Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

12 February 2018

Ini model kenderaan yang paling banyak kena curi sepanjang tahun 2017

  Ano Nyme       12 February 2018



Sepanjang tahun 2017 yang lalu, agak-agaknya model kenderaan apa yang paling banyak dilaporkan hilang sebab orang curi?

Anda boleh dapatkan laporan tersebut dengan melihat jumlah tuntutan insuran yang berlaku sepanjang tahun 2017. Bila kenderaan hilang, buat laporan polis dan boleh proses untuk tuntut insuran.

Menurut PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia), sepanjang tahun 2017 yang lalu ada dua kenderaan paling top yang dilaporkan paling banyak hilang sebab orang curi. Salah satu dari model kenderaan yang pertama paling banyak orang curi tu mungkin dah boleh dijangkakan oleh orang yang tahu sebelum ini.

Toyota Hilux masih top dicuri

Tak lain dan tak bukan, kereta Toyota Hilux masih masuk dalam carta antara kenderaan yang paling suka orang curi. Sebanyak 537 Toyota Hilux dilaporkan hilang sepanjang tahun lepas 2017.

Dari dulu sampai sekarang, Hilux masih tetap menjadi kegemaran kumpulan orang jahat yang cari makan melalui menyusahkan hidup orang dan ambil hak manusia lain. Moga mereka mendapat balasan yang setimpalnya di dunia dan akhirat atas kecelaruan akal fikiran mereka itu.

Sebab apa orang curi Proton Wira

Kalau Toyota Hilux orang suka curi mungkin boleh diterima lagi dan ada alasan yang munasabah. Hilux adalah kenderaan lasak pelbagai guna dan terbukti amat boleh dipercayai selama ini dari dulu sampai sekarang.

Kalau ada kenderaan Hilux curi yang dijual dengan harga murah untuk para petani disudut tercorot hujung dunia, tentu ia mendapat sambutan menggalakkan. Beli kereta Hilux untuk buat kerja kasar, duk jauh-jauh dari orang lain, tak akan ada orang yang nak ambil peduli.

Tapi, bila dilihat laporan dari PIAM yang kereta Proton Wira jauh lebih banyak kena curi daripada Toyota Hilux, agak menarik dan agak pelik juga.

Sepanjang 2017, sejumlah 654 unit Proton Wira telah dilaporkan hilang. Jumlah itu lebih banyak berbanding Toyota Hilux.

Sebab apa agaknya pencuri sadarkan Wira untuk jadi bahan cari makan mereka ya? Tak boleh nak cari alasan yang munasabah. Kalau tanya pencuri kenderaan Proton Wira itu sendiri tentu mereka punya jawapan yang lebih bernas.

Wira masih banyak atas jalan

Saya suspek Proton Wira paling banyak orang curi, pertamanya mungkin sebab kenderaan itu antara yang paling mudah untuk dicuri. Agaknya itulah sebabnya kot? Kalau nak kata kereta Proton Wira paling mudah dijual dan digemari ramai agak sukar jugak nak hadam.

Takkan pencuri tibai Proton Wira untuk dihantar keluar ke Kemboja, Thailand atau Vietnam untuk dijual kot? Mesti kebanyakan Proton Wira yang dicuri masih ada kat dalam negara. Depa pelerai untuk jual spareparts agaknya.

Lagipun Proton Wira memang ada banyak sungguh kat atas jalan satu masa dahulu dan sampai sekarang masih ada lagi. Jadi spareparts tentu ada harga dan punya permintaan yang tinggi kat Malaysia.

Senarai model paling banyak dicuri

Selain dari Proton Wira dan Toyota Hilux yang memang suka dicuri, berikut adalah model kenderaan lain yang juga amat laris dicuri sepanjang tahun 2017 yang lalu berserta dengan jumlah yang dilaporkan hilang;

  • Perodua Kancil - 378
  • Proton Iswara - 340
  • Perodua MyVi - 290
  • Proton Waja - 231
  • Proton Saga - 214
  • Honda Civic - 133
  • Honda City - 119
  • Toyota Vios - 117
Jadi apa moral of the story dari semua maklumat kat atas tersebut?

Paling penting adalah pastikan kenderaan yang anda ada dilindungi oleh insuran. Itu yang paling penting yang boleh dipelajari dari maklumat kat atas itu. Satu lagi, jangan leka dengan kenderaan anda.

Walau macam manapun, jumlah kenderaan yang dilaporkan hilang tahun 2017 didapati telah menurun berbanding tahun sebelumnya sebanyak 23%. Agak banyak juga jumlah penurunannya itu. Mungkin pencuri agak letih kot tahun 2017 atau ada usaha pencegahan yang berkesan telah dilakukan oleh pihak berwajib dan orang lain yang terlibat dengan industri automotif.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Ini model kenderaan yang paling banyak kena curi sepanjang tahun 2017

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !