Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 March 2018

Tak bagus tidur waktu malam dengan lampu terbuka dalam bilik anda, ini sebabnya..

  Ano Nyme       14 March 2018



Macam mana anda tidur selama ini? Adakah dalam keadaan lampu terbuka terang atau dalam keadaan lampu ditutup gelap?.

Ada orang tak boleh tidur kalau lampu terbuka terang.

Saya jenis yang macam itu. Kalau dah tertidur, tiba-tiba ada orang buka lampu bilik terang, terus akan tersedar dan terjaga. Kalau merepek meracau pelik ketika sedang tidur, orang rumah hanya perlu bangun dan buka lampu bilik terang benderang.

Sebaik saja lampu terbuka, saya akan terus tersedar. Lega bila tersedar dari tidur dalam keadaan lumpuh tak boleh bergerak kaku. Orang kata kena tindih hantu. Betul atau tidak, yang pastinya, hantu terus lari sebaik saja lampu dibuka.

Kesan lampu pada emosi anda

Dalam satu kajian yang dijalankan baru-baru ini terhadap orang Jepun, mandapati ada kaitan rapat antara emosi kemurungan di siang hari dengan keadaan bilik tidur yang cerah dibuka lampu.

Tak payah ada cahaya yang terang sangat dalam bilik tidur tu. Cukup dengan cahaya yang sedikit sahaja dah mampu berikan kesan kemurungan pada orang yang tidur. Semakin terang, maka semakin murung anda di siang hari nanti.

Mungkin anda tak perasan kot selama ini kenapa tak pasal-pasal bangun pagi saja dah ada rasa macam 'Bad Modd'. Orang kita biasa kata datang 'angin tak baik'. Tiba-tiba jadi macam itu tanpa dikesan datang dari mana.

Selepas ini, cuba perhatikan bila angin tak baik tu datang, barangkali masa tidur semalam ada lampu terang terbuka lama. Mungkin itulah puncanya.

Kesan sedikit saja dah cukup

Dalam kajian, jumlah lampu yang dikenakan pada subjek adalah dalam jumlah lebih sedikit dari 5 Lux sahaja. Dengan cahaya yang sedikit itu, didedahkan pada orang yang tidur, risiko meningkatnya rasa kemurungan naik hingga 60% ke 65%.

Ukuran 1 Lux adalah bersamaan dengan cahaya lilin yang diletakkan dalam jarak 1 meter jauh. Biasanya lampu bilik tidur yang orang biasa pakai punya cahaya sebanyak 50 Lux. Kalau cahaya matahari kat luar pulak adalah dalam jumlah 10 ribu ke 25 ribu Lux.

Samad aanda dah biasa tidur dengan lampu terang atau tidak, nampaknya selepas ini cuba biasakan diri gelapkan bilik tidur tu masa nak tidur. Jimat eletrik dan esok bangun tak ada lagi Bad Mood !

Sumber maklumat Kat Sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tak bagus tidur waktu malam dengan lampu terbuka dalam bilik anda, ini sebabnya..

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !