Jam baru masuk pukul 10 pagi dan saya baru saja selesai sarapan kat rumah selepas habis jalan kaki keliling padang taman permainan depan rumah. Hari sabtu biasanya tak kalut sangat nak bersiap ke pejabat. Jadi tak perlu bergegas untuk pergi mandi dan bersiap.
Tiba-tiba telefon bimbit berdering kuat ! " Krinnnnnggggggggggggg... ! "
"Siapa pulak telefon pagi-pagi hari sabtu ni, tentu kawan nak ajak minum teh tarik kat kedai mamak ni", bisik hati sambil berjalan ke meja kopi untuk ambil telefon yang sedang bergetar kuat atas meja tu.
Saya ambil dan tengok nama yang muncul pada skrin telefon imbit tu. Terpampang nama Ismail Dakri kat situ. Itu kawan warga Pakistan yang dah lama saya kenal. Dia berhijrah tinggal ke Malaysia dah lebih 10 tahun.
Sebelum ini dia dan keluarganya tinggal di UK. Mereka dari keluarga Pakistan yang berhijrah ke UK ketika Afrika Selatan sedang kacau bilau dahulu. Bapak mereka bawa lari semua anak-anak dan isterinya ke UK.
Dan dah tentu sebelum berada di Afrika Selatan mereka tinggal kat Pakistan. Berhijrah untuk cari makan dan membina hidup baru kat sana tetapi terpaksa berhijrah dan berpindah lagi ke UK pulak bila keadaan tidak mengizinkan.
Di UK, bapak mereka berniaga sampai jadi kaya raya, multi million air. Bila bapak mereka meninggal kat UK, jumlah harta pusaka yang dibahagikan sesama keluarga mereka seramai 6 orang masih mampu menjadikan semua anak-anaknya multi million air jugak.
Ismail buat keputusan berhijrah duduk kat Malaysia bila kerajaan Malaysia tawarkan program 2nd Home kepada orang asing. Dia tak buang masa untuk beli hartanah. Sebuah banglo di kawasan mewah di Selangor.
Banglo berharga lebih dari RM2 juta tunai yang dia beli itu dirasakan amat murah baginya. Tak hairanlah jika dia anggap macam itu sebab dalam nilai Pound pun jumlah duit dalam akaunnya dan berjuta-juta.
Kenapa harga bunuh anai-anai mahal
Terkejut juga bila tengok Ismail telefon. Apa yang tak kena. Dah agak lama dia tak hubungi saya setelah rancangan kerjasama berniaga antara saya dengan dia gagal mendapat persefahaman.Sejak itu saya agak jarang berhubung dan berjumpa dengan dia. Masing-masing sibuk dengan urusan dan tak ada apa-apa keperluan sangat untuk pergi jumpa. Dia pulak bukan jenis melepak kedai mamak pekena teh tarik. Bukan budaya amalannya. Jadi saya tak pernah ajak dia minum.
Sebelum inipun, kalau berjumpa saya terpaksa pergi ke rumah banglo mewahnya itu. Dia lebih suka melepak kat rumah bersama keluarganya. Selain dari itu, semua urusan keluar rumahnya adalah urusan buat duit sahaja. Kalau lepak tak masyuk, dia malas nak layan.
"Assalamualaikom ! how are you.. !" Ismail mulakan dengan sapaan salam seperti biasa.
Dia berkomunikasi dengan saya dalam Bahasa Inggeris. Memang bahasa Malaysia habukpun dia tak reti. Tak ada keperluan untuk belajar dan cakap Melayu. Dia dapat jalani kehidupannya dengan baik tanpa sedikitpun masalah dengan berbahasa Inggeris. Itulah jawabnya bila saya tanya kenapa dia tak mahu belajar cakap Melayu.
" Are you still in pest control business.. ?", tanya Ismail lagi.
Sudah tentu saya jawab Ya!, walaupun saya ada buat beberapa bisnes lain lagi, bisnes pest control tak pernah saya tinggalkan. Semuanya dijaga baik oleh rakan bisnes yang menguruskan semua ursan perniagaan syarikat tersebut.
Rupa-rupanya dia nak tanya pasal harga bunuh anai-anai. Kenapa harga bunuh anai-anai mahal sangat. Dia ambil perkhidmatan bunuh anai-anai dari sebuah syarikat yang salesmannya adalah seorang jejaka berbangsa Cina.
" Why didn't you use my company.. ", sudah tentu itu soalan pertama saya. Kenapa yang dia pi ambil syarikat pest control orang lain yang dia tak kenal sedangkan dia tahu saya boleh selesaikan masalah anai-anai itu dengan harga yang berpatutan.
Rupanya dia hilang telefon dan nombor saya juga turut hilang. Kebetulan semalam dia jumpa seorang lagi kawan kami yang berikan nombor telefon saya padanya. Sebab itu dia terus telefon saya pagi-pagi sabtu itu.
Harga bunuh anai-anai memang mahal
Enah betul atau tidak dia hilang nombor saya lalu terpaksa ambil perkhidmatan bunuh anai-anai dari syarikat lain, saya tak pasti. Tapi boleh percaya juga sebab dia kata dia panik bila tengok anai-anai makan habis struk kayu kat dalam rumah banglo yang didudukinya itu. Dia perlu segera selesaikan masalah itu.Biasanya memang begitulah bila rumah orang kena makan anai-anai. memang panik. Bayangkan habis kabinet rebah dan kayu semua reput. Ketuk tiang kayu kat struktur rumah juga kedengaran kosong. Siapa tak takut jadi macam itu.
Bila saya dengar harga yang dia dapat dari Syarikat tersebut saya kata itu memang harganya. Malah dalam hati saya kata, mangkuk punya salesman Cina tu, kenapa dia campak harga murah macam itu pada sebuah banglo besar macam itu.
Kalau saya, memang tak akan ambil job bunuh anai-anai kat rumah besar macam itu dengan harga yang terlalu murah sebegitu. Memang saya ahu Ismail memang kedekut taik hidung masin. Dalam bab duit dia amat berkira dan teramat terperinci. Itu antara faktor besar kenapa rancangan bisnes antara saya dengan dia tak jadi.
Bila dia terangkan pekerja syarikat itu datang dan buat kerja tak sampai satu jam kat rumah dia, saya faham kenapa dia dapat harga murah sangat. Mereka gunakan pendekatan Umpan Anai-anai untuk bunuh serangan anai-anai kat rumah tersebut. Dan hanya satu atau dua umpan saja yang dipasang. Saya syak dia hanya buat kat tempat yang banyak kena serangan anai-anai tu saja. Kat tempat lain dan cadangan pencegahan tidak ditawarkan pada Ismail.
Padanlah dengan ismal yang tak reti dan tak faham macam mana nak selesaikan masalah anai-anai. Yang dia tahu nak semua benda murah saja walaupun dia duit banyak berjuta-juta Pound.
Harga mahal sebab ianya pakej
Saya terangkan pada Ismail bahawa semua kos yang dah dimasukkan dalam harga bunuh anai-anai itu adalah satu pakej. Ianya termasuk kerja ulang alik selamat sekurang-kurang seminggu sekali dalam tempoh dua bulan.Kemudian jika anai-anai dah mati habis, jaminan sekurang-kurangnya setahun diberikan bermula sejak tempoh umpan anai-anai itu dipasang. Jadi, jika dalam tempoh setahun itu, jika ada serangan anai-anai kat tempat manapun dalam rumah banglo itu, mereka akan datang dan selesaikan masalah tersebut.
Lagipun, kos umpan itu bukanlah murah. Kalau anda beli kat internet untuk pasang sendiri, kalau anda tahu pasang, bukannya murah 10 atau 20 ringgit. Malah dalam lingkungan seratsu juga harganya. Memang murah kalau anda boleh buat sendiri. Semua benda macam itu, murah kalau anda mampu buat sendiri. Pergi saja ke kedai beli bahan yang diperlukan dan balik usahakan sendiri.
Jadi, kos buat kerja, kos bahan kerja, kos jaminan, kos logistik, kos pekerja dan lain-lain lagi seumpamanya membuatkan harga bunuh anai-anai yang dilakukan oleh syarikat pest control jadi mahal.
Apa yang anda dapat jika syarikat pest control selesaikan masalah itu adalah ketenangan jiwa sebab anda tahu orang yang betul telah diamanahkan untuk selesaikan semua urusan kerja tersebut untuk anda.
Jadi begitulah ceritanya. Punyalah panjang untuk saya kongsikan pada anda kat sini.
Jika anda perlukan khidmat bunuh anai-anai dengan berkesan dan dijamin selama setahun atau lebih, boleh gunakan khidmat syarikat saya, Easelife Services Sdn Bhd. Kami dah beroperasi sejak tahun 1998 dan berlesen serta bertauliah penuh untuk menjalankan khidmat pest control di Malaysia.
"Hubungi kami untuk bunuh anai-anai dengan menggunakan umpan. Call Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut. Jangan risau, harga adalah berbaloi khas untuk pelanggan yang tidak kedekut seperti Ismail kat atas itu."
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !