Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

18 January 2018

Baru tahu panggilan 'Encik' itu panggilan yang tidak baik dan tidak hormat !!!

  Ano Nyme       18 January 2018


Tengah memandu ke Sepang pagi tadi ikut jalan belakang dari Puchong. Bila terpaksa berhenti di simpang lampu isyarat yang merah, terus buka telefon. Lampu isyarat kat situ biasanya agak lama. Daripada nganga tenok orang kiri dan kanan, elok layan telefon.

Bila buka Facebook terus terbaca satu posting yang menarik dari seorang Doktor. Dia nampaknya amat aktif membuat laporan terkini aktiviti dan segala apa yang terlintas dalam pemikirannya. Semua lamporan pada dinding FB nya sentiasa menekankan kepentingan Bahasa Tinggi.

Puak Bahasa Tinggi

Memang saya perasan ada satu kumpulan atau lebih tepat di panggil Satu Puak (baca sebagai Tribe dalam Bahasa Inggeris), yang amat kuat memperjuangkan apa yang mereka panggil sebagai Bahasa Tinggi. Puak ini sarankan orang yang mahu berjaya, terutamanya para usahawan sentiasa menggunakan Bahasa Tinggi.

Bercakap atau menulis dengan menggunakan Bahasa Tinggi dapat memberi isyarat bahawa anda seorang Bangsawan mulia. Ia membezakan antara anda dengan orang lain yang sudah pasti lekeh kerana menggunakan hanya Bahasa Rendah.

Yang saya pasti, Doktor yang saya baca postingnya pagi-pagi tadi itu merupakan salah seorang ahli dari Puak Bahasa Tinggi tersebut. Walaupun kadang kala saya lihat dia ada pendekkan ejaan seperti sbb menandakan makna sebab, tapi secara umumnya dia menggunakan ayat yang saya anggap tahap tinggi.

Encik Bahasa Rendah, Tuan Bahasa Tinggi

Posting yang doktor itu buat agak menarik perhatian saya. Dia luahkan tentang seorang pemuda yang memanggilnya dengan gelaran 'Encik'. Bagi dokto itu, panggilan encik bukanlah satu panggilan yang baik.

Untuk menggambarkan seseorang itu punya Bahasa Tinggi, panggilan yang betul adalah 'Tuan', Jadi istilah Encik itu merupakan satu istilah Bahasa Rendah manakala istilah Tuan pula adalah istilah Bahasa Tinggi.

Itu memang menarik!, begitulah terdetik kata hati saya sebaik saja membaca posting doktor itu.

Sebab selama ini saya lansung tak pernah terlintas bahawa memanggil seseorang dengan gelaran Encik di depannya adalah tidak baik. Saya sangka Encik itu adalah satu penghormatan. Tandanya orang yang kita bahasakan Encik itu kita hormat.

Kecewa sebab orang panggil Encik

Tapi doktor itu pula kata tak baik. Malah dia rasa kesal dan sedih dengan pemuda yang memanggilnya sebagai Encik! Saya salin posting doktor itu kat bawah ni;

-Mula-

Kadang kala rasa hairan dengan orang muda kita (Melayu) berinteraksi dalam perniagaan.
Penjual yang berusia jauh lebih muda dari saya, memanggil saya ENCIK walaupun tahu nama saya dan pekerjaan saya. Sedangkan saya memanggil dia TUAN setiap kali berurusan.
Saya tidak kecil hati beliau tidak memanggil saya Doktor, tetapi hairan mengapa sukar memanggil saya dengan panggilan yang lebih baik (contohnya TUAN), sedang saya tiada masalah memanggilnya TUAN walaupun dia lebih muda.
Patutnya beliau segera menukarkan gaya bahasa. Mungkin Bahasa Melayu Tinggi dalam perniagaan perlu kita perjuangkan.
Seni menjual ini sebenarnya seni ambil hati pelanggan. Jadi kena pandai berbahasa.
Sekadar meluahkan rasa untuk membaiki generasi kita.

-Tamat-

Begitulah luahan hati doktor tersebut.

Selepas baca, saya termenung sebentar. Rasa keliru sebab sejak kecil saya percaya yang membahasakan 'Encik' pada seseorang itu adalah satu perghormatan.

Kini saya dapat tahu ada orang akan rasa kecewa apabila di panggil Encik. Dia mahu di panggil 'Tuan'.

Sedangkan selama ini, hanya satu orang saja yang setiap kali saya sebut namanya akan saya panggil bermula dengan Tuan. Orang itu ialah Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelaran hormat yang sering jadi default bagi saya adalah 'encik'. Tanda hormat lah tu.

Apa kata Kamus Dewan Bahasa

Untuk mendalami lagi apa maksud yang doktor itu kata, saya buka kamus dewan bahasa. Apa yang kamus sebut tentang perkataan Encik.

Berikut penerangan dari Kamus Dewan Bahasa,

[en.ci/] | انچيق

Definisi :
1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali;

2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah;

4. Jk panggilan kpd orang Cina asli; encik-encik seorang Cina asli; berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono! memperencik memanggil encik (kpd sese-orang): sekarang engkau yg patut saya perencik.

(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kalau difahami betul-betul maksud yang disebut pada nombor satu kat atas itu, maka betullah kat tuan Doktor yang Encik itu panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya. Ertinya, tak best sangatlah kalau orang panggil kita setakat Encik sahaja. Ertinya orang anggap kita sederhana sahaja.

Apa pula makna perkataan atau panggilan Tuan? sebagaimana yang doktor itu sarankan. Kita rujuk pada Kamus Dewan juga,

Definisi :
1. orang tempat menghambakan diri: orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yg menjadi ~ kpd hamba abdi drpd bangsa Negro; ~ hamba sl tuan;

2. a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa; b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun;

3. orang laki-laki (yg dihormati): ~ yg datang semalam datang lagi pagi tadi; sepeda ~ Id basikal utk orang laki-laki;

4. a) panggilan bagi orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ doktor; ~ hakim; T~ Syed Nasir; b) sl panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan: ~ puteri; mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan;

5. kata ganti yg halus bagi orang laki-laki atau perempuan yg dilawan bercakap (engkau atau awak yg lebih halus): ~ sendiri sudah tahu asal saya dr Kampung Balimbing;

6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah: ~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi; ~ besar a) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor Jeneral; ~ kecil a) = ~ muda anak sulung laki-laki dlm sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah; b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dll); ~ rumah a) orang yg memiliki rumah, ketua rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya); ~ tamu ark tuan rumah; ~ tanah pemilik tanah; tuan-tuan 1. orang laki-laki (sekalian yg hadir): ~ yg dihormati, silalah duduk; 2. sl orang bangsawan, ningrat: maka ~ itu pun nak ke darat dgn segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang; anak ~ anak raja-raja; bertuan 1. ada tuannya (pemiliknya), mem-punyai penguasa: semua tanah yg dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan; 2. bertindak (bersikap) sbg tuan: semenjak kematian bapanya dia ~ di sini; 3. memanggil atau menyebut tuan (kpd): janganlah ~ lagi kpd saya, panggillah saya ‘abang’ sahaja; bertuankan 1. mempunyai sbg tuan, ber-ketuakan: kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. meng-hamba kpd, menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~ anak raja seorang ini; menuani menguasai, memiliki; menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhan­nya, diayahkan oleh peringkat anak-anak; mempertuan, mempertuankan meng­anggap (mengakui) tuan: yg mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan; dipertuan; bangsa yg ~ bangsa yg meng-anggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; hak yg ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri); mempertuani ark menguasai; tuanan bangsawan, ningrat; anak ~ anak tuan-tuan; ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak; ketuan-tuanan spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): “Saya pegawai Kera­jaan”, Encik Ramli berkata ~; pertuanan 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiring-kan oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan.

(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Menurut kamus dewan lagi, perkataan Tuan itu juga bersinonim dengan Encik dan Saudara.

Apa yang saya boleh faham maknanya adalah sama tetapi punya maksud mendalam apabila kita memilih samada perkataan Tuan atau Encik.

Panggil Tuan pada Pemandu Lori

Menurut posting pada dinding Doktor itu lagi, dia akan tetap panggil Tuan walaupun orang yang dia bercakap itu hanyalah seorang Pemandu Lori sahaja. Ertinya doktor itu memuliakan seorang pemandu lori.

Ayat yang doktor itu pilih, 'walaupun dia hanya pemandu lori...', menunjukkan bahawa doktor itu akui bahawa pemandu lori bukanlah status yang dihormati, tapi dia tetap hormat juga.

Mungkinkah itu adalah keterlaluan pula. Apa tak mungkinkah pemandu lori itu akan terasa bahawa dia sedang diperli oleh seorang doktor yang ternyata masyarakat sudah tentu pandang tinggi martabatnya berbanding seorang pemandu lori!

Waduh! pening kepala aku nih!...

Apa pendapat anda?

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Baru tahu panggilan 'Encik' itu panggilan yang tidak baik dan tidak hormat !!!

Previous
« Prev Post

9 comments:

  1. Kena tanya tuan Ibrahim tuan man ni, kalau nak elok lagi, Tuan2 Guru kena bersidang dan tabbayooon untuk pastikan hukum yg betul untuk tuan

    ReplyDelete
  2. masalah bahasa atau masalah ego? manusia sama saja disisinya. mungkin dlm koloni 'kita' seorang doktor, pengarah dsbnya tp bila dijalanan atau dipasar cthnya, sila tinggalkan profil itu di tempat kerja.

    ReplyDelete
  3. Saya lebih membahasa tuan dan puan dalam urusan seharian. Sememangnya panggilan tuan dan puan adalah panggilan hormat kepada mana-mana penjawat awam dan orang perseorangan. Sebagai contoh, semasa di kem bina negara pun, penjaga tempat itu akan memanggil panggilan tuan kepada pelajar sekolah, walhal pelajar itu jauh lebih muda daripadanya.

    ReplyDelete
  4. Dgn pencipta kite berdoa guna KAU AKU je.emmmm.....

    ReplyDelete
  5. Bahasa Melayu memang sampah...sebab :-

    Master - Tuan
    Sir - Tuan

    Kalau boleh elak gunakan gelaran Tuan sebab Ada YG Akan anggap feudalistik....lebih baik gunakan English iaitu Sir.

    ReplyDelete
  6. Saya sesekali tidak akan memanggil manusia dengan panggilan tuan... encik masih ok sbb panggilan tuan hanya untuk Allah selaku tuan bagi semesta alam

    ReplyDelete
  7. Kata panggilan yang beradab sesuai dengan tatasusila orang Melayu kepada seorang Lelaki adalah "Tuan". Sementara kata panggilan "Encik" adalah kepada orang gelandangan, orang bangsat dan orang yang tidak dikehendaki. Jika tidak Maju memanggil dengan kedua-dua kata panggilan Di atas, gunakan "Saudara" yang lebih afdal dan hormat kepada penerima panggilan tersebut.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !