangkaan kemenangan kerusi PAS mengikut negeri

  1. Kedah (Tiada Kerusi) 
  2. Perlis (Tiada Kerus) 
  3. Pulau Pinang (Tiada Kerusi) 
  4. Perak (Tiada Kerusi) 
  5. Selangor (Tiada Kerusi) 
  6. N.Sembilan (Tiada Kerusi) 
  7. Melaka (Tiada Kerusi) 
  8. Johor ( Tiada kerusi ) 
  9. Wilayah Persekutuan (Tiada kerusi ) 
  10. Pahang (Tiada kerusi ) 
  11. Sarawak (Tiada Kerusi ) 
  12. Sabah (Tiada Kerusi)
  13. Kelantan (berkemungkinan 12 kerusi termasuk Parlimen) 
  14. Terengganu (20 kerusi kebawah) 

Penilaian kemenangan Kerusi PAKATAN HARAPAN mengikut Parti

Belum mendapat maklumat jelas pembahagian kerusi.

Nota kaki

  • Seperti praya2 yg lepas, SPR memainkan peranan utama dalam memberi kelebihan undi kpd BN. Pada PRU14 ini, SPR telah menyulitkan urusan semakan rang pengundi dengan tidak lagi memberi salinan kepada pembangkang, sebaliknya pembangkang terpaksa membuat salinan sendiri di pjbt2 spr negeri. 
  • Pengundi pos dan pengundi awal yang sentiasa di ragui telah di tambah, bukan sahaja kepada polis dan tentera, tetapi juga kepada badan2 beruniform yang lain spt kesihatan / bomba / rela / petugas SPR dll. Malahan ada di sebahagian tempat, walaupun kem2 sedang di bina, pengundi pos bg tentera telah di bawa masuk._  
  • Justeru, rakyat dan orang ramai di galak utk terlibat sebagai Ejen pemerhati & pengira undi (PACA) di tempat masing2 melalui parti2 politik atau NGO spt INVOKE bagi memastikan pilihanraya kali ini adalah telus dan adil._

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Amat menarik 'Ramalan keputusan PRU-14' yang tak lama lagi dah ini..

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. syok sendiri..kahkahkahkahkah

    ReplyDelete
  2. mana punya analisis la duk ambik ni..gagaga.. tak ilmiah langsung..

    ReplyDelete
  3. ramalan ni hmpir tepat..terasala yg ckp rmlan ni merapu

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !