Zaman sekarang, kalau anda nak sambung belajar selepas tamat tingkatan 5, maka pastikan anda datang dari keluarga yang ada duit. Kalau tidak, tak payah nak sambung belajar masuk universiti seandainya anda rasa memang tak perlu.
Maksud 'tak perlu' yang saya sebut ini adalah berdasarkan impian anda sendiri nak jadi apa. Kalau nak jadi seorang profesional yang terlatih seperti seorang doktor seumpamanya, maka tak bolehlah nak mengelak dari perlu masuk universiti.
Atau anda ada impian nak jadi seorang ahli sains atau nak berkecimpung dalam dunia akademik untuk menjadi penyumbang ilmu kepada manusia, maka perlu juga masuk ke universiti. Itu keperluan yang mesti ada dalam zaman moden yang serba tersusun sekarang ini.
Jurutera jual nasi lemak bawa Uber
Sebelum ini riuh orang serang Tun M bila dia kritik kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan jurutera tak ada kerja sebagai seorang jurutera. Bila mereka tak ada kerja, terpaksa cari makan dengan jual nasi lemak. Ada juga yang cari makan dengan menjadi pemandu UBER.Jurutera merupakan tenaga kerja terlatih yang spesifik jurusannya. Kalau habis belajar dan dibiarkan semua ilmu itu tanpa diguna pakai, memanglah satu kerugian yang amat besar. Habis duit, buang masa dan banyak lagi keburukannya.
Tapi perlu diingat bukan nak kata budak yang ada kelayakan jurutera itu buat benda tak betul sebab pi jadi pemandu uber atau jual nasi lemak. Dia tak salah apa-apa pun. Malah memang betul kata Menteri yang serang Tun M, bagus sungguh mereka yang jual nasi lemak atau bawa UBer walaupun lulus jurutera.
Mereka serang Tun M seperti tak faham konteks kritikan yang Tun M buat. Samada mereka sengaja atau memang betul tak faham maksud yang Tun M perkatakan saya tak pasti. Tapi takkan tahap menteri tak boleh nak faham maksud Tun M. Itu asas bahasa dan asas keupayaan komunikasi peringkat rendah tu.
Lepas tingkatan 5 terus kerja saja
Jika anda tak pasti nak jadi apa sebenarnya bila tua nanti, selepas tamat saja tingkatan 5 elok terus kerja saja. Kalau dapat keputusan baikpun dan layak untuk masuk universiti sambung belajar, kalau tak perlu elok tak payah nak masuk.Sambung belajar bukannya percuma. Anda terpaksa berhutang untuk sara kehidupan sebagai seorang pelajar. Belum jana apa-apa pendapatan dan mula berhutang!. Itu perkara baru yang belum pernah terjadi pada orang tua-tua kita dulu.
Bila dah habis belajar terpaksa pulak jual nasi lemak atau bawa Uber. Bayangkan duit yang anda dapat hasil dari jual nasi lemak atau bawa uber itu kena pula bayar loan pendidikan. Memang kasihan dan menyeksakan.
Sebaliknya, lepas tingkatan 5, tak sambung belajar dan anda cari apa saja kerja yang mampu anda buat. Atau mungkin terus jual nasi lemak, itu adalah jauh lebih bagus. Anda tak ada hutang, tak perlu bayar loan dan pendapatan dari jualan nasi lemak adalah bersih untuk anda simpan dan belanja.
Begitu juga akalau bawa Uber atau buat kerja-kerja lain. Anda jauh lebih bijak dari kawan-kawan yang habis masa 5 tahun, belajar teruk dan bila keluar tak ada kerja lalu terpaksa jual nasi lemak. Dalam tempoh 5 tahun itu, anda yang tak sambung belajar dan jauh tinggalkan kawan anda yang ada sijil jurutera tapi tak boleh nak guna itu.
Tanpa nak panjangkan lagi bebelan ini, rumusannya adalah tak payah nak pening kepala dan buang masa masuk universiti jika tak perlu. Terus kerja saja lebih baik. Lagipun kerajaan tak pernah janji yang dia wajib berikan kerja pada rakyatnya.
Kerajaan tahu kalau dia tak sediakan peluang kerjapun, orang Melayu terutamanya akan tetap memilih kerajaan yang ada walau apa jadi sekalipun. Lagipun kat semua menteri dah kata bahawa kerja UBER atau jual nasi lemak atau kerja apa saja sekalipun adalah bagus!!!!
Jadi nak susah-susah apa sambung belajar .. kerja sajalah apa saja pekerjaan yang bagus tu.. Tak Gitu?
Setujuuuuuuuuh.
ReplyDeleteBudak cina kawan aku tak lulus srp pun sekarang dah jadi tokey bengkel kereta. Bukan sebuah tapi 5 buah bengkel!!!!!
Betul..betul..betul...
ReplyDeleteok
ReplyDelete