Kat Malaysia sebelum ini, memang tak pernah lagi dengar ada orang yang terlanggar tiang atau tangga batu, sebab terkejut tengok lipas kat dalam kereta ketika sedang memandu.
Mungkin pernah berlaku tapi tidak dilaporkan. Sebab kat negara kita juga memang ada orang yang amat 'Fobia' dengan lipas. Baik lelaki atau perempuan, memang ada jenis yang punya penyakit jiwa dipanggil sebagai Entomophobia.
Saya kenal ramai juga orang yang memang ada masalah Entomophobia ni. Ada kawan lelaki yang kerja jurutera, seorang yang lasak, tapi terus lembek apabila tengok lipas. Dia memang tak tahan dan memang tak boleh nak kawal perasaan itu setiap kali terserempak dengan lipas.
Langgar jambatan terkejut lipas dalam kereta
Baru-baru ini, di negara jiran kita, Singapura, seorang wanita berumur 61 tahun terus terbabas keretanya. Kereta yang dia sedang pandu itu terlangar tangga jambatan lintas habis remuk bahagian depan keretanya.Dia sebenarnya terkejut apabila melihat lipas ada dalam kenderaan yang sedang dipandunya itu.
Itulah bahana yang bakal berlaku pada orang yang memang ada masalah takut dengan kelibat lipas, terserempak dengan lipas ketika memandu. Walaupun nampak macam satu isu kecik, tapi sebenarnya, ia mengndang bayaya kemalangan nyawa.
Nasib baik tidak berlaku apa-apa kecederaan yang teruk pada pemandu wanita tersebut. Hanya sedikit cedera saja. Yang teruknya hanyalah kereta. Nak kena baiki le pulak. Semuanya hanya disebabkan lipas yang kecil tu.
Sumber berita dari sini
Elakkan lipas dari dalam kereta
Menurut laporan dari syarikat pest control di Singapura, setiap tahun pasti ada saja panggilan dan pertanyaan dari pengguna yang hadapi masalah lipas di dalam kereta. Dari 100 panggilan tentang masalah serangga perosak, 5 ke 10 panggilan adalah disebabkan masalah lipas dalam kereta.Kat negara kita juga sudah tentu ada masalah yang sama juga. Tentu ada lipas dalam kereta pengguna jalanraya di negara kita. Saya tak pasti bagaimana orang ramai kat negara kita selesaikan masalah lipas kat dalam kereta mereka. Samada mereka dapatkan khidmat pest control profesional atau mereka selesaikannya sendiri.
Kalau nak jimatkan duit, sudah tentu orang akan buat sendiri untuk selesaikan masalah lipas dari dalam kenderaan mereka. Dan jalan paling baik ada dengan mengelakkan terus lipas dari masuk ke dalam kenderaan anda.
Bagaimana nak buat?
Saya berikan beberapa panduan mudah yang anda boleh amalkan bagi kawalan lipas di dalam kereta anda.
- Elak makan dalam kereta - Ini paling asas. Di mana ada makanan, disitu ada peluang untuk lipas boleh hidup. Kalau lansung tak ada makanan dalam kereta hatta habuk makanan, maka lipaspun tak hingin nak duduk kat dalam kereta anda.
- Sentiasa kemas kereta - Jika anda jenis berdisiplin cuci kereta luar dan dalam dua minggu sekali, memang bagus. Kalau tidak rajin, pastikan anda ubah sikap buruk begitu jika anda jenis takut lipas. Kemas dan bersihkan kereta serta buang benda atau apa saja yang tak perlu keluar dari kereta anda.
- Elak parkit kawasan sampah dan longkang kotor - Elak terus dari letakkan kenderaan anda di persekitaran yang biasanya memang ada lipas. Kat tempat buang sampah anda waktu siang mungkin anda lihat macam tak ada lipas. Tapi waktu malam lain pula ceritanya. Jadi elak terus parkir di tempat sedemikian.
- Pasang perangkap bergam - kalau memang ada lipas kat dalam kereta tu, terbaiknya letakkan perangkap lipas yang ada gam. Biat dia melekat kat situ dan kemudiannya buang. Berhati-hati guna aerosol sebab ianya mudah terbakar. Lagipun racun terperangkap dalam kereta anda tu memang tak bagus.
- Daun pandan tak membantu - mungkin anda pernah dengar petua untuk masukkan daun pandan dalam kereta supaya lipas belah. Tapi ianya tak berkesan sebenarnya. Kalau nakkan bau wangi pandan dalam kereta boleh, tapi jangan harap masalah lipas anda akan selesai.
Kalau nak panggil syarikat pest control pun boleh. Malah jika anda ada masalah lipas kat rumah, segeralah dapatkan khidmat syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah. Anda boleh gunakan syarikat Easelife Services Sdn Bhd yang berpengalaman luas dalam industri pest control sejak 1998.
"Hubungi Puan Siti dengan WhatsApp atau telefon di nombor 012-2067357 untuk sebarang pertanyaan tentang masalah lipas yang mengangu premis tempat tinggal anda."
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !