Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 April 2018

Mana lebih bahaya, naik bas, naik keretapi atau naik kereta? Fakta statistik

  Ano Nyme       16 April 2018



Ini satu fakta statistik. Mana agaknya yang lebih merbahaya, mampu membawa maut, antara naik bas, naik keretapi atau naik kereta?

Orang yang buat kajian kebarangkalian berlakunya kemalangan maut untuk setiap individu ini menggunakan data statistik daripada kes-kes tuntutan insuran. Ertinya mereka gunakan data kejadian sebelum ini untuk mendapat gambaran kemungkinan berlaku atau tidak berlaku sesuatu kejadian.

Sebelum saya lanjutkan lagi posting ini, suka diingatkan bahawa ini adalah data statistik berdasarkan segala kejadian yang sudah-sudah. Macam itulah manusia membuat andaian untuk bergerak kehadapan. Macam itulah manusia belajar dari sejarah.

Kebarangkalian berdasar data statistik

Kenapa saya tekankan maklumat itu?

Sebab ada sekali seorang pembaca kat artikel yang lalu bertajuk, Kenapa makan cepat boleh buat anda mati cepat, komen macam marah dengan soalannya berbunyi begini;

" ada Tuhan bagi tau ke Dia matikan satu orang tu sebab dia makan cepat????????????? "

Dia terus loncat marah bila saya paparkan kajian saintis terhadap kesan makan cepat kepada jangka hayat seseorang manusia. Dituduhnya saya percaya pada sesuatu yang tak logik yang tak boleh disebut dan difikirkan. Baginya itu semua kerja Tuhan.

Mungkin memang macam itu yang dia percaya, tak perlu belajar dari apa yang berlaku sekeliling dan hanya ikut saja naluri kebinatangan yang ada dalam diri manusia tanpa perlu menggunakan akal berfikir dan mempelajari kejadian yang telah Tuhan jadikan.

Memang saya tak marah pada dia. Dah lama saya tahu yang semakin tebal pendidikan teologi seseorang itu, semakin nipis keupayaan mereka menggunakan rasional kritis keupayaan akal. Sebab itu golongan itu sesekali tidak akan menentang pendapat guru mereka dengan andaian guru lebih berkemungkinan tidak salah berbanding mereka.

Bukan nak agungkan saintis. Tak hebat pun saintis. Malah salah satu konsep ahli saintis yang saya suka adalah memberikan ruang sebebasnya untuk siapa saja orang lain saintis atau tidak untuk mempersoalkan pendapat dan kajian mereka.

Kebenaran tidak perlu takut untuk dicabar. Kalau ia benar, tiada sesiapa yang akan mampu mencabarnya. Kalau ia boleh dicabar dipatahkan dengan bukti dan hujah yang meyakinkan, maka sudan tentu ianya bukanlah kebenaran.

Kalau ada bukti yang jauh lebih betul, tidak ada halangan untuk semua tinggalkan pendapat yang lalu. Itu tanda betapa mereka perakui kelemahan. Dan juga tanda betapa mereka yakin anyak yang mereka masih tak tahu.

Semua orang yang percaya kepada Allah yang Esa tahu dan berpegang teguh bahawa hakikat segala kejadian adalah bergantung secara mutlak kepada Penciptanya, iaitu Allah.

Apa yang bakal berlaku di masa yang akan datang tiada siapa yang tahu kecuali Allah.

Itu pasti dan benar sungguh-sungguh. Tapi itu tidak menafikan keperluan untuk belajar apa yang dah berlaku di masa lalu untuk membuat jangkaan apa yang bakal berlaku di masa yang akan datang.

Sebab itu pengkaji gunakan konsep kebarangkalian.

Kebarangkalian anda akan mati

Sebagai contoh, kebarangkalian bahawa seorang manusia itu akan mati adalah 1:1, ertinya setiap manusia yang anda jumpa, kemungkinan yang dia akan mati adalah 100%!. Itu saintis punya rumusan.

Sebab tak ada lagi contoh manusia yang mereka perhatikan selama ini yang masih hidup. Mereka belajar dari data lama dan buat andaian kebarangkalian.

Tak bertentangan pun dengan apa yang di sebutkan dalam Al-Quran.

"Setiap yang berjiwa (nyawa) akan merasakan mati" - Al-'Imran

Ada lagi beberapa ayat lain dalam Al-Quran yang ulangi perkara yang sama pasal mati yang bakal menemui setiap insan.

Kebarangkalian mati duduk dalam bas

Sekarang kita tengok pula tajuk asal yang saya tulis kat atas tu. Mati memang dah pasti. Kita zoom lagi kepada mati sebab apa. Tengok data yang lalu dan buat jangkaan.

Berapa kebarangkalian untuk anda mati ketika duduk dalam bas?

Dari maklumat statistik tuntutan insuran yang mereka buat kajian, didapati kebarangkaliannya adalah 1:79815. Ertinya agak nipis la jugak. Kalau anda naik bas sebanyak 79,815 kali, ada kemungkinan anda akan mati eksiden kat dalam bas tu.

Bagaimana pulak dengan naik keretapi?

Kemungkinannya adalah 1:172,1414. Nampaknya naik keretapi lebih selamat dari naik bas. Dan jika anda naik kereta pulak, kebarangkalian kemalangan membawa maut adalah 1:470. Kereta jauh lebih bahaya dari bas.

Kemungkian maut dengan kejadian

Semua data yang saya berikan kat atas itu adalah kajian kemungkinan anda menemui maut berdasarkan aktiviti atau kejadian. Ianya satu kajian yang amat menarik yang ada banyak juga amat mengejutkan.

Mengejutkan sebab tak sama dengan apa yang kita sangkakan selama ini.

Contohnya seperti data anda akan mati sebab jatuh tangga rumah atau bangunan adalah lebih tinggi daripada kemungkinan anda akan mati sebadb jatuh tangga galah (atau tangga bergerak).

Walau macam manapun, semua itu adalah kajian dari barat yang saya ambil kat sini. Tak ada pulak pernah saya jumpa kajian yang sama, kat negara kita. Mungkin ada tapi tidak diwar-warkan, entahlah. Pergilah baca tengok. Menarik sebenarnya data-data yang diberikan kat situ.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Mana lebih bahaya, naik bas, naik keretapi atau naik kereta? Fakta statistik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !