Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

06 April 2018

Demam panas PRU14 dah bermula - Najib umum bubar Parlimen bermula 7 April 2018

  Ano Nyme       06 April 2018



Yeaaaaa! Akhirnya, yang ditunggu sekian lama dah datang menjelma!

Tadi baru diumumkan yang Parlimen dibubarkan berkuat kuasa pada esok 7 April 2018. Sebelum cergas buat kerja untuk lawan dalam pertandingan paling hebat sejak aku dilahirkan duu sampai sekarang, elok ikuti saranan yang baik dari portal Astro Awani.

Saranan untuk ambil kesempatan yang ada ini mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ahli parlimen yang telah laksanakan kerja mereka selama kerajaan berkuat kuasa selepas PRU13 yang lalu.

Terima kasih hanya pada mereka yang buat kerja dan laksanakan tanggung jawab sahaja. Bagi yang tak buat kerja, terutamanya yang paling kerap ponteng persidangan parlimen tak payah nak ucapkan terima kasih sebab mereka makan gaji buta.

Juga terima kasih bagi mereka yang sentiasa lawan apa saja pembentangan di parlimen yang menyusahkan rakyat. Pada yang sokong segala pembentangan yang tidak memihak pada rakyat tak payah nak ucapkan terima kasih.

Bagi yang tidak berfungsi, tidak menguntungkan rakyat, amda berpeluang untuk hukum mereka pada hari mengundi di PRU14 nanti. Jangan kasi muka pada mereka. Turunkan dari kuasa, turunkan perwakilan keluar dari mereka dan berikan pada orang lain yang lebih layak.

PPBM dibubar dahulu sebelum Parlimen

Yang agak menyedihkan adalah usaha menghapuskan kewujudan PPBM sehari sebelum pembubaran parlimen di buat. Ertinya pihak yang berkuasa telah kerah segala kuasa yang ada pada mereka untuk pastikan kekuatan pihak lawan ada di tahap yang paling lemah yang boleh.

Komen dari penasihat kerajaan, Rais Yatim, tindakan ROS gantung kewujudan PPBM adalah seumpama sembeleh Demokrasi di negara kita.

Ya! boleh dipersetujui dengan pendapat penasihat kerajaan itu jika dipertimbangkan secara menyeluruh dan bijaksana.

Boleh dipercayai bahawa ROS tentu ada alasan yang amat kukuh berlandaskan perlembagaan dan undang-undang, untuk membubarkan pendaftaran mana-mana pertubuhan di bawah kuasa mereka.

Tapi semua undang-undang dan keputusan muktamad tentu boleh diambil kira kesesuaian dan budi bicara pihak yang berkuasa. Ia mesti dipertimbangkan terlebih dahulu adakah ia melibatkan kepentingan umum. Adakah ianya merosakkan lebih daripada mengelokkan.

Pertimbangannya nampak berat sebelah. UMNO ada masalah dengan pendaftaran juga yang nampaknya tak ikut perlembagaan parti mereka sendiri. tapi ROS boleh berikan pertimbangan budi bicara untuk pejam mata sehingga mereka selesaikan semua masalah itu.

Jadi tak berapa nak kena bila kita lihat tindakan ROS yang brutal terhadap PPBM dan amat lunak dengan UMNO.

Hikmah PPBM kena gantung

Tapi kesan dari tindakan membuli PPBM nampaknya tidak berapa nak menjadi sangat keburukannya. Pembubaran itu hanya membuatkan kerjasama sesama pihak Pakatan Harapan lebih ketara dan harmoni.

Mereka dah bersedia untuk lawan dengan menggunakan hanya satu logo parti saja. Pengorbanan parti lain seperti DAP dan Amanah (Amanah nampak macam tak bermaya) perlu diberikan pujian. Semangat kerjasama dan tolak ansur itu yang diperlukan oleh Malaysia demi membentuk sebuah negara yang hebat.

Tiga Calon Perdana Menteri

Bermula dari esok, sah akan ada hanya 3 calon perdana Menteri Malaysia selepas tamatnya PRU14 nanti. Anda tentu tahu mana satu jadi pilihan hati,
  • Najib Razak
  • Mahathir Mohammad
  • Abd Hadi Awang
Akan ada lawan 3 penjuru di banyak tempat dalam PRU14 nanti. PAS nampaknya yakin mereka akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia. Kalau mereka tak berjaya menang lebih dari separuh kerusi parlimen yang ada, mereka yakin akan menang banyak yang boleh membantu menjadikan mereka Parti Penentu.

Tapi kalau silap haribulan, mereka mungkin akan menang hanya 2 atau 3 kerusi saja. Impian untuk jadi Parti Penentu akan bertukar menjadi Parti Pak Pandir. Aku harap pak pandirlah yang akan jadi pada Parti Retorik Teologi itu.

Anda pilih siapa nak jadi PM... ?

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Demam panas PRU14 dah bermula - Najib umum bubar Parlimen bermula 7 April 2018

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Tak lebih dan tak kurang. Apa yg Tun M dpt sekarang adalah apa yg dia pernah buat pd orang lain dulu. Semoga jadi iktibar

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !