Kalau anda salah seorang Haters Toyota Hilux, terima saja hakikat yang Toyota Hilux memang sangat laris di negara. Kalau kat Australia, Toyota Hilux jadi kenderaan nombor satu paling banyak dijual kat sana.
Dah dua tahun berturut-turut Toyota Hilux duduk tempat pertama sebagai kenderaan paling banyak terjual di Australia. Dari segi keseluruhan, jenama Toyota duduk tempat pertama sebagai jenama paling tinggi dijual selama 15 tahun berturut-turut.
Walau macam manapun, kedudukan Hilux kat Australia sekarang sedang digugat oleh Ford Ranger. Terutamanya dalam kategori 4x4. Jumlah jualan Ford Ranger lebih banyak dijual berbanding Toyota Hilux untuk versi 4x4 kat sana.
Kemunculan 4x4 versi mewah dalam pasaran
Semenjak akhir-akhir ini nampaknya macam ada percubaan untuk kuasai kenderaan 4x4 duoble cab versi mewah dalam pasaran.Paling menarik yang masuk dalam pasaran sekarang adalah Mercedes-Benz X-Class. Katanya Mercedes-Benz X-Class ini merupakan kenderaan pickup mewah pertama dunia.
Sebelum ini mungkin kenderaan pickup mewah yang ada kat pasaran dapat kat VW Amarok. Tapi dengan keluarnya Mercedes-Benz X-Class, habis tenggelam lah VW Amarok rasanya.
Mungkin sebab itu juga Toyota Hilux tak mahu ketinggalan untuk cuba nasib masuk ke dalam pasaran kenderaan pickup mewah. Manalah tahu kalau-kalau ada pasarannya kat negara kita. Mesti ada juga orang banyak duit terlebih yang nak beli pickup double cab versi mewah ni.
Toyota Hilux versi mewah
Baru-baru ini UMW Toyota Motor lancarkan kenderaan Toyota Hilux L-Edition. Edisi L tu memberi maksud Luxury dalam bahasa inggeris. Mewah lah maknanya tu.Tapi apa yang mewah sangat sebenarnya?
Saya tengok tak ada apa-apa sangat yang menarik. Dari segi rupa bentuk lebih kurang saja. Dari segi power pun tak ada beza sangat. Mungkin ada la beberapa gajet tambahan yang diberi kat dalam dan luar kenderaan tu. Lebih kepada perubahan Facelifted saja nampaknya.
Harga yang mereka tawarkan adalah:
- Untuk versi 2.4L AT 4×4 harganya dalam RM119,300 sebelum insuran
- Untuk versi 2.8L AT 4×4 pula harganya dalam RM133,900
Tapi yang agak menarik untuk Toyota Hilux versi mewah kali ini adalah muka depan nya yang diguna pakai berdasarkan model Toyota Tacoma. Itu saja ang nampak menarik sikit. Itupun rasanya Ford Ranger dah buat bentuk macam tu lama dah.
Apapun, terpulanglah samada nak beli atau tidak. Kalau baru nak beli pickup 4x4 dan nak pilih Toyota Hilux, mungkin boleh pertimbangkan versi mewah ini.
Beli spec yg biasa baru 115300, duit extra 4k boleh dapat sport rim n tayar lg cun. Huhu
ReplyDelete