Pernah dengar jenama jam tangan MB&F ?
Mungkin tak pernah dengar macam saya juga. Hanya orang yang memang gila buat koleksi jam tangan pelik dan paling penting, ada duit lebihan yang melimpah ruah saja yang kenal jenama jam tangan MB&F ini.
Atau memang ramai orang kenal sebenarnya. Hanya saya saja yang ketinggalan baru nak tahu?
Jam tangan MB&F buatan Swiss
Tahun lepas, syarikat jam tangan pelik dan mahal ini hanya keluarkan sejumlah 245 unit jam tangan sahaja. Setiap unit jam tangan tersebut ambil masa selama 3 tahun untuk direka cipta. Dan setiap unit jam tangan itu juga mempunyai sebanyak 300 ke 600 komponen.Tudia! punyalah pelik!
Apa hal buat jam tangan dalam kuantiti yang sedikit sangat macam itu. Boleh ke nak hidup? Niaga apa benda macam tu?
Mungkin kalau jam tangan MB&F dijual dalam lingkungan harga RM1 ribu ke RM3 ribu, kuantiti macam itu bakal membuatkan kilang atau kedai jam tersebut gulung tikar. Bungkus lama dah kedai tu.
Tapi harga jam tangan MB&F memang boleh tahan! Satu unit jam tangan MB&F dijual dengan harga antara RM240 ribu ke RM1.2 juta seunit!!!.
Punyalah mahal! melebihi harga sebuah rumah kat negara kita. Hanya untuk memiliki sebuah jam tangan terpaksa keluarkan duit dengan julah tersebut memang tak boleh nak diceritakan pada orang-orang susah kat negara kita.
Tapi saya tahu memang ada orang yang ada terlalu banyak duit yang harga jam tangan sebegitu adalah biasa sahaja bagi mereka.
Sejarah jam tangan MB&F
Asalnya jenama jam tangan MB&F di asaskan oleh seorang jurutera dalam bidang Micro Technology. Namanya MAXIMILIAN BÜSSER.Selepas dia tamat belajar dalam jurusan yang dipilihnya itu di Laussane sampai ke peringkat Master, dia kerja dengan syarikat jam tangan mewah yang dah terkenal Jaeger-LeCoultre. Kat situ dia kekal selama 7 tahun dalam pengurusan kanan syarikat.
Selepas itu dia dilantik sebagai Pengarah Urusan di syarikat Harry Winston Rare Timepieces pada tahun 1998. Masa itu dia baru berumur 31 tahun. Dan pada tahun 2005 dia buka syarikatnya sendiri yang dinamakan sebagai "Maximilian Busser and Friends". Biasanya nama itu dipendekkan kepada MB&F
Kenapa MB&F mahal sangat. Setakat nak tengok waktu sahaja, boleh tengok kat smart phone kita. Beli jam tangan murah terkini jauh lebih bagus lagi rasanya. Boleh check denyutan jantung, boleh kira berapa tapak perjalanan kaki lengkah dan boleh buat macam-macam benda ajaib lagi. Tak lah mahal sangat.
Untuk lawan semua tawaran jam tangan moden digital yang jauh lebih canggih fungsinya itu, MB&F anggap bahawa mereka bukan sekadar buat jam tangan. Tetapi lebih kepada menghasilkan barang kesenian atau mesin yang dipenuhi dengan seni halus untuk dipakaikan pada lengan. Dan seni halus itu boleh mengira waktu juga untuk pemakainya.
Dan satu lagi perkara yang anda boleh dapat dengan menjadi pemilik jam tangan MB&F adalah status. Semua pemilik jam tangan tersebut akan dihubungkan dengan sesama mereka yang sudah tentu pakat kaya-kaya belaka. Bertambahlah networking dan urusan perniagaan mereka nampaknya.
Sebab itu jam tangan MB&F mahal nak mampuih!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !