Biasa tak jumpa orang Melayu yang jenis cakap orang putih setiap kali marah. Kalau dia sembur dalam Bahasa Inggeris tu, tandanya sedang dok marah lah. Jangan nak lawan masa macam itu.
Bagi orang Melayu yang boleh cakap orang putih, biasanya orang Melayu kat bandar lah, bila dia marah terus speaking London. Samada broken atau tidak itu tak jadi masalah. Yang pentingnya, dia akan lempiaskan kemarahannya dalam Bahasa Inggeris yang bukan Bahasa Ibundanya.
Kalau orang Melayu kat Kampung, sesama kawan-kawan kampung yang memang buta bahasa orang putih, mungkin tak jadi macam tu. Tak akan rasa puas marah dalam BI, kat kawan kampung yang diketahui haprak teruk bahasa itu dan lansung tak faham.
Tapi kadang-kadang, akan keluar juga makian dalam bahasa inggeris bila melatah, atau marah sangat. Itu biasanya keluar dari kawan-kawan yang faham Bahasa Inggeris lah.
Persoalannya kenapa jadi macam itu?
Cakap Orang Putih bila marah
Kenapa agaknya orang yang reti cakap orang putih, bila marah dia akan mula speaking? Kalau nak tahu, kenalah tanya kat mereka yang biasa berkelakuan sedemikian.Saya sendiri sekali sekala akan cakap orang putih juga bila marah. "Bladi hell!, stupid!, basted!, fak u!, ..." itu hanya contoh perkataan yang boleh keluar. Kalau marah sangat akan keluar makian orang putih yang dah dimelayukan tu.
Satu lagi, bila nak explain kat kawan yang menaikkan kemarahan kita. Akan keluar juga bahasa inggeris. Rasa tak puas kalau diterangkan dalam bahasa Malaysia. Mungkin disebabkan rasa ;ebih tepat penerangan jika dibuat dalam bahasa inggeris.
Satu lagi mungkin disebabkan faktor tidak mahu kelihatan atau kedengaran kasar jika diterangkan dalam Bahasa Inggeris. Ada kalanya, bila memberikan penerangan pada orang dalam keadaan marah, guna Bahasa Malaysia terasa akan jadi kasar bila bercampur baur dengan emosi.
Tapi bila diterangkan dalam Bahasa Inggeris, rasional akan datang kembali dan tak terbawa-bawa dengan perasaan marah yang mencetuskan emosi negatif.
Guna bahasa ke-2 lebih rasional
Dalam kajian yang anda boleh rujuk kat sini, orang yang bercakap menggunakan Bahasa Ke-2 dan bukan Bahasa Ibunda didapati lebih rasional. Otaknya akan terhindar dari terbawa-bawa oleh emosi kalau bertutur dalam bahasa ke-2Tapi bila bertutur dalam bahasa ibunda, emosi akan lebih menguasai keadaan orang yang bercakap itu.
Mungkin itulah sebabnya bila saya nak kawal kemarahan, maka secara automatik, bahasa inggeris akan digunakan. Memang terasa kelainannya. Pemikiran terasa lebih rasional dan dapat kawal keadaan walaupun marah.
Hilang takut hantu guna bahasa ke-2
Dari pengalaman duduk kat luar negara selama 5 tahun juga membuktikan kajian yang saya berikan pautan tadi.Masa duduk kat luar negara, terpaksa bertutut dalam Bahasa Asing, duduk dan bercampur dengan orang asing, rasa takut pada hantu terus hilang. Kepercayaan pada tahyul juga hilang. Tak kisah lalu kat tepi hutang dekat perdu pokok durian puaka atau apa saja, tak rasa takut lagi.
Tapi bila duduk kat kampung lama-lama dan lupakan bahasa asing, ketakutan pada cerita tahyul sekali sekala datang semula walaupun berjaya di kawal.
Jadi, kalau anda jenis yang percaya sangat cerita tahyul, takut sangat dengan hantu dan sebagainya, elok kuasai Bahasa Ke-2 dan mula bertutur dalam Bahasa tersebut secara rutin. Insyaallah akan hilang rasa takut itu dan otak anda akan kembali jadi rasional.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !