Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

06 January 2018

Berita baik untuk orang yang suka makan bawang besar atau bawang merah

  Ano Nyme       06 January 2018



Salah seorang kawan masa kat kampung dulu kami panggil dia 'Bri Bawang'. Macam mana dia boleh dapat gelaran Bawang itu saya tak pasti.

Kawan-kawan ain yang mula panggil dia Bri Bawang terlebih dahulu dan saya cuma ikut saja bila itu nama yang lebih mudah untuk bezakan dia dengan ramai lagi kawan lain yang dipanggil Bri.

Menurut kawan rapat Bri Bawang, Bri mula dapat gelaran tersebut semenjak dia buktikan bahawa dia memang suka makan bawang. Kawan-kawan ambil seketul bawang besar dan hulurkan padanya pada satu hari.

Bri dengan selamba, ambil bawang besar tersebut yang dah bersih dikupas kulit keringnya, lalu tokak macam buah apel. Dia makan bawang besar macam makan buah apel saja. Ditokak semulut demi semulut dan akhirnya habis seketul bawang besar.

Apa kelebihan bawang

Isteri saya tak suka makan bawang. Apa saja jenis bawang samada yang dah masak atau mentah dia tak suka. Bawang goreng yang ranggup yang sedap itupun dia tak suka. Sebab apa, saya tak tahu.

Berbeza pulak dengan saya yang memang suka makan bawang. Sejak kecil dah diperkenalkan dengan apa saja masakan yang mesti ada bubuh bawang. Tak kisah samada bawang besar atau bawang merah.

Masa dok masak sendiri ketika duduk di Perancis dulu, baru sedar betapa wangi dan berseleranya bau bawang tulis. Setiap kali saya masak kat dapur kongsi di tengah tingkat bangunan, Pekerja kemas bangunan wanita perancis akan tegur dan puji bau harum bawang yang saya tumis dengan girang.

"Sedapnya bau!". Itulah yang selalunya makcik separa umur Perancis itu akan cakap sebaik saja bau harum bawang memenuhi ruang tingkat tempat saya tinggal.

Kawan dari india bagi petus untuk sedapkan masakan kari ikan saya ketika itu dengan cara yang amat mudah. Dia suruh saya tulis bawang merah banyak-banyak. Insyaallah kari saya akan jadi lebih sedap dari biasa. Sejak itu, kari saya mesti ada banyak bawang. Dan memang lain sangat rasanya.

Saya masih ingat sampai sekarang kata seorang kawan kampung yang jauh lebih seniour. Ketika baru akil baligh, dia pesang kalau nak banyak sperma, makanlah banyak bawang. Budak akil baligh yang bangga dirinya dah muola hasilkan sperma ketika itu secara diam pegang petua itu sampai ke tua.

Tapi apakah itu khasiat sebenar makan bawang?

Khasiat sebenar bawang

Bila dah rajin mencari melalui pembacaan, baru saya jumpa apakah khasiat sebenar bebawang ini. Tak kisah samada bawang merah atau bawang besar, memang ada beberapa khasiat yang amat baik untuk manusia.

Kawal kolestrol

Salah satu khasiat yang amat besar ada pada bawang adalah keupayaannya untuk mengawal kolestrol. Bawang didapati mampu meningkatkan tahap kolestrol baik dan menurunkan tahap kolestrol tidak baik yang ada dalam tubuh badan kita.

Makan bawang juga dapat membantu turunkan tekanan darah dalam tubuh badan. Ia juga membantu menentang jangkitan peyakit, menghalang asma, kurangkan risiko kanser, bolh dijadikan ubat batuk, lawaskan buang air kecil, dan mampu singkirkan batu karang.

Bawang merawat asma

Kalau anda ambil bawang yang dicincang, pangang sikit dan makan dengan madu, anda boleh jadikan ianya sebagai kaedah merawat asma dengan memakannya. Kaedah itu juga boleh merawat masalah sakit dada dan sesak nafas.

Bawang buang kahak

Ambil bawang, hancurkan dengan menumbuk lumat, campurkan pula dengan air limau, lalu diminum. Ini dapat membuang kahak yang melekat pada tekak. Boleh juga merawat bengkak pada anak tekak, merawat senak perut dan masalah sakit dan sengal pada sendi.

Bawang merawat gigitan serangga berbisa

Kalau anda ambil bawang mentah yang dipotong lalu diletakkan pada kesan gigitan serangga berbisa seperti lipan, kala jengking dan serangga lainnya, ia mampu merawat kesan berbisa kena gigit tersebut.

Bebawang rawat jerawat

Kalau ada jerawat batu duk tak duk timbul kat muka atau badan boleh gunakan bawang untuk merawatnya. Ambil sedikit cecair bawang, campurkan sedikit dengan cuka makan, sapukan saja pada jerawat tu, insyaallah akan lega dan elk semula.

Banyak lagi penggunaan bawang yang amat mujarab sebenarnya. Bukan saja untuk dipotong dan dimasak sahaja. Kalau anda tahu semua panduan tersebut di atas, bila ada masalah yang saya sebutkan nanti dan tak ada ubat moden lain, bolehlah cuba amalkan.

Sebab biasanya bawang mesti ada kat apur rumah anda tu. Boleh cuba dan kongsikan nanti kat ruang komen di bawah keberkesanannya.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Berita baik untuk orang yang suka makan bawang besar atau bawang merah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !