Berapa ramai agaknya jumlah rakyat Amerika yang dah terbunuh akibat serangan musuh yang mereka gelar sebagai Islamis Jihadis. Atau Pengganas Islamis?
Kalau nak diikutkan dari segi liputan isu yang diperbesarkan oleh media, rasanya macam teralu ramai. Sampai presiden Amerika dahulu declare perang dengan pengganas Islamis. Habis negara yang mereka anggap sebagai lubuk pengganas di selongkar atas alasan memburu pengganas Islamis sampai ke lubang cacing.
Tapi bila statistik kematian terbunuh yang berlaku pada rakyat Amerika di keluarkan, semuanya nampak jelas dan rasa macam diperbodohkan oleh media. Jumlah mereka yang mati dibunuh pengganas Islamis taklah seramai mana sangat pun.
Malah terlalu sedikit jumlahnya. Cuba lihat statistik yang dipaparkan kat bawah ni:
Jihadis Islamis tak bunuh ramai sangat
Anda sendiri yang dah tengok statistik kat atas itu mungkin rasa geram. Mungkin perasaan lucupun ada. Bayangkan jumlah rakyat Amerika yang mati disebabkan mesin potong rumput adalah jauh lebih tinggi daripada dibunuh oleh pengganas Islamis.Lagi lucu jika dilihat mereka yang terbunuh akibat jatuh katil. Jumlahnya adalah amat besar lagi berbanding dibunuh pengganas Islamis.
Mesin ptong rumput, atau katil sudah tentu jauh lebih merbahaya dan ganas berbanding pengganas Islamis sebagaimana yang mereka gelar selama ini.
Apatah lagi jika dilihat jumlah rakyat Amerika yang dibunuh sendiri oleh rakyat Amerika, jumlahnya terlalu besar. Orang Amerika sepatutnya lebih takut pada warga negara mereka sendiri daripada dok sibuk nak jadi polis pengganas dunia atau negara lain.
Pemimpin Amerika sepatutnya lebih risau dengan penduduk negara mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !