Baru-baru ini, negara Thailand pamerkan model Ford Ranger versi Raptor yang terbaru bakal dikeluarkan untuk pasaran. Ford Ranger versi Raptor yang dikhaskan untuk para peminat kenderaan lasak peringkat tinggi itu memang kelihatan amat mengancam bagi mereka yang sukakan kenderaan 4x4.
Kerja-kerja pengeluaran Ford Ranger Raptor itu memang dibuat di Thailand, jadi tak hairan jika ianya didedahkan kat negara tersebut baru-baru ini. Tapi samada Ford Ranger Raptor itu akan dibuat untuk pasaran Asia atau tidak, memang tak dapat dipastikan.
Yang jelasnya, mungkin mereka buat semua pemasangan kat Thailand dan kemudiannya hantar ke Amerika untuk jualan kat sana. Amerika memang punya ramai pengguna kenderaan lasak 4x4 dan Raptor merupakan salah satu kenderaan yang digemari kat sana.
Dibuat untuk pecut laju offroad
Menurut Ford, model tersebut bukan saja dibuat untuk buat kerja-kerja rencam kat offroad. Tapi juga dibuat untuk pecut laju di kawasan offroad. Maksudnya kalau nak bawa laju-laju di kawasan offroad dengan Ford Ranger Raptor tu memang sesuai sangat.Tapi kalau kat negara kita, kalau masuk dalam hutan, rasanya memang agak gila kalau nak pecut tekan minyak laju-laju kat dalam hutan tu. Kalau kat Amerika mungkin sesuai. Sebab kat sana depa ada lapangan offroad yang kosong tanpa hutan belantara macam kat negara kita.
Ford Ranger tu dilengkapi dengan Enjin Twin Turbo Diesel 2.0 yang kuat. Katanya model itu boleh dibawa laju macam motor cross!. Ianya lebih lebar dan besar dan memang nampak hebat sangat.
Bagi peminat 4x4 yang suka mekap gila-gila kenderaan mereka, kalau beli Ford Ranger Raptor ni rasanya tak payah nak buat apa-apa lagi penambahan.
Kos selenggara Ford Ranger agak mahal
Dari gossip-gossip internet para peminat Ford Ranger Raptor ini saya dapat tahu yang kemungkinan Ford Ranger Raptor ini akan ditawarkan di Thailand. Lepas itu akan juga ditawarkan kepada para peminatnya di Malaysia.Katanya orang ramai dah boleh buat tempahan kat Sime Darby Auto Connexion. Harganya pulak depa kata mungkin dalam lingkungan RM199K.
Memang harga yang agak tinggi untuk sebuah kenderaan 4x4. Jadi hanya khas untuk mereka yang memang ada banyak duit. Lagipun, dari maklumat pemakai kenderaan Ford Ranger kat Malaysia, saya dapat tahu kos selenggara kenderaan ni memang agak mahal.
Kalau tak berapa nak ada duit memang terasa sangat. Satu lagi masalahnya adalah kena tunggu lama untuk dapatkan spare parts. Itu antara rungutan yang saya dengar dari pemakai Ford. Sampai ada yang jual Ford Ranger dan tukar pakai Hilux saja.
Memang dari segi kos selenggaraan, Toyota Hilux adalah yang terbaik. Mudah dan cepat serta tak berapa nak mahal sangat. Saya sendiri dapat rasakan kos selenggara Toyota Hilux yang saya pakai adalah boleh diterima tanpa apa-apa masalah sangat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !