Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 March 2018

Mercedes X-Class dah mewah dimewahkan lagi oleh Carlex Design

  Ano Nyme       24 March 2018



Sejak Mercedes X-Class dikeluarkan oleh jenama kereta mewah tu, banyak pula  cerita pasal cerita pikap mewah. Toyota Hilux pun tak mahu ketinggalan untuk masuk sebelah kaki ke dalam versi pikap double cap versi mewah.



Rasanya mereka dah buat kajian tentang wujudnya pasaran kenderaan lasak jenis 4x4 pikap double cap mewah tu. Atau dah tak tahu macam mana nak bezakan lagi tawaran sesama pembuat kenderaan untuk pujuk orang belanja duit mereka yang lebih buat membeli benda yang tak diperlukan sangat.


Mercedes X-Class tambah mewah

Mercedes X-Class ni katanya kenderaan pertama versi double cab 4x4 pikap dalam kategori mewah. Dibuat memang untuk pasaran orang berada dan memang tak ada harapan orang yang tak ada duit untuk beli sebuahpun.

Kalau dilihatkan rupa bentuk asal Mercedes X-Class yang dibuat adalah seperti kat bawah ini:



Tapi nampaknya masih tak cukup mewah dan mengancam. Untuk jadikan Mercedes X-Class ni nampak lebih mewah lagi, Carlex Design dengan kerjasama Pickup Design reka pulak versi terlajak mewah dalam dua versi.

  • Versi OffRoad - Ini versi khas lasak dalam lapangan yang mencabar. Tinggi di lebihkan sikit ke atas dan tayar memang jenis gabai yang boleh cengkap keadaan jalan yang tak keras.
  • Versi Urban - Ini pulak versi kampung dan tak berapa lasak sangat. Ertinya bukan versi bawa dalam bandar yang kebiasannya jalanraya semua elok.


Siapa nak pakai Mercedes X-Class

Siapa agaknya yang nak pakai Mercedes X-Class ini. Kalau nak ikut contoh drama pukul 7 petang, orang-orang kaya dalam drama tu memang tak reti pakai kenderaan macam tu pun.

Walaupun dalam drama orang kaya tu adalah kontraktor, dia hanya pakai kereta mewah sedan jenis orang bandar dan lebih banyak bawa file beg kulit dan duduk dalam pejabat diskus pasal startegi nak pikap atau rampas perempuan cantik.



Kalau kontraktor cari makan dengan buat kerja kontrak, kalau banyak duitpun tentu tak akan beli dan pakai Mercedes X-Class untuk dijadikan kenderaan cari makannya. Tapi kalau kontraktor kroni U*NO yang dapat konrak kelas A kemudian totol sub, mungkin akan pakai sebab dia hanya melaram sebab senang buat untung tak payah buat kerja dan tak payah pandai menguruskan projekpun.

Kita tengoklah nanti anak orang kaya mana pulak yang akan melaram kenderaan pikap 4x4 Mercedes X-Class ini. Untuk yang tak ada duit macam saya, sekadar tengok dan menikmati keindahannya dah mencukupi.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Mercedes X-Class dah mewah dimewahkan lagi oleh Carlex Design

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !