Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 April 2018

PRU 14 P44 : Peniaga di Uptown Bandar Perda tempelak PAS Permatang Pauh

  Ano Nyme       16 April 2018



Ini satu perkembangan yang agak menarik berlaku di sekitar kawasan Permatang Pauh. Aku baca posting yang dikongsikan kawan dalam grup whatsapp kampung pasal peniaga Uptown. Ada salah seorang peniaga di situ yang menghamput dan mengherdik pimpinan PAS di Permatang pauh.

Bila aku semak dalam wall FB kawan-kawan yang berniaga kat Uptown Bandar Perda tu, nampak jelas siapa yang buat posting tersebut. Kawan-kawan dia yang sama berniaga kat Uptown Bandar Perda juga nampaknya bersetuju dan ada yang kongsikan posting marah kat PAS Permatang Pauh tu.

PAS Permatang Pauh muka tak malu

Berikut aku kongsikan kat bawah ini apa yang peniaga kat Bandar Perda tu tulis di wallnya kat FB,

PAS PERMATANG PAUH MUKA TAK MALU DATANG RAYU UNDI DI UPTOWN BANDAR PERDA.

Dua malam lepas katanya bakal calon Pas di Permatang Pauh dengan muka tak malunya datang merayu undi kepada peniaga2 di Uptown Bandar Perda.

Kenapa saya katakan Pas Permatang Pauh muka tak malu?

Kerana sewaktu kami berjuang mempertahankan Uptown Bandar Perda dulu muka mereka bukan saja tidak nampak malah Yusni Mat Piah yang ketika itu menjadi ketua pemuda Pas berkata

"Ini tidak menguntungkan ana dan jemaah ana" 

(maksudnya membantu perjuangan peniaga Uptown tidak memberi apa-apa keuntungan kepada Pas) 

Saya berani katakan 90% peniaga di Uptown Bandar Perda adalah penyokong pembangkang namun mereka bukan membangkang membuta tuli dan menyokong sehingga buta hati seperti ahli Pas. 

Dalam isu pemindahan Uptown Bandar Perda peniaga bersatu hati menentang rancangan tersebut walaupun yang merancangnya adalah parti yang mereka sokong. 

Semua datang memberi sokongan.. 
pemimpin PKR Permatang Pauh bersama dengan peniaga,
pemimpin DAP bersama dengan peniaga,
pemimpin Umno juga bersama dengan peniaga
malah pemimpin PSM yang sudah pasti lansung tak ada kepentingan politik di Permatang Pauh pun turut turun menyokong peniaga Uptown Bandar Perda.

Masa tu di mana muka pemimpin Pas?

Sekoq pun tak nampak kerana takut hilang jawatan kerana ketika itu Pas masih bersama kerajaan Pakatan di Pulau Pinang.

Tiba-tiba hari ini datang nak minta undi dari peniaga uptown Bandar Perda.

Sila pergi mamposlah!

Beza ahli politik dengan ahli agama

Mungkin apa yang berlaku pada para peniaga kat Uptowan Bandar Perda itu membuka sedikit mata para penduduk kat Permatang Pauh untuk pandai membezakan antara Ustaz, atau Ulama berstatus tinggi dengan para pemimpin politik yang merendah diri berkhidmat untuk rakyat.

Rata-rata, para agamawan seperti Ustaz PAS terutamanya meletakkan diri mereka dalam status..

"Holier than thou"

Rasanya ramai yang pernah baca atau dengar ayat tu. Maksudnya lebih kurang, 'suci dari kamu'

Orang barat yang beragama Kristian banyak menggunakan ayat tersebut kepada para agamawan dan pengikut agamawan mereka. Ertinya masalah yang sama berlaku juga pada agama kristian.

Itulah yang berlaku pada para agamawan dari kalangan puak PAS terutamanya. Mereka anggap bahawa mereka lebih suci dari orang lain. Jadi tak ada masa untuk mereka datang bantu para peniaga, lawat pasar malam, lawat uptown atau campur dengan golongan marhaen yang tidak suci pada anggapan mereka.

Lain daripada orang politik terutamanya yang bukan dari UMNO, seperti PKR, Amanah dan DAP. Mereka dah biasa sangat turun padang, sama-sama terjun bersama dengan rakyat untuk mendengar keluhan dan kesukaran yang dihadapi. Tengok Mat Sabu sudah lah, itu aktiviti dia yang paling banyak.

Para Ustaz PAS dan pendokong serta pengikut mereka lebih suka contohnya, tonjolkan rambut blonde, gelagat Siti Kassim dan mereka yang lebih kurang hype sama macam Siti Kassim, lalu menghina peribadi sedemikian.



Saya dapat gambar kat atas ni dengan komen Holier than thou mereka seperti berikut,
"Golongan dan puak-puak ni kaa kita nak sokong?"

Maksudnya peribadi susuk tubuh Siti Kassim dan kawan-kawanya menjadi tumpuan utama. Mereka rasakan Siti Kassim lebih hina dari mereka dan mengejek menjauhkan diri dan mengajak semua orang menjauhkan diri dari makhluk yang mereka anggap hina dan jijik itu.

Ringkasnya, kalau aku pangkah PAS, aku pangkah parti dan para pemimpin yang tak akan mampu duduk dengan semua orang yang berbagai pendapat dan berbeza fahaman dari mereka. Orang PAS tak mampu duduk bermasyarakat dalam dunia majmuk berbagai agama dan bangsa.

Mereka hanya mampu duduk sesama mereka sahaja. Kalau orang berbeza agama dan kepercayaan nak duduk dengan mereka, boleh, asalkan orang itu ikut cara pemikiran dan kepercayaan mereka. 

Bukan saja bab beza agama, sesama Islam tapi beza pendapat dari segi fatwa dan keputusan serta pendapat Tok Guru mereka juga tidak akan dapat mereka terima. Mereka sanggup halau keluar golongan yang tak sependapat dengan fatwa mereka.

Bila kena pangkah PAS

Ada masanya memang sesuai untuk pangkah PAS. 

Paling sesuai adalah bila anda duduk kat sebah Pulau dan semua penduduk kat Plau itu adalah 100% ahli PAS. Ini saja suasana yang ideal bagi orang PAS. Itupun tak akan lama sebab mereka akan mula bercakaran sesama sendiri dan berakhir dengan saling berbunuhan atas nama Islam siapa yang lebih betul.

Aku tak akan pilih PAS. Tapi kalau hangpa nak pilih depa juga, iktu suka, itu hak masing-masing.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, PRU 14 P44 : Peniaga di Uptown Bandar Perda tempelak PAS Permatang Pauh

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !