Dalam banyak-banyak pusat servis kenderaan, jenama kenderaan apa agaknya yang paling bagus di negara kita? Paling bagus dalam ertikata tahap pusat seris mereka berjaya membuatkan pelanggan yang ke sana berpuas hati dengan apa yang mereka dapat.
Ada beberapa jenama saja yang memang amat popular kat negara kita. Jenama kenderaan yang paling ramai rakyat Malaysia pakai sudah tentu adalah Perodua. Itu jenama buatan Malaysia. Bagi jenama luar negara pula, rakyat Malaysia paling ramai pakai Honda.
Jika anda ada pakai kereta, kemungkinan untuk anda pakai Perodua adalah tinggi. Dan jika pendapatan anda dalam kategoti pertengahan, kemungkinan untuk anda pakai Honda juga adalah tinggi.
Selepas itu barulah diikuti oleh Toyota, Proton dan lain-lain kenderaan lagi. Toyota dan Honda sebenarnya amat kuat bersaing. Mereka saling berkejaran rapat antara satu dengan yang lain. Kalau Honda potong Toyota, potongan tu tak lah jauh sangat. Sebab Toyota juga amat digemari oleh rakat Malaysia.
Kat mana anda servis kenderaan
Jenama kenderaan apa yang anda pakai?Adakah anda sentiasa hantar buat servis ke pusat servis jenama kenderaan anda. Atau biasanya anda hanya hantar ke pusat servis biasa yang tak ada kaitan dengan mana-mana jenama kenderaan?
Majoriti rakyat Malaysia hanya hantar kereta mereka ke pusat servis jenama kenderaan mereka selagi tempoh jaminan masih ada. Sebaik saja tempoh jaminan tamat, mereka terus cabut lari ke pusat servis kenderaan biasa.
Kalau anda pakai Perodua umpamanya, selagi masih ada jaminan, sudah tentu ke pusat servis Perodua yang anda pergi. Sebaik saja tamat tempoh, terus anda hantar kereta ke pusat servis kawan atau bengkel biasa kat tepi taman rumah anda.
Kalau tak silap saya, dalam 100 orang yang beli Perodua, hanya 20 orang saja yang akan kekal hantar servis ke Pusat Servis Perodua walaupun tempoh jaminan dah tamat. Bila ditanya pada pemilik kenderaan, kenapa tak hantar ke Perodua dah?
Jawapan yang mereka berikan biasanya adalah " Mahal !!! "
Eertinya majoriti rakyat Malaysia lebih mengutamakan harga berbanding kualiti. Biar murah tak apa, lantaklah dapat spareparts ciplak, lantaklah pomen tak berapa cekap, janji murah. Mungkin itu dah jadi budaya orang kita. Atau mungkin sebab utamanya adalah pendapatan pemilik kereta itu sebenarnya tidak melayakkan dia untuk pakai kereta... !
Sentiasa hantar ke pusat servis diiktiraf
Dari pengalaman saya, beza antara pusat servis yang diiktiraf atau dilantik oleh jenama kenderaan berbanding yang biasa memang ada banyak. Terutamanya dari segi harga. Tapi saya sentiasa hantar ke pusat servis yang diiktiraf sebab lebih yakin dengan pengalaman dan kemudahan yang mereka ada.Mahalpun, tak lah mahal sangat sampai berganda-ganda. Jika kualitinya terjamin dan tahap servis mereka memuaskan hati, mahal sedikit tu tidaklah membebankan sangat.
Jenama kenderaan Pusat servis paling bagus
Berbalik pada jenama kenderaan yang pusat servis mereka paling bagus di negara kita.
Untuk sepanjang tahun 2017, bancian kepuasan pengguna telah dilakukan pada semua jenama kenderaan yang polular kat Malaysia dan keputusannya boleh dijadikan panduan untuk anda yang merancang nak beli kenderaan apa selepas ini.
5 jenama kenderaan yang paling bagus pusat servisnya di Malaysia adalah;
- Toyota
- Mitsubishi
- Mazda
- Nissan
- Volkswagen
Ternyata pusat servis Toyota mengatasi semua jenama kenderaan lain dari segi pengalaman pengguna berurusan dengan pusat servis mereka. Saya juga pakai Toyota. Memang tak dapat dinafikan pusat servis mereka terbaik secara keseluruhannya.
Servis adviser mereka juga mantap dan sentiasa terbuka dan berjaya menjalinkan hubungan kawan dengan setiap pelanggan mereka.
Jenama kenderaan pusat servis paling teruk
Sekarang kita lihat pulak jenama kenderaan manakah yang pusat servis mereka paling teruk. Pelanggan tak berapa nak rasa puas hati dengan pusat servis mereka sehingga markah yang mereka dapat adalah di bawah tahap purata.
Saya senaraikan bermula dengan yang paling teruk terlebih dahulu;
- Honda
- Proton
- Perodua
- Ford
Tudia!
Honda paling teruk dalam semua jenama kenderaan yang disenaraikan. Memang agak mengejutkan juga yang jenama Jepun tu teruk pusat servis mereka.
alau Proton teruk, masih tak mengejutkan sangat. Memang dah boleh jangkakan sebab ramai juga yang sering merungut dengan Pusat servis Proton ni.
Tapi Perodua juga teruk pusat servis mereka, lebih sikit dari Proton saja. Mungkin sebab jumlah kenderaan yang terlalu banyak membuatkan mereka tak ada kemampuan untuk tangani kerja dengan lancar dan mantap?
Ko pakai Toyota..tu yg bias dlm laporan ko tu..aku kata honda terbaik servisnya..sbb aku pakai honda...amacam?
ReplyDeleteHaha ! lawak. Bukan aku kata... Syarikat Global Market Research punya kajian. http://www.jdpower.com/press-releases/jd-power-2017-malaysia-customer-service-index-csi-study
Deletecamry punya kunci sebijik ikut nombor yang dia bagi tu reganya seribu lebih beb. Kat DIY Tukang cuma 380 je. teruk la beb
DeleteTak dapat dinafikan ada banyak juga kerja repair yang lebih murah jika dibuat diluar sebab jauh lebih murah berbanding di servis centre yg dlantik
DeleteHave been driving Honda for three years, feeling well about its service.
ReplyDeleteTelah memandu Honda selama tiga tahun, berasa selesa mengenai perkhidmatannya.
ReplyDelete