Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

02 January 2018

Makin kuat agama makin kurang bijak dan atheist lebih cenderung sakit jiwa - Kajian

  Ano Nyme       02 January 2018



Rumusan dari satu kajian mengatakan bahawa semakin kuat seseorang itu kepada kepercayaan agama, semakin besar kemungkinan dia tidak bijak. Berat juga rumusan yang dibuat itu. Tentu orang yang terasa dirinya kuat agama akan naik marah dan tolak kajian tersebut mentah-mentah.

Itulah rumusan yang dibuat dalam satu kajian oleh para pengkaji di Case Western Reserve University dan juga Babson College. Mereka buat sebanyak 8 ujikaji terhadap orang dewasan. Setiap ujikaji ada seramai antara 159 ke 527 peserta dewasa.

Apa yang lebih menarik dalam kajian itu adalah, mereka dapati jika seseorang itu lebih kuat memahami perasaan orang lain, maka kemungkinan dia kuat beragama adalah amat tinggi. Ertinya orang kuat agama lebih kuat EQ mereka.

Itu juga menjawab persoalan kenapa orang perempuan biasanya lebih kuat kepercayaan mereka terhadap agama berbanding orang lelaki. Orang perempuan punya keupayaan EQ yang jauh lebih baik dari lelaki manakala kekuatan seseorang lelaki adalah pada IQ.

Atheist lebih cenderung sakit jiwa

Lawan kepada kuat beragama adalah lansung tak percaya pada mana-mana agama. Atau lebih tepat lagi tak percaya pada kewujudan Tuhan.

Dalam kajian tersebut di atas, orang Atheist pulak didapati lebih cenderung untuk jadi seorang yang ada masalah sakit jiwa. Dalam bahasa orang putih mereka panggil sebagai 'psychopaths'.

Memang tidak menghairankan sangat kalau kajian mengatakan semakin kuat Atheist semakin cenderung untuk sakit jiwa. Sebab mereka biasanya akan terbalik berbanding orang yang kuat agama. Keupayaan Atheist untuk memahami perasaan orang lain adalah amat rendah.

Mungkin boleh juga saya katakan pada mereka yang kejam siksa orang, masukkan dalam simen, letupkan dengan bom, rejam sampai lemas, hempuk budak kecil pada lantai dan dinding dan lain-lain lagi seumpamanya adalah mereka yang kemungkinan besar berfahaman Atheist.

Kuat agama makin kurang daya analitik

Para saintis dapati bahawa saraf otak terhadap keupayaan memahami perasaan adalah bertentangan dengan saraf otak terhadap keupayaan berfikir secara analitik. Bila anda berfikir secara analitik untuk menjawab soalan matematik, saraf otak terhadap perasaan akan ditekan dan tidak aktif.

Jadi anda terpaksa membuat pilihan. Bila menggunakan keupayaan empati untuk cuba paham perasaan manusia, saraf analitik akan ditekan pulak dan keupayaan menganalisa secara analitik akan berkurangan.

Bila anda kuat agama, daya ampati anda makin kuat dan anda akan jadi makin kurang bijaksana. Atau mungkin kepercayaan agama tidak memandang penting terhadap keupayaan logik akal dan bijaksana.

Memang betul nasihat para Ustaz selama ini bahawa tak boleh nak gunakan logik akal terhadap kepercayaan agama. Nampaknya para ustaz memang cakap perkara yang betul dalam bab itu. Mungkin merekadah lama tahu bahawa kalau nak kuat beragama, tak boleh banyak guna keupayaan analitik.

Orang agama tak boleh jadi saintis?

Mungkin ada yang tanya, kalau macam itu, apakah orang yang percaya pada agama tak boleh jadi saintis? kalau orang yang kuat agama biasanya kurang bijak, maka persoalan itu ada juga asasnya.

Para pengkaji kata tak semestinya begitu.

Buktinya lihat saja pada semua saintis yang menerima anugerah Nobel. Hampir 90% daripada mereka yang dapat anugerah Nobel adalah terdiri dari mereka yang percaya pada agama. Jadi percaya pada agama tak menghalang anda untuk jadi saintis.

Yang pentingnya anda mesti tahu limit bila nak kena guna keupayaan analitik dan bila nak guna keupayaan empati. Dalam masalah benda fizikal yang punya struktur kebendaan, anda tak akan boleh faham hanya dengan kepercayaan agama sahaja. Anda perlukan sains untuk menerangkan semua itu.

Tapi dalam masalah yang menyentuh etika dan memahami makna sesuatau perkara, anda tak boleh gunakan sains semata untuk menjawab semua persoalan tersebut. Anda perlu ada pedoman agama dalam urusan etika.

Sumber rujukan kat sini

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Makin kuat agama makin kurang bijak dan atheist lebih cenderung sakit jiwa - Kajian

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !